Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives July 31, 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PROGRAM TAKLIMAT KOD SUKAN SELAMAT BERSAMA KONTINJEN SUKMA NEGERI JOHOR

Sesi Taklimat Kod Sukan Selamat bersama atlet dan jurulatih Kontinjen SUKMA Johor telah diadakan pada 31 Julai yang lalu bertempat di Dewan Utama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Johor.

Seramai 450 orang atlet dan jurulatih telah hadir ke sesi taklimat yang bertujuan untuk menekankan pengetahuan mengenai hak, peranan dan tanggungjawab semua pihak di bawah garis panduan Kod Sukan Selamat.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SAMBUTAN KEPULANGAN PASUKAN MENEMBAK KEBANGSAAN DARI OLIMPIK PARIS 2024

Johnathan Wong, Atlet Menembak Negara telah tiba di KLIA daripada Paris jam 8.40 pagi tadi.

Johnathan yang telah membuat penampilan kali ke-2 nya di temasya terbesar itu telah menamatkan saingan di pusingan kelayakan.

Turut hadir sama, Encik Mohd Raizal Muhamat Yaakob, Pengarah Bahagian Fasiliti, MSN.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA ‘KOMPREHEHNSIF’ BAGI 4 UNIT LIFT JENAMA DOVER DI BANGUNAN CASA 4 MSN BUKIT JALIL UNTUK MSNM-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1 Ke atas, Kategori ME – Pengkhususan M03 berdaftar di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/017/2024 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA ‘KOMPREHEHNSIF’ BAGI 4 UNIT LIFT JENAMA DOVER DI BANGUNAN CASA 4 MSN BUKIT JALIL UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 31 JULAI 2024 (RABU)
TARIKH TUTUP : 7 OGOS 2024 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Mohd Nur Aliff Muhammad ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SUKMA: Pasukan Mobile Legends Bang Bang Sabah ‘bidik’ pingat emas

Kota Kinabalu: Pasukan Sabah dalam acara Mobile Legends Bang Bang dalam e-sukan ‘membidik’ pingat emas untuk Negeri Di Bawah Bayu itu pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 di Sarawak yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.

Mohammad Irwandy Lim, 20, yang memenangi pingat perak Sukan SEA 2023 berkata, pasukannya akan berusaha mempamerkan prestasi terbaik kerana pemain yang dihantar pasukan lain juga adalah dalam kalangan pemain yang berpengalaman dan mempunyai kelebihan masing-masing.

Beliau dikenali sebagai ‘Izanami’ dalam e-sukan itu berkata Sabah juga turut membariskan seorang lagi pemain berpengalaman Ealtond Rayner atau ‘Lolealz’ yang pernah bermain dalam Mobile Legends: Bang Bang Mid Season Cup (MSC), malah pernah juga bersamanya dalam pasukan RSG Malaysia.

“Kami di Sabah tidak akan sekali-kali memandang rendah pasukan lain dan fokus merealisasikan sasaran satu pingat emas untuk Sabah dalam e-sukan pada SUKMA nanti.

“Bagi saya tekanan menjadi sandaran emas tidak ada kerana kami pernah bermain dalam kejohanan lebih besar.

“Kami juga sedang dalam persiapan untuk memantapkan lagi pasukan sebelum ke SUKMA nanti,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran dan memperkenalkan pasukan e-sukan Sabah pada SUKMA Ke-21 di sini, hari ini.

Sementara itu, Zulfiqri Amarullah, 18, antara pemain muda penting dalam pasukan e-sukan Sabah untuk acara Tekken 8 berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk memastikan sasaran sekurang-kurangnya membawa pulang pingat perak dicapai.

“Kini saya dalam keadaan terbaik untuk menghadapi SUKMA dan harap sasaran pingat itu dapat dicapai, namun saya akan mempertingkatkan lagi latihan agar mampu melebihi sasaran yang ditetapkan,” katanya yang meraih perak dalam acara Tekken 7 pada Sukan Sabah Edisi Ke-10.

Sementara itu, Pengurus E-sukan SUKMA Sabah Mohd Sofihizar Usrah berkata pihaknya yakin sasaran satu pingat emas, dua pingat perak dan dua gangsa dapat dicapai berdasarkan prestasi setiap atlet yang ada.

“Kita akan melipatgandakan latihan dan akan mengadakan beberapa siri perlawanan dengan pemain-pemain berpengalaman di Sabah dan saya harap latihan berkenaan dapat meningkatkan lagi prestasi setiap peserta,” katanya.

Seramai 12 peserta bakal mewakili negeri Sabah dalam acara itu yang terdiri daripada enam peserta untuk Mobile Legends Bang Bang, dua untuk eRacing, dua untuk eFootball dan dua lagi untuk Tekken 8.

Terdapat tujuh kategori menawarkan keseluruhan 21 pingat dalam acara e-sukan pada SUKMA kali ini yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos depan.-Harian Metro

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Pelayaran Negara Menjalani Latihan Terakhir

Atlet pelayaran negara, Khairulnizam Mohd Affendy dan Nur Shazrin Mohd Latif menjalani latihan terakhir di Marina Marseille sebelum turun memulakan aksi pada 1 Ogos 2024.

Majlis Sukan Negara Malaysia