Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives August 2024

Hari pertama sukan pelayaran

Hari pertama sukan pelayaran membuka tirai menyaksikan atlet negara, Khairulnizam Mohd Affendy meraih tempat ke 27 daripada 43 peserta dengan 47 mata penalti selepas dua pusingan dalam acara single-handed dinghy ILCA 7 lelaki.

Manakala acara single-handed dinghy ILCW 6 wanita, atlet negara, Nur Shazrin Mohamad Latif menamatkan perlumbaan pertama di kedudukan ke-19 daripada 43 peserta dan perlumbaan kedua ditunda hari berikutnya.

Kevin Kyle Green mencatat tiga di atas par 74

Pemain golf profesional negara, Kevin Kyle Green memulakan kempen dengan mencatat tiga di atas par 74 untuk berkongsi kedudukan ke-53 bersama Kiradech Aphibarnrat dari Thailand dan Nico Echavarria dari Colombia.

Nurul Azreena Mohd Fazil menamatkan cabaran

Nurul Azreena Mohd Fazil menamatkan cabaran di pentas Sukan Olimpik Paris 2024 di pusingan 1/32 selepas tewas 0-6 (27-29, 22-27, 25-27) kepada Elif Berra Gokkir dari Turki.

Comeback stronger💪

Lee Zii Jia mara ke suku akhir

Pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia mara ke suku akhir selepas menewaskan wakil tuan rumah, Toma Junior Popov dengan kemenangan straight set 21-13, 24-22.

Syabas & tahniah👏💪

Aaron-Wooi Yik ke separuh akhir!!!

Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengesahkan slot ke separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menewaskan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India 13-21, 21-14, 21-16.

Syabas & tahniah👏💪

Pearly & Thinaah ke separuh akhir!!!

Pearly Tan-M.Thinaah cipta sejarah beregu wanita Malaysia pertama mara ke separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menewaskan pasangan Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong 21-12, 21-13.

Syabas & tahniah👏💪

PERKHIDMATAN SEWAAN KENDERAAN UNTUK KEGUNAAN PETUGAS MSN SEPANJANG TEMASYA PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Sarawak serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221503 – KENDERAAN/JENTERA/KENDERAAN REKREASI

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/030/2024 (SP)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN SEWAAN KENDERAAN UNTUK KEGUNAAN PETUGAS MSN SEPANJANG TEMASYA PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024
TARIKH BUKA : 2 OGOS 2024 (JUMAAT)
TARIKH TUTUP : 9 OGOS 2024 (JUMAAT)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Mohd Fairul Fadzli Ahmad Muzni (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929012

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

PENYEWAAN RUANG KIOSK NO.3 DAN NO.4 DI KOMPLEKS SUKAN MSN SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR UNTUK MSNM-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221506 – PENYEWAAN (BANGUNAN/PEJABAT/STOR/RUANG NIAGA/RUMAH KEDIAMAN)

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/035/2024 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PENYEWAAN RUANG KIOSK NO.3 DAN NO.4 DI KOMPLEKS SUKAN MSN SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 1 OGOS 2024 (KHAMIS)
LAWATAN TAPAK / : 6 OGOS 2024 (SELASA)
TAKLIMAT KOMPLEKS MSN SETIAWANGSA, KL
TARIKH TUTUP : 13 OGOS 2024 (SELASA)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Encik Mohd Nashrul Mohd Hassan (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929771

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Aksi atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 hari ini

Badminton

Pusingan 16 terbaik

Perseorangan lelaki

Lee Zii Jia lwn Toma Junior Popov (FRA) – 8.10 malam

Suku akhir

Beregu wanita

Pearly Tan-M Thinaah lwn Kim Se Yong-Kong Hee Yong (KOR)

– 2.30 petang

Beregu lelaki

– Aaron Chia-Soh Wooi Yik lwn Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty (IND) – 7 malam

Golf

Pusingan pertama:

ADVERTISING

Strok individu lelaki

Galvin Kyle Green – 4.30 petang

Pelayaran

Perlumbaan 1-2:

Dinghy lelaki

Khairulnizam Mohd Afendy – 6 petang

Dinghy wanita

Nur Shazrin Mohamad Latiff – 6 petang

Memanah

Penyingkiran 1/32:

Individu wanita

Nurul Azreena Mohamad Fazil lwn Elif Berra Gokkir (TUR) – 1.50 pagi Jumaat

Penyingkiran 1/16:

Individu wanita

Nurul Azreena Mohamad Fazil (sekiranya layak) – 2.29 pagi Jumaat

Good fight guys!

Perjalanan pasangan beregu campuran, Chen Tan Jie-Toh Ee Wei di Sukan Olimpik Paris 2024 terhenti di peringkat suku akhir selepas tewas 19-21, 14-21 kepada gandingan Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun.

Comeback stronger💪

Majlis Sukan Negara Malaysia