Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives June 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KERJA-KERJA PEMBAIKAN YANG MELIBATKAN DINDING DARI JENIS ‘ALUMINIUM LOUVERS’ SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA DI DRY GIM,  MSN BUKIT JALIL, KL UNTUK MSNM-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G2 Kategori CE Pembinaan Kejuruteraan Awam dibawah Kod C21 – (Kerja-Kerja Am Kejuruteraan Awam) dan pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA              :           MSN/SH/013/2024 (SK)

TAJUK SEBUT HARGA        :          KERJA-KERJA PEMBAIKAN YANG MELIBATKAN DINDING DARI JENIS ‘ALUMINIUM LOUVERS’ SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA DI DRY GIM,  MSN BUKIT JALIL, KL UNTUK MSNM

TARIKH BUKA                       :           5 JUN 2024 (RABU)

TAKLIMAT                             :           7 JUN 2024 (JUMAAT/10.30 PAGI)

& LAWATAN TAPAK                        BANGUNAN DRY GIM, MSN BUKIT JALIL

TARIKH TUTUP                     :           14 JUN 2024  (JUMAAT)

                                                            SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Akuan Pembida, dokumen sebut harga dan Borang Maklumat Penyebutharga boleh dimuat  di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri  atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

                                    Peti Sebutharga & Tender

                                    Lobi Aras 1 (Belakang)

                                    Bangunan Pentadbiran

                                    Majlis Sukan Negara Malaysia

                                    Kompleks Sukan Negara

                                    57000 Bukit Jalil

                                    Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan)               : 03-89929066

En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal)                       : 03-89929837

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PERKHIDMATAN PENGURUSAN LOGISTIK BAGI PENGANJURAN LTDL 2024-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221104 – TENAGA BURUH

140503  – LAMPU, KOMPONEN LAMPU DAN AKSESORI

NO. SEBUT HARGA              :          MSN/SH/012/2024 (SP)

TAJUK SEBUTHARGA         :         PERKHIDMATAN PENGURUSAN LOGISTIK BAGI PENGANJURAN LTDL 2024                           

TARIKH BUKA                       :           6 JUN 2024 (KHAMIS)

TARIKH TUTUP                     :           13 JUN 2024 (KHAMIS) SEBELUM 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri  atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

                                    Lobi Aras 1 (Belakang)

                                    Bangunan Pentadbiran

                                    Majlis Sukan Negara Malaysia

                                    Kompleks Sukan Negara

                                    57000 Bukit Jalil

                                    Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan )                                 : 03-89929066

En. Mohd Fairul Fadzli Ahmad Muzni (Spesifikasi Pembekalan)      : 03-89929012

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PEMBEKALAN PERKAKASAN OPERASI ICT BAGI TAHUN 2024-Tutup

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Mohd Zamri Napiah (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929856

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KERJA-KERJA MEMBEKAL, MEMASANG SERTA MENGUJITERIMA SISTEM PAM AIR SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI MSN BUKIT JALIL UNTUK MSNM-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G2 dan Kategori – ME di bawah pengkhususan M22 dan pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/012/2024 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA MEMBEKAL, MEMASANG SERTA MENGUJITERIMA SISTEM PAM AIR SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI MSN BUKIT JALIL UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 4 JUN 2024 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 10 JUN 2024 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Akuan Pembida, dokumen sebut harga dan Borang Maklumat Penyebutharga boleh dimuat di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Masuk gelanggang dengan mentaliti menang

TIGA beregu badminton utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Pearly Tan-M Thinaah (beregu wanita) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran) perlu memanfaatkan Terbuka Indonesia Super 1000 pentas kebangkitan selepas aksi hambar sebelum ini.

Malah bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj mengharapkan ketiga-tiga gandingan itu menampilkan corak permainan lebih matang sebagai pemain dalam kelompok 15 terbaik dunia.

Bekas pemain perseorangan lelaki negara itu juga berharap ketiga-tiga gandingan yang mengalas cabaran negara di Sukan Olimpik Paris 2024 menampilkan aksi lebih bijak dalam gelanggang tanpa perlu bergantung kepada arahan jurulatih.

Status naib juara edisi 2023 taruhan untuk Aaron-Wooi Yik menampilkan aksi lebih bertenaga di Kejuaraan Super 1000 ini.

Status naib juara edisi 2023 taruhan untuk Aaron-Wooi Yik menampilkan aksi lebih bertenaga di Kejuaraan Super 1000 ini.

“Ini masa terbaik perbaiki setiap kelemahan yang terdapat selepas prestasi yang kurang menyakinkan di Terbuka Singapura dan Malaysia Masters sebelum ini.

“Mereka perlu memiliki keinginan selain kekuatan mental tinggi untuk menang sebaik memasuki gelanggang yang semestinya ditampilkan dengan gaya permainan.

“Paling penting pada tahap ini mereka perlu sentiasa berkomunikasi dengan pakar psikologi bagi meningkatkan semula keyakinan yang akan dijelmakan dengan keputusan dalam gelanggang,” katanya.

Sebagai rekod, pusingan pertama Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 1000 di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta, bakal menyaksikan naib juara edisi 2023, Aaron-Wooi Yik nombor lima dunia berdepan wakil Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Joshua Yuan (43 dunia).

Sementara itu, Pearly-Thinaah (13) pula membuka gelanggang berdepan pasangan nombor 43 dunia dari Taiwan, Sung Shuo Yun-Yu Chien Hui.

Tang Jie-Ee Wei, tersingkir awal edisi 2023 dijangka memberi aksi sehabis baik berdepan Seung-jae-Yu-jung.

Tang Jie-Ee Wei, tersingkir awal edisi 2023 dijangka memberi aksi sehabis baik berdepan Seung-jae-Yu-jung.

Gandingan nombor sembilan dunia, Tang Jie-Ee Wei yang terkandas di pusingan awal edisi 2023 akan menentang beregu ranking empat dunia dari Korea Selatan, Seo Seung-jae-Chae Yu-jung.

TERBUKA INDONESIA SUPER 1000

PERSEORANGAN LELAKI

Lee Zii Jia (9) lawan Ng Ka Long Angus, Hong Kong, (22)

Leong Jun Hao (36) lawan Jonatan Christie, Indonesia, (3)

PERSEORANGAN WANITA

Goh Jin Wei (34) lawan Wang Zhi Yi, China, (6)

BEREGU LELAKI

Man Wei Chong-Kai Wun Tee (20) lawan Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae, Korea Selatan, (3)

Low Hang Yee-Ng Eng Cheong (53) lawan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan, Taiwan, (12)

Choong Hon Jian-Haikal Muhammad (26) lawan Lee Yang-Wang Chi-Lin, Taiwan, (9)

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Ramsani (14) lawan Dong Adam (Xingyu)-Nyl Yakura, Kanada, (35)

BEREGU WANITA

Vivian Hoo-Lim Chiew Sien (39) lawan Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam, Hong Kong, (21)

BEREGU CAMPURAN

Choong Hon Jian-Go Pei Kee (48) lawan Tang Chun Man-Tse Ying Suet, Hong Kong, (7)

Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (16) lawan Lee Chun Hei Reginald-Ng Tsz Yau, Hong Kong, (22)

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing (23) lawan Koceila Mammeri – Tanina Mammeri, Algeria, (46)

Yap Roy King-Valeree Siow (51) lawan Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, China (5)

*Dalam kurungan nombor ranking dunia

-Sinar Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Taktikal Pan-gon penentu nasib Harimau Malaya

KEPAKARAN taktikal pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon akan menjadi penentu kepada corak persembahan yang akan dipamerkan pemain negara ketika berdepan Kyrgyzstan di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek pada Khamis.

Bekas pemain tengah kebangsaan Reezal Zambery Yahya berkata, kehilangan ramai pemain utama Harimau Malaya sudah tentu akan memberikan kesan kepada pasukan, namun ia harus dipandang positif oleh semua pihak.

Menurutnya, kepakaran Pan-gon untuk mencatur pemain yang ada di posisi tertentu yang kritikal bakal memastikan skuad negara berpeluang membawa pulang tiga mata dalam aksi Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu.

“Bola sepak sememangnya satu sukan berisiko iaitu terpaksa kehilangan pemain akibat kecederaan pada perlawanan genting. Tetapi, peluang untuk kita masih ada dan terbuka. Mahu tak mahu kita kena menang.

“Pan-gon perlu menyesuaikan taktikalnya dengan pemain yang beliau ada sekarang ini. Saya yakin, sebelum beliau memanggil pemain yang ada ketika ini, sudah tentu sudah mengkaji persembahan setiap pemain.

“Jadi, kita perlu percaya kepada kemampuan pasukan dan idea magis Pan-gon itu untuk membentuk pasukan yang mantap,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.

Sebelum ini, skuad negara kehilangan beberapa pemain utama Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, Romal Morales, Azam Azmi Muraf, Darren Lok, Syafiq Ahmad dan Ahmad Syihan Hazmi yang mengalami kecederaan.

Ia menyebabkan Pan-gon terpaksa memanggil pemain lain dan berdepan kesukaran di beberapa posisi seperti sayap kiri dan kanan yang sebelum ini diisi oleh Faisal dan Arif Aiman.

Reezal yang juga penolong jurulatih Kelantan Darul Naim FC berkata, kehadiran ramai muka baharu bakal menjadi senjata rahsia buat pasukan.

“Sebelum ini, kita pernah menentang Kyrgyzstan di Bukit Jalil dan sudah tentu mereka sudah tahu dengan kualiti pemain serangan kita.

“Apabila ada pemain baharu ini, mereka bagaikan senjata rahsia untuk Pan-gon dan pasukan lain sudah tentu tidak dapat membaca persembahan pemain baharu ini ditambah dengan strategi berbeza daripada Pan-gon,” katanya.

Selepas bertemu Kyrgyzstan, skuad negara akan menutup aksi kumpulan menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mac.

Harimau Malaya perlu meraih kemenangan dalam dua baki perlawanan ini untuk membuka peluang mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak secara merit ke Piala Asia 2027.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Peluang Speedy Tigers sukar

Kuala Lumpur: Peluang skuad hoki negara untuk mara ke separuh akhir Piala Negara-Negara dilihat cukup sukar selepas tewas 1-3 kepada Perancis pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan B, hari ini.

Keputusan itu menyaksikan Speedy Tigers kini menduduki tangga ketiga dengan hanya mengumpul satu mata selepas seri 4-4 dengan Pakistan pada perlawanan pertama.

Skuad negara terpaksa mengharapkan Perancis menewaskan Pakistan pada perlawanan terakhir kumpulan selain perlu mencatatkan kemenangan 10-0 ke atas Kanada pada perlawanan Rabu ini seandainya masih menyimpan impian ke separuh akhir.

Pada perlawanan yang berlangsung di Gniezno, Poland itu, skuad bimbingan Sarjit Singh ketinggalan seawal minit ke-5 selepas Timothee Clement meletakkan Perancis di depan menerusi pukulan sudut penalti.

Malaysia bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan padang penyerang utama negara, Faizal Saari di minit ke-28.

Namun kebangkitan yang diharapkan daripada barisan pemain negara tidak menjadi selepas Francois Goyet menambah gol kedua Perancis minit ke-43 sebelum Etienne Tynevez mengesahkan kemenangan apabila menyempurnakan penalti stroke minit terakhir perlawanan.

Dengan kemenangan itu, Perancis yang menduduki ranking kesembilan dunia dan memimpin Kumpulan B hasil enam mata, sudah pun mengesahkan tiket ke separuh akhir.-Harian Metro

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Skuad tarian bawa pulang dua emas, satu gangsa dari Jerman

KUALA LUMPUR: Pasukan sukan tarian negara menampilkan gerak tari mempesonakan untuk merangkul dua emas dan satu gangsa dalam Festival Sukan Tarian 2024 di Bremen, Jerman, semalam.

Dua emas itu diperoleh menerusi Cherry Yeo dalam acara acara Latin Solo Wanita Dewasa serta Yap Wan Xin bagi kategori Latin Solo Wanita Remaja manakala Kimberly Chew menyumbang gangsa menerusi acara Latin Solo Wanita Junior ll.

Menurut Persekutuan Dance Sport Malaysia (MYDF) hari ini, lebih membanggakan Cherry yang memenangi tiga emas dalam Festival Tarian Mallorca (MDF) di Sepanyol tahun lepas kini menduduki tempat keenam teratas dunia di bawah kategori Latin Solo Wanita Dewasa.

Yap pula kini menghuni kedudukan tiga teratas dunia bagi kategori Latin Solo Wanita Remaja.

Acara ranking dunia itu diiktiraf Persekutuan Sukan Tarian Dunia (WDSF), bermula Jumaat lalu dan berakhir semalam, menarik penyertaan sekitar 250 peserta daripada 46 negara seperti Croatia, Georgia dan China.

“Kejayaan pasukan negara tidak dapat dicapai tanpa sokongan, dedikasi dan bimbingan pakar jurulatih Chua Zjen Fong dan Evon Chong dari MY DanceSport Academy. Komitmen mereka untuk memupuk bakat atlet ini telah memainkan peranan penting dalam mencapai prestasi yang luar biasa ini,” menurut kenyataan MYDF.

Selain itu, MYDF merakamkan penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Kementerian Belia dan Sukan atas pembiayaan penyertaan dan sokongan padu bagi membolehkan pasukan negara itu mengharumkan nama negara di pentas dunia. – BERNAMA

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Hannah simpati nasib Pei Jing

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bersimpati dengan nasib malang menimpa pemain beregu campuran profesional negara, Lai Pei Jing yang menjadi mangsa sindiket penipuan sehingga mengakibatkan dia hilang hampir semua wang simpanannya.

Hannah, berkata pihaknya ketika ini sedang berhubung dengan pemain berusia 31 tahun itu bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian berkenaan bagi menyalurkan bantuan.

“Saya bersimpati dengan nasib malang yang menimpa Pei Jing, saya sedang berhubung dengan dia bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut. Saya nak tahu lebih lagi untuk melihat bagaimana saya boleh bantu,” kata Hannah.

Terdahulu, Pei Jing mendedahkan dirinya menjadi mangsa sindiket penipuan yang mengakibatkan dia hilang hampir semua wang simpanannya.

Perkara itu dikongsikan Pei Jing menerusi hantarannya di laman Instagram miliknya, malam tadi.

Susulan kejadian malang itu, pemain berusia 31 tahun berkenaan meminta semua pihak memberikan dia ruang untuk bertenang dan menangani emosinya.

Katanya, adalah tamparan yang sangat berat kerana ia adalah simpanan hasil kerja keras dirinya sejak bertahun-tahun.

Dia juga sudah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Pei Jing yang membentuk gandingan bersama Tan Kian Meng tersingkir di pusingan kedua Terbuka Singapura minggu lalu selepas tunduk di tangan gandingan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek.

Penyertaan pasangan ranking ke-23 dunia itu pada saingan Terbuka Indonesia yang bermula esok masih belum dapat dipastikan dengan mereka dijadual menentang pasangan Algeria, Koceila Mammeri-Tanina Violette Mammeri di pusingan pertama.-Berita Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SAMBUTAN KEPULANGAN PASUKAN PARA LAWN BOWLS DARI KEJOHANAN DUNIA AFRIKA SELATAN 2024

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyambut kepulangan Pasukan Para Lawn Bowls dari Kejohanan Dunia Afrika Selatan 2024 yang telah tiba di tanah air pada 8.45 pagi tadi.

Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 18 hingga 31 Mei yang lalu dan kontinjen Negara telah mencapai kejayaan dengan meraih 2 pingat Emas menerusi kategori perseorangan lelaki B1 dan perseorangan wanita B2 manakala pingat Gangsa diraih menerusi perseorangan bercampuran B1.

Majlis Sukan Negara Malaysia