Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives September 30, 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
COACHING CLINIC BERSAMA KHABIB NURMAGOMEDEV

YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah hadir ke sesi perkongsian bersama Khabib Nurmagomedev pada 30 September 2024 bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Seramai 50 orang atlet dari sukan tempur (tinju, karate, muay thai, wushu dan taekwondo) telah hadir ke sesi perkongsian tersebut.

Diharapkan dengan sesi perkongsian ini dapat memberi inspirasi dan panduan kepada semua atlet.

📸: Pejabat YBTM KBS

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
AIPEI 2024 ASIAN ARCHERY YOUTH CHAMPIONSHIP

Sukan : Memanah

Tarikh : 27 Sept – 3 Okt 2024

Tempat : Taipei City, Chinese Taipei

KEPUTUSAN (30.9.2024)

Elimination Round Men Team

Evan, Haiqal & Qayyim (MAS)

(Round 1/4) vs Kazakhstan (KAZ)

Win (6 – 2)

(Round 1/2) vs C.Taipei (TPE)

Lost (1 – 5)

(Bronze Medal Match) vs Bangladesh (BAN)

Win (5 – 1)

**Pasukan Lelaki berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam acara berpasukan.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PROJEK PEMBINAAN DIVING POOL DI DRY GYM SEDIA ADA KOMPLEKS SUKAN NEGARA BUKIT JALIL
Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA BERKALA (NON-KOMPREHEHNSIF) BAGI BAGI SISTEM PENGHAWA DINGIN JENIS BERASINGAN (SPLIT UNIT) DI KOMPLEKS MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA UNTUK MSNM-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G2 Kategori ME – Pengkhususan M01 berdaftar di Negeri Melaka sahaja serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/041/2024 (SPK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA BERKALA (NON-KOMPREHEHNSIF) BAGI BAGI SISTEM PENGHAWA DINGIN JENIS BERASINGAN (SPLIT UNIT) DI KOMPLEKS MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 30 SEPTEMBER 2024 (ISNIN)
TARIKH TUTUP : 7 OKTOBER 2024 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha (Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Mohd Nur Aliff Muhammad (Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia