Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives Julai 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN (KPSK) TAHAP 1 BERSAMA SUKAN WANITA SIRI 1/2024

Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 bersama Sukan Wanita siri 1/2024 telah diadakan pada 10 hingga 12 Julai 2024 bertempat di The Pearl, Kuala Lumpur.

Seramai 38 orang peserta wanita yang terdiri daripada Persatuan Sukan Kebangsaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh En.Jefri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah. Sektor Pembangunan Sukan TKP(S)

-Pegawai Penilai-

En. Suhaimi Sun Abdullah

-Tenaga Pengajar-

1. En. Abdullah Firdaus Bin Abdul Jalil

2. Dr. Mohd Firdaus Bin Abdullah

3. Ts Dr. Hadafi Fitri Bin Mohd Latip

4. Dr. Mohd Shariman Bin Shafie

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH SALURAN AIR HUJAN, LAPISAN SISI BUMBUNG (ROOF FLASHING) DAN KEBOCORAN BUMBUNG SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA DI VELODROM NASIONAL NILAI, NEGERI SEMBILAN UNTUK MSNM-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G2, Kategori CE – Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod CE21 – (Kerja- kerja Am Kejuruteraan Awam) dan berdaftar di Negeri Sembilan serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/016/2024 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH SALURAN AIR HUJAN, LAPISAN SISI BUMBUNG (ROOF FLASHING) DAN KEBOCORAN BUMBUNG SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA DI VELODROM NASIONAL NILAI, NEGERI SEMBILAN UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 12 JULAI 2024 (JUMAAT)
TAKLIMAT : 17 JULAI 2024 (RABU/11.30 PAGI)
& LAWATAN TAPAK DI VELODROM NASIONAL NILAI, NEGERI SEMBILAN
TARIKH TUTUP : 24 JULAI 2024 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PERKHIDMATAN (KEBERSIHAN DAN LANDSKAP) DI VELODROM NASIONAL NILAI, NEGERI SEMBILAN SECARA KONTRAK BERKALA UNTUK MSNM-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Sembilan serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya dan bertaraf Bumiputera di bawah kod bidang seperti berikut :-

221001– KHIDMAT KEBERSIHAN DAN RAWATAN-PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN PEJABAT atau
221002- MEMBERSIH KAWASAN

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/037/2024 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN (KEBERSIHAN DAN LANDSKAP) DI VELODROM NASIONAL NILAI, NEGERI SEMBILAN SECARA KONTRAK BERKALA UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 12 JULAI 2024 (JUMAAT)
TAKLIMAT : 17 JULAI 2024 (RABU/10.30 PAGI)
& LAWATAN TAPAK VELODROM NASIONAL NILAI, NEGERI SEMBILAN
TARIKH TUTUP : 24 JULAI 2024 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga boleh dimuat turun di laman ini manakala dokumen sebut harga akan diperolehi semasa sesi taklimat. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
LAWATAN CHEF DE MISSION SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

Chef de Mission ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin mengadakan lawatan dan tinjauan persiapan jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil.

Pada lawatan tersebut, Datuk Hamidin meluangkan masa meninjau sesi latihan dan mendapatkan maklumat terkini mengenai persiapan Azeem ke arah Temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Azeem pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou dipilih Kesatuan Olahraga Malaysia untuk beraksi di Paris menerusi slot wild card yang ditawarkan oleh Olahraga Dunia.

LAWATAN CHEF DE MISSION SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

Chef de Mission ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin mengadakan lawatan dan tinjauan persiapan atlet renang, Steve Khiew Hoe Yan dan Tan Rouxin di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Pada lawatan tersebut, Datuk Hamidin meluangkan masa meninjau sesi latihan dan mendapatkan maklumat terkini mengenai persiapan kedua-dua perenang negara ke arah Temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Steve dan Rouxin dipilih untuk mengisi dua slot wild card badan induk sukan itu, Akuatik Dunia berdasarkan mata yang dikumpul dalam ranking Akuatik Dunia.

Steve akan menyertai acara 400 meter gaya bebas manakala Rouxin akan beraksi dalam acara 100 meter kuak dada.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Badminton, basikal mampu sumbang emas Olimpik

KUALA LUMPUR – Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia, Datuk Hamidin Mohd. Amin percaya kilauan pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024 mampu dijelmakan menerusi sukan badminton dan berbasikal trek.

Keyakinan itu dilaungkan berdasarkan fakta terutama kemampuan atlet negara terutama di Sukan Olimpik edisi lalu di Tokyo dan juga kejohanan-kejohanan sebelum ini.

Hamidin berpendapat jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang, beregu lelaki kebangsaan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mampu diletakkan sandaran prospek emas di temasya sukan terbesar dunia itu.

“Kita tak pernah dapat pingat emas jadi sasaran tidak kira mana atlet pun berpotensi untuk meraih emas negara.

“Kalau kata mengenai peluang untuk dapatkan pingat (emas), semua berpeluang tetapi dari segi faktanya seperti Datuk Azizulhasni, Aaron-Wooi Yik, Zii Jia ini adalah nama yang mungkin ada potensi. 

“Namun mungkin ada atlet yang boleh membuat kejutan, kita tak tahu, cukup untuk saya katakan, semua atlet berpeluang untuk dapatkan emas,” kata Hamidin selepas Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk kontinjen Malaysia ke Paris 2024, di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil hari ini.

Dalam pada itu, Hamidin turun mencabar atlet muda berjuang untuk memperbaiki kedudukan masa terbaiknya ketika membuat penampilan pertama di Olimpik Paris.

“Saya juga ada bercakap dengan atlet muda, bagi saya sekurang-kurangnya mereka perlu mendapatkan kedudukan lebih baik di Olimpik kali ini. 

“Kalau katakan yang dapat wildcard, sekiranya mereka boleh perbaharui masa terbaik mereka pun, itu sudah baik,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Azeem tetap ada peluang di Olimpik

JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi enggan terlalu merendah diri ketika membuat kemunculan sulung di Sukan Olimpik Paris 2024 kerana menganggap semua pelari mempunyai peluang yang sama rata.

Pelari berusia 20 tahun itu yang melangkah ke Paris 2024 atas tiket wildcard, mengakui sebaik melangkah ke temasya empat tahun berkenaan, semua pelari bertaraf dunia lain tiada bezanya dan bergantung pada prestasi pada hari pertandingan.

“Saya tidak terbayang hendak lari dengan siapa-siapa. Saya sudah berlari dengan pelari terpantas dunia sewaktu di Sukan Asia (Hangzhou) dan juga di Kejohanan Dunia (Hungary).

“Bagi saya, pada tahap ini, semuanya ada peluang sama rata. Ia lebih kepada siapa yang boleh pamerkan prestasi terbaik pada hari pertandingan.

“Macam saya lari di Kejohanan Dunia pun ada ramai atlet yang lari 9 saat (s) dalam aksi saringan. Pada masa yang sama ada juga yang buat 10.2s, saya juga buat 10.2s masa itu.

“Jadi, seperti yang saya katakan, ia bergantung kepada apa yang anda rasa pada hari pertandingan, sejauh mana tahap keyakinan anda dan tahap keselesaan anda pada hari itu.

“Saya tidak letak sasaran untuk berlari dengan sesiapa kerana saya pergi ke Olimpik berlari menentang diri sendiri,” kata Azeem selepas menerima kunjungan Ketua Kontinjen Malaysia ke Paris, Datuk Hamidin Mohd. Amin di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam.

Azeem kini dalam pecutan akhir untuk meneruskan sesi latihan yang lebih agresif selepas melakukan analisis mengenal pasti kelemahannya bersama Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan jurulatihnya, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah.

“Saya sudah menganalisis bersama ISN (Institut Sukan Negara), MSN, Ballard dan Amir tentang pelan latihan mingguan yang lebih spesifik. Minggu depan saya akan mula fokus dari aspek blok pelepasan, tengah dan garisan penamat,” tambahnya.-Kosmo

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Hoe Yean mahu pecah rekod kebangsaan di Paris

KUALA LUMPUR: Perenang negara, Khiew Hoe Yean menyasarkan untuk memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter (m) ketika beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 yang membuka tirainya 26 Julai ini.

Demi merealisasikan impian berkenaan, atlet berusia 22 tahun itu bakal menambah baik kelajuan renangannya ketika menjalani kem latihan di Ireland minggu depan.

“Matlamat saya ialah memperbaiki masa peribadi (rekod kebangsaan). Saya sedang berusaha mengatasi masa terbaik saya 3:48.36 saat (s) supaya saya boleh terus meningkat.

“Ini adalah sebahagian dari matlamat utama di Paris. Saya sangat gembira untuk berada di sana. Saya hanya ingin melakukan persembahan yang terbaik dan meraih pengalaman di Paris,” katanya pada sesi latihan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Hoe Yean memecahkan rekod kebangsaan 400 m gaya bebasnya pada Terbuka Australia di Gold Coast April lalu.

Dalam pada itu, Hoe Yean berkata melangkah ke temasya sukan beprestij itu menjadi impiannya sejak kecil dan tidak mahu mensia-siakannya.

“Telah menjadi impian saya untuk bertanding di Olimpik semenjak saya mula berenang, ketika berusia lapan tahun saya beritahu ibu bahawa saya mahu ke Olimpik suatu masa nanti, ia impian dari kecil lagi, selalu mencari idola saya,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi perenang wanita negara Tan Rouxin mengakui tidak menjangka akan membuat penampilan di temasya berprestij itu pada usia 18 tahun.

Justeru, beliau akan menggunakan peluang beraksi di Olimpik itu sebagai medan untuk mengumpul pengalaman selain berharap mampu memecahkan rekod peribadinya dalam acara 100 m kuak dada.

“Saya fikir ini adalah memori yang tak akan dapat diIupakan kerana dapat menyertai Olimpik pada usia sebegini muda. Saya sangat gembira dan teruja untuk mewakili Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Ketua Kontinjen ke Sukan Olimpik Paris 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin melawat kem renang bagi berjumpa Hoe Yean dan Rouxin sebelum ke kem Olahraga di Trek Olahraga Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini. – BERNAMA

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT

Majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk kesejahteraan dan kejayaan Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 telah diadakan di Surau Al-Faizin, Majlis Sukan Negara Bukit Jalil.

Majlis turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan, YBrs. Encik Abdullah Hasan dan Chef de Mission ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris akan diwakili 26 atlet dari 9 jenis sukan yang akan bermula pada 26 Julai hingga 11 Ogos 2024, manakala 28 atlet dari 7 jenis sukan akan mewakili negara ke Sukan Paralimpik Paris yang akan membuka tirai pada 28 Ogos hingga 8 September 2024.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KEM PEMILIHAN AKHIR PROGRAM FAST TRACK KEBANGSAAN SUKAN TERJUN

Kem Pemilihan Akhir Program Fast Track Kebangsaan Sukan Terjun telah membuka tirai pada 9 Jun hingga 13 Julai 2024 di sekitar KL Sports City.

Seramai 60 orang peserta terbaik telah terpilih untuk menjalani kem ini berikutan hasil daripada Program Pencarian Bakat Baru TID Terjun Jelajah Malaysia 2024 dan Kejohanan Bakat Terjun Kebangsaan yang diadakan sekitar April hingga Jun yang lalu.

Kem tersebut turut menerima kunjungan daripada YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.

Majlis Sukan Negara Malaysia