Emas kita punya!!!!! Bonnie Bunyau Gustin membuktikan dia masih lagi sukar digugat kerana berjaya memecah rekod dunia 232kg dan mempertahankan pingat emas kedua peribadi dan juga yg kedua untuk kontinjen negara di Temasya Paralimpik Paris 2024 dalam sukan para powerlifting acara Men’s Up To 72kg.
Karnival Sukan Wanita Kebangsaan
Sekitar hari pertama bagi sukan Ragbi bawah 15 tahun di Karnival Sukan Wanita Kebangsaan yang sedang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula 4 hingga 8 September 2024.
Karnival Sukan Wanita Kebangsaan
Sekitar hari pertama bagi sukan Bola Jaring bawah 14 tahun di Karnival Sukan Wanita Kebangsaan yang sedang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula 4 hingga 8 September 2024.
Para Renang dengan acara 100m Kuak Lentang Lelaki (S14)
Cuba lagi Imaan!!! Hari kesembilan Temasya Paralimpik Paris 2024. Muhammad Imaan Aiman menutup saingan Sukan Para Renang dengan acara 100m Kuak Lentang Lelaki (S14).
Imaan mencatat 1:04.38s dan menduduki tempat ke-17 keseluruhan selepas tamat perlumbaan saringan.
PERKHIDMATAN MENGURUSKAN SEWAAN KHEMAH MODULAR UNTUK PETRONAS BAGI PENGANJURAN LTDL 2024-Tutup
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-
221507 – PENYEWAAN & PENGURUSAN KEMUDAHAN AWAM/SUKAN
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/038/2024 (SP)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN MENGURUSKAN SEWAAN KHEMAH MODULAR UNTUK PETRONAS BAGI PENGANJURAN LTDL 2024
TARIKH BUKA : 6 SEPTEMBER 2024 (JUMAAT)
TARIKH TUTUP : 12 SEPTEMBER 2024 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Mohd Fairul Fadzli Ahmad Muzni (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929012
Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>
Justin raih tiket suku akhir di Taiwan
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Justin Hoh bangkit daripada ketinggalan untuk mara ke suku akhir Terbuka Taiwan pada Khamis.
Kejayaan tersebut hadir selepas pemain berusia 20 tahun itu menewaskan wakil Indonesia, Yohanes Saut Marcellyno pada pusingan kedua di Taipei Arena.
Dalam aksi itu, Justin kalah pada set pertama 12-21, namun mempamerkan kebangkitan pada permainan kedua 21-9 untuk mengheret aksi ke set penentuan.
Menjengah pertarungan pada set ketiga, pemain di ranking ke-69 dunia itu memperagakan aksi bertenaga untuk mengesahkan kemenangan 21-14 dalam masa 55 minit.
Sebagai rekod, ini adalah kali kedua Justin mara ke suku akhir selepas kali pertama dalam kempen Kaohsiung Masters Jun lalu.
Menanti Justin dalam aksi suku akhir pada Jumaat ialah pemain tuan rumah, Wang Tzu Wei yang mengalahkan wakil Hong Kong, Jason Gunawan, 21-14, 21-15.-Sinar
Peluang terbaik enam wakil ke WTF 2024
SKUAD badminton Malaysia berpeluang menyertai Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di China akhir tahun ini dengan penyertaan yang lebih meriah berbanding dua wakil pada musim lalu.
Bagi edisi 2023, kem negara diwakili beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi dan beregu campuran, Toh Ee Wei-Cheng Tang Jie.
Ia susulan kedudukan terbaharu yang dikemas kini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa yang menyaksikan pasukan negara berada dalam landasan terbaik untuk menghantar enam wakil.
Penganalisis sukan, Zakaria Rahim melihat perkembangan itu sebagai sangat positif, namun mereka tidak boleh cepat berpuas hati dengan kedudukan tersebut kerana peluang masih terbuka buat semua wakil.
Beliau berkata, terdapat 11 lagi kejohanan menyusul termasuk Terbuka Taiwan yang sedang berlangsung menjadi pentas buat mereka mengekalkan kedudukan atau memperbaiki ranking ke tangga yang lebih selesa.
“Jika diukur daripada kedudukan terkini, Malaysia setakat ini ada 11 pemain atau enam wakil iaitu seorang pemain perseorangan dan lima beregu yang telah berada di kedudukan lapan terbaik WTF.
“Ini satu kedudukan yang menarik dan membanggakan,” katanya.
Ia masing-masing melibatkan satu wakil perseorangan lelaki dan beregu wanita, manakala dua wakil masing-masing daripada beregu lelaki serta beregu campuran.
Sebagai rekod hanya lapan wakil bagi setiap kategori akan layak ke kejohanan penutup tahun itu yang akan berlangsung di Hangzhou dari 11 hingga 15 Disember.
Bagi perseorangan lelaki, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2023, Lee Zii Jia berada di kedudukan kelima daripada lapan terbaik.
Menyusuri beregu lelaki pula, Malaysia mempunyai tiga wakil yang menghuni kelompok lapan terbaik termasuk Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri berada di kedudukan keenam.
Pasangan profesional yang baru keluar dari naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) 1 September lalu, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (ketujuh) dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun (kelapan).
Aaron-Wooi Yik pula berdepan cabaran besar apabila tergelincir ke ranking 11.
Ia susulan kecederaan yang dialami Wooi Yik yang memaksa pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 melupakan saingan Terbuka Jepun dan Korea baru-baru ini.
Berita gembira buat beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah apabila sudah berjaya menembusi kelompok lapan terbaik selepas beraksi di pentas final Terbuka Korea Ahad lalu.
Di sebalik kedudukan tersebut, Zakaria berharap pasangan negara itu perlu bekerja lebih keras agar tidak tergelincir pada saat akhir.
“Perjalanan masih panjang menerusi banyak lagi kejohanan dan ia amat penting buat mereka untuk mengekalkan ranking atau memperbaiki kedudukan ke tangga yang lebih selamat,” katanya.
Saingan beregu campuran juga meriah menerusi pertembungan tiga pasangan termasuk Olimpian, Tang Jie dan Ee Wei yang berada di kedudukan selesa tangga kedua.
Turut mengintai peluang ialah pasangan suami isteri, Goh Soon Huat dan Shevon Lai di tempat ketiga dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing (ketujuh).
Selepas kejohanan Antarabangsa Syed Modi di India senarai terakhir akan dikemaskini oleh BWF untuk mengesahkan lapan terbaik daripada lima kategori untuk ke Jelajah Dunia Akhir.-Sinar
Bonnie harapan emas kedua Malaysia
PARIS: Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin yang akan turun dalam kategori 72 kilogram lelaki di Porte de La Chapelle Arena hari ini menjadi sandaran emas kedua kontinjen Malaysia pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Kontinjen negara juga pastinya mengharapkan Porte de La Chappelle terus ‘bertuah’ buat mereka selepas jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou menyumbang emas sulung dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), Isnin lalu di gelanggang pertandingan itu.
Di atas kertas, badang kerdil dari Sarawak itu berpotensi besar untuk mempertahankan emas dimenanginya ketika membuat penampilan pertama Sukan Paralimpik bagi edisi 2020 di Tokyo.
Reputasi sebagai pemegang rekod dunia 231kg dan temasya 228kg meletakkan atlet berusia 25 tahun itu sebagai pilihan utama untuk menggegar acara powerlifting di sini.
Bukan itu sahaja, jurang angkatan Bonnie juga agak jauh jika dibandingkan dengan pencabar terdekatnya Donato Telesca dari Itali yang merekod angkatan terbaik 216kg.
Dalam pada itu, perenang para negara Imaan Aiman Muhammad Redzuan yang akan beraksi dalam acara 100m kuak lentang S14 (kecacatan intelektual) berpeluang mencipta sensasi pada penyertaan sulungnya di Paralimpik Paris 2024.
Selepas tular gara-gara wajahnya mirip pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid, Imaan Aiman yang gemar bergaya perlu menunjukkan kesungguhannya dan mencapai kecemerlangan di Paris.
Dia dijadual turun beraksi dalam saringan ketiga pada jam 10.37 pagi (4.37 petang waktu Malaysia) di Paris La Defense Arena.
Hanya lapan perenang terbaik daripada tiga saringan layak ke final. – BERNAMA
Nur Syaiful rindu cahaya mata sulung
PARIS: Di sebalik kegigihannya menjalani latihan bagi menghadapi Sukan Paralimpik Paris 2024, perenang para negara Nur Syaiful Zulkafli memendam rindu kepada cahaya mata sulungnya yang baru berusia tiga bulan.
Nur Syaiful berkata dia hanya sempat meluangkan masa beberapa hari sahaja bersama anak lelakinya itu susulan komitmen latihan selama dua bulan di China sebelum menyertai Sukan Paralimpik di sini.
“Saya sempat beberapa hari dengan isteri (Fatin Husna Japar) sehinggalah saat kelahiran Nashwan di Sarawak, kemudian saya perlu ke China untuk berlatih di sana.
“Selepas tamat latihan di China, saya hanya dibenarkan balik dua hari sahaja untuk menjenguk keluarga termasuk anak saya sebelum berlepas ke Paris 2024,” katanya.
Terdahulu, Nur Syaiful menutup kempen Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan meraih tempat ketujuh acara 50 meter gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) dengan masa 34.34 saat di Paris La Defense Arena awal pagi tadi.
Dia juga beraksi dalam dua final sebelum ini dengan menduduki tempat keenam acara 100m gaya bebas lelaki S5 selepas merekodkan 1 minit 16.60s dan juga kedudukan sama dalam 100m kuak dada lelaki SB4 menerusi catatan masa 1:46.71s.
Perenang dari Sarawak itu berkata dia sememangnya mahu berehat seketika sejurus pulang ke tanah air minggu depan serta turut merancang untuk mengadakan kenduri akikah.
Mengenai prestasinya di Paris 2024, atlet berusia 29 tahun itu mengakui sukar mencabar kelompok perenang terbaik dunia dalam kelasnya yang memiliki kelebihan menggunakan kaki bagi meningkatkan kepantasan dalam kolam renang.
Dia yang hanya bergantung kepada bahagian atas badan bermula dari perut untuk berenang mengakui bergelut beraksi dengan jaguh negara lain susulan kecacatan di bahagian kaki dan lumpuh separuh badan, akibat kemalangan ketika berusia 17 tahun.
Bagaimanapun, pemenang emas Sukan Para Asia Hangzhou 2022 itu tetap berpuas hati kerana berjaya mencapai sasaran layak ke final bagi ketiga-tiga acara itu.
“Persatuan ada letak sasaran kepada saya untuk berada dalam kelompok lima terbaik acara 50m gaya bebas lelaki S5 namun tidak berjaya melakukannya hari ini. Namun KPI (indeks prestasi utama) saya layak tiga final tercapai,” katanya. – BERNAMA
Karnival Sukan Wanita Kebangsaan
Sekitar aksi peringkat kumpulan bagi sukan Hoki pada hari kedua Karnival Sukan Wanita Kebangsaan yang sedang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula 4 hingga 8 September 2024.