Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives September 19, 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
27th ASIAN TENPIN BOWLING CHAMPIONSHIPS 2024

Tarikh : 14 – 26 September 2024

Tempat : Bangkok, Thailand

Beregu Lelaki

🥇 – Tun Hakim & Shaqeem Izwan Teh (MAS)

🥈 – Park Dong Hyuk & Bae Jong Hun (KOR)

🥉 – Lee Ik Kyu & Hwang Dong Wook (KOR)

Beregu Wanita

🥇– Natasha Roslan & Sin Li Jane (MAS)

🥈– Jung Da Wun & Baek Seung Jang (KOR)

🥉– Nora Lyana & Nur Syazwani (MAS)

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
CADANGAN KERJA-KERJA MEREKABENTUK DAN UBAHSUAI PEJABAT SERTA BERKAITAN DENGANNYA DI BANGUNAN CASA 4, MSN BUKIT JALIL UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk Gred G1, Kategori CE Pengkhususan – Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod CE21 – (Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam) dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) WP Kuala Lumpur serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/019/2024 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : CADANGAN KERJA-KERJA MEREKABENTUK DAN UBAHSUAI PEJABAT SERTA BERKAITAN DENGANNYA DI BANGUNAN CASA 4, MSN BUKIT JALIL UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
TARIKH BUKA : 19 SEPTEMBER 2024 (KHAMIS)
TAKLIMAT : 23 SEPTEMBER 2024 (ISNIN/11.30 PAGI)
& LAWATAN TAPAK BANGUNAN CASA 4, MSN BUKIT JALIL
TARIKH TUTUP : 30 SEPTEMBER 2024 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Profail Syarikat dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS PELANCARAN UNITE INTERNATIONAL TOURNAMENT DAN PENYERAHAN JALUR GEMILANG KEPADA PASUKAN SUKAN ESTETIK KEBANGSAAN

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, En. Abdul Rashid Yaakub melancarkan Unite International Tournament yang akan berlangsung pada 25 hingga 29 September 2024 di KLS Esplanade Mall, Klang.

Pada majlis sama turut menyaksikan penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan Sukan Estetik Kebangsaan yang akan menyertai Kejohanan Asia di Hong Kong pada Oktober dan Kejohanan Dunia di Estonia pada November 2024.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
CADANGAN KERJA-KERJA UBAHSUAI YANG BERKAITAN DI DEWAN PUSAT LATIHAN SILAT KEBANGSAAN,  KOMPLEKS SUKAN MSN NILAI, NEGERI SEMBILAN UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Negeri Sembilan untuk Gred G1, Kategori CE Pengkhususan – Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod CE21 – (Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam) dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Sembilan serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/018/2024 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : CADANGAN KERJA-KERJA UBAHSUAI YANG BERKAITAN DI DEWAN PUSAT LATIHAN SILAT KEBANGSAAN, KOMPLEKS SUKAN MSN NILAI, NEGERI SEMBILAN UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
TARIKH BUKA : 19 SEPTEMBER 2024 (KHAMIS)
TAKLIMAT : 24 SEPTEMBER 2024 (SELASA/11.30 PAGI)
& LAWATAN TAPAK KOMPLEKS SUKAN MSN NILAI, NEGERI SEMBILAN