Mesyuarat Penyelarasan PETRONAS Le Tour de Langkawi Bilangan 3/2024 telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN bertempat di MSN, Bukit Jalil.
Tujuan utama mesyuarat pada harini adalah untuk menyampaikan amanat akhir dan ‘Game Plan’ kepada semua HoD dan petugas yang terlibat supaya dapat menjayakan siri jelajah perlumbaan berprestij ini dengan baik.
Dengan berbaki 15 hari lagi, perlumbaan edisi ke-28 akan bermula pada 29 September ini bermula di Pulau Langkawi dan berakhir di Bintulu, Sarawak.