Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives May 30, 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT ‘HIGH PERFORMANCE SPORT TEAM MEETING’ (HPTM) SUKAN PENCAK SILAT PODIUM & PK 2024

Mesyuarat ‘High Performance Sport Team Meeting’ (HPTM) bagi sukan pencak silat Podium dan Pelapis Kebangsaan 2024 telah diadakan pada 30 Mei yang bertempat di Kompleks Sukan Nilai, MSN

Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan prestasi atlet serta isu-isu berbangkit antara atlet dan jurulatih.

Turut hadir, Pengurus Sukan, Institut Sukan Negara, Jurulatih dan Atlet.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT ‘HIGH PERFORMANCE SPORT TEAM MEETING’ (HPTM) SUKAN WUSHU PODIUM & PK 2024

Mesyuarat ‘High Performance Sport Team Meeting’ (HPTM) bagi sukan wushu Podium dan Pelapis Kebangsaan 2024 telah diadakan pada 30 Mei yang bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan prestasi atlet serta isu-isu berbangkit antara atlet dan jurulatih.

Turut hadir, Pengurus Sukan, Jurulatih dan Atlet.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT ‘HIGH PERFORMANCE SPORT TEAM MEETING’ (HPTM) SUKAN TAEKWONDO PODIUM & PK 2024

Mesyuarat ‘High Performance Sport Team Meeting’ (HPTM) bagi sukan Taekwondo Podium dan Pelapis Kebangsaan 2024 telah diadakan pada 30 Mei yang bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan prestasi atlet serta isu-isu berbangkit antara atlet dan jurulatih.

Turut hadir, Pengurus Sukan, Jurulatih dan Atlet.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT ‘HIGH PERFORMANCE SPORT TEAM MEETING’ (HPTM) SUKAN ANGKAT BERAT PODIUM & PK 2024

Mesyuarat ‘High Performance Sport Team Meeting’ (HPTM) bagi sukan angkat berat Podium dan Pelapis Kebangsaan 2024 telah diadakan pada 30 Mei yang bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan prestasi atlet serta isu-isu berbangkit antara atlet dan jurulatih.

Turut hadir, Pengurus Sukan, Institut Sukan Negara, Persatuan Sukan Kebangsaan serta Jurulatih dan Atlet.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Empat bakat baharu sandaran Sarjit hadapi Pakistan

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad hoki negara, Sarjit Singh mempertaruhkan empat bakat baharu dalam skuad Speedy Tigers apabila berdepan cabaran getir menentang pesaing utama Pakistan pada aksi pembukaan kejohanan Piala Negara-Negara di Gniezno, Poland, esok.

Empat pemain memperoleh ujian dalam skuad 18 pemain di Poland ialah pemain pertahanan Muhamad Faris Harizan dan Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin, pemain tengah Syawal Abul Razak dan penyerang Nur Rahull Hriskesa Thaitchana Muruthi.

Faris Harizan merupakan satu-satunya pemain beraksi pada Piala Dunia Remaja 2023 di Kuala Lumpur.

Selepas perlawanan dengan Pakistan, ranking ke-16 dunia dalam Kumpulan B, Malaysia (13) akan menentang Perancis (9) Ahad ini dan Kanada (20) pada Rabu depan.

Kumpulan A terdiri New Zealand (11), Korea Selatan 912), juara bertahan Afrika Selatan (14), Austria (19) dan tuan rumah Poland (28).

Sarjit, menerusi kenyataan Konfederasi Hoki Malaysia, mengakui pertemuan dengan Pakistan adalah ujian getir tetapi beberapa perubahan dalam skuad dengan penyertaan empat pemain muda tersebut dapat membantu menampilkan prestasi sama semasa menentang lawan itu pada Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) di Ipoh, awal bulan ini.

Pada saingan di PSAS, Malaysia tewas tipis 4-5 kepada Pakistan pada peringkat saingan liga sepusingan.

“Kejohanan ini adalah ujian penilaian bagi kebanyakan pemain terutama pemain muda dalam pasukan. Saya harap mereka akan mengambil peluang ini dan memberikan persembahan yang baik.

Persediaan kami untuk Sukan Asia 2026 adalah program jangka panjang dan kami mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan,”kata Sarjit yang dilantik pada Mac lalu.

Dalam pada itu, tonggak jentera serangan, Faizal Saari mengalami kecederaan ketika sesi latihan sudah pulih dan turut disenaraikan pada perlawanan esok.

“Faizal Saari telah pulih daripada kecederaan ringan lutut dan bermain dalam perlawanan persahabatan menentang Poland. Walaupun kami tewas 0-2 dalam perlawanan yang dikurangkan kepada tiga suku, pemain mula memasuki momentum secara perlahan,” katanya.

Senarai 18 pemain:

Penjaga Gol: Muhamad Hafizuddin Othman; Muhammad Zaimi Mat Deris

Pertahanan: Muhamad Marhan Jalil (Kapten); Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan; Muhamad Amirul Hamizan Azhar; Muhamad Najib Hassan; Muhamad Faris Harizan; Muhamad Kamarulzaman Kamarudin

Tengah: Mohd Fitri Saari; Nik Muhamad Aiman Nik Rozemi; Shello Silverius; Azimuddin Syakir Kamaruddin; Syawal Abdul Razak

Penyerang: Faizal Saari; Muhamad Azrai Aizad Abu Kamal; Mohamad Akhimullah Anuar Esook; Muhajir Rauf; Nur Rahull Hriskesa Thaitchana Muruthi

Simpanan: Naaveennash Panicker Thevendran; Muhammad Arif Syafie Ishak. – BERNAMA

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Malaysia buru enam tali pinggang

TAIPING: Malaysia menyasarkan sekurang-kurangnya enam daripada 12 tali pinggang dalam Kejohanan Malaysia International Muay Championship (MIMAC) yang berlangsung di Dataran Warisan, Taiping, Perak bermula esok hingga Ahad ini.

Presiden Persatuan Tomoi Negeri Perak, Mohd Ezry Azamin berkata, memandangkan program itu pertama kali dianjurkan, pihaknya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi pada atlet yang bertanding.

“Ini kerana kesemua atlet kita muka baru yang belum berpengalaman di peringkat antarabangsa dan kita cuba nak ‘develop’ mereka untuk ke peringkat yang lebih tinggi.

“Selain itu melihat pesaing dari 11 negara-negara lain khususnya Thailand, maka kita tidak terlalu menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan kesemua tali pinggang yang dipertandingkan,” katanya dalam sidang media bersama Ahli Parlimen Taiping merangkap Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Wah di Taiping Mall, malam tadi.

Menurutnya lagi sehingga hari ini seramai 260 peserta dari 12 negara mengambil bahagian dalam kejohanan yang akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.-Berita Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Aaron-Wooi Yik lakar kemenangan hatrik ke atas juara Olimpik

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merekodkan kemenangan ketiga berturut-turut ke atas juara Olimpik, Lee Yang-Wang Chi Lin untuk mengesahkan tiket ke suku akhir Terbuka Singapura, hari ini.

Bagaimanapun, pasangan nombor lima dunia itu dipaksa bekerja keras sebelum mengatasi gandingan Taiwan berkenaan dalam pertarungan tiga set 21-18, 21-23, 21-17 pada aksi pusingan kedua di Stadium Tertutup Singapura.

Aaron-Wooi Yik sebelum ini turut melakar kemenangan ke atas Lee Yang-Chi Lin dalam dua pertemuan terakhir mereka iaitu di Kejohanan Dunia dan Masters Kumamoto di Jepun pada tahun lalu.

Naib juara Seluruh England itu seterusnya akan berdepan pilihan kelima kejohanan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen bagi perebutan tiket ke separuh akhir, esok.

Terdahulu, Anders-Skaarup melangkah ke kelompok lapan terbaik selepas menyingkirkan satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Waun dalam pertarungan tiga set 21-10, 20-22, 21-19.

Sementara itu, nasib turut tidak memihak kepada beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang ditunjukkan jalan keluar di pusingan kedua, hari ini.

Kian Meng-Pei Jing yang mara sehingga suku akhir di Masters Malaysia, minggu lalu kali ini terpaksa akur apabila tunduk di tangan pasangan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek 18-21, 21-18, 10-21.-Berita Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Terbuka Sepanyol peluang terakhir Bryan Leong ke Olimpik Paris

KEJOHANAN Terbuka Sepanyol musim panas-ujian pemilihan Sepanyol bulan depan akan menjadi medan terakhir perenang muda negara, Bryan Leong Xin Ren melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Perenang Kuala Lumpur berusia 21 tahun itu yang yang baru-baru ini memecahkan dua rekod kebangsaan dan menggondol pingat di AP Race London International bersedia menyahut cabaran untuk membuat kejutan besar dalam kejohanan 18 hingga 22 Jun ini di Mallorca, Sepanyol.

Tumpuannya di Sepanyol adalah memburu tiket Olimpik Paris dalam acara kegemarannya iaitu 100m kuak kuku-kupu.

Dalam AP Race London International minggu lalu, Bryan memenangi gangsa dalam acara 100m kuak kupu-kupu dalam masa 52.95 saat (s), Daniel Gracik dari Republik Czech (51.87s) menggondol emas manakala juara Olimpik dua kali James Guy dari Britain meraih perak dengan catatan 52.59s.

Namun untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 26 Julai-11 Ogos, Bryan perlu merakamkan masa yang lebih pantas.

Bryan perlu mencatat sama ada 51.67s untuk Masa Kelayakan Olimpik (masa A) atau mencapai sekurang-kurangnya 51.93s untuk Masa Pertimbangan Olimpik (masa B) untuk menempah slot di Paris 2024.

Ia akan menjadi tugas yang sukar walaupun prestasi peribadi terbaiknya dalam acara 100m kuak kupu-kupu ialah 52.78s, yang juga merupakan rekod kebangsaan yang dicatatnya pada Kejohanan Dunia di Doha, Qatar, Februari lalu.

Bagaimanapun, perenang negara itu sekurang-kurangnya mengambil hati daripada fakta bahawa beliau berjaya memperbahaui dua rekod kebangsaan miliknya pada pertandingan AP Race London di Pusat Akuatik London minggu lepas.

Pada 25 Mei lalu, Bryan memperbaharui rekod kebangsaan dalam acara 50m gaya bebas dengan mencatat 22.91s pada acara saringan untuk memadamkan catatan 23.07s yang dicipta pada kejohanan yang sama tahun lalu.

Perenang yang berpangkalan di United Kingdom itu kemudiannya memadamkan rekod kebangsaan acara 50m kuak kupu-kupu 24.14s yang dibuat oleh bekas perenang kebangsaan Chan Jie pada Kejohanan Asia Peringkat Kumpulan Umur ke-11 di Filipina pada Februari dengan mencatatkan 24.08s untuk menduduki tempat keempat pada final, Isnin lalu.

“Secara keseluruhan, saya sangat bangga untuk terus meningkat dan mencapai sasaran baharu. Saya gembira dapat mencecah bawah 23s dalam acara50m gaya bebas dan hampir mencecah masa 24s dalam acara 50m kuak kupu-kupu.

“Tetapi saya menyasarkan untuk meningkat dalam acara 100m kuak kupu-kupu kerana ia adalah acara kegemaran yang saya harap dapat melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

“Saya kini akan mengalihkan perhatian kepada ujian pemilihan Sepanyol pada Jun,” kata graduan bidang neurosains dan psikologi dari King’s College London itu. – Bernama.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SUKMA DAN PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024

Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Induk sempena SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di Riverside Majestic Hotel, Kuching

Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak serta YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak.

Mesyuarat ini terarah kepada Laporan Sekretariat Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024 yang melibatkan 25 Jawatankuasa Kerja SUKMA dan Para SUKMA.

YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan YBrs. Tuan Haji Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN turut hadir ke mesyuarat ini.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Jun Hao ‘ajar’ Ginting main badminton

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mencipta sensasi di Terbuka Singapura.

Dia merekodkan kemenangan terbesar musim ini apabila menyingkirkan pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia di pusingan kedua kejohanan, hari ini.

Jun Hao yang berada di kedudukan ke-36 dunia itu menampilkan aksi ‘kelas A’ untuk mengatasi jaguh Indonesia yang menghuni ranking nombor tujuh dunia, Anthony Sinisuka Ginting bagi mengesahkan tiket ke suku akhir.

Pada aksi di Stadium Tertutup Singapura itu, Jun Hao yang juga bekas juara remaja Asia bermula baik apabila menang 21-14 di set pertama.

Namun, Ginting yang juga juara berganda Terbuka Singapura pada 2022 dan 2023 kembali bangkit dengan permainan yang lebih kemas untuk memenangi set kedua 21-10 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Jun Hao bagaimanapun kembali mempamerkan ‘taringnya’ apabila mempamerkan dominasi pada aksi set ketiga dengan hanya ‘membenarkan’ Ginting mengutip lapan mata untuk melakar kemenangan 21-8 dalam tempoh 60 minit.

“Secara keseluruhan saya bermain dengan agresif sepanjang perlawanan hari ini.

“Sudah tentu saya sangat gembira berjaya memenangi perlawanan hari ini kerana ini adalah pencapaian besar untuk saya.

“Saya pernah bertemu Ginting dua kali sebelum ini dan tampil sebagai underdog. Kali ini, saya lebih bersedia untuk berdepan Ginting.

“Sebelum ini dia sentiasa agresif dan saya akan ketinggalan. Hari ini saya berasa lebih positif dan lebih proaktif. Tidak mudah untuk dia untuk sentiasa melakukan serangan kerana saya dapat mengawal permainan,” kata Jun Hao kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejurus tamat perlawanan.

Sebagai rekod, ini adalah kemenangan sulung Jun Hao ke atas Ginting selepas tewas dalam kedua-dua pertemuan sebelum ini – Terbuka Hong Kong 2023 dan Terbuka India 2024.

Ia akan menjadi penampilan kedua Jun Hao di suku akhir kejohanan Jelajah Dunia BWF musim ini selepas turut melakukannya di Masters Sepanyol, Mac lalu.

Pada saingan Masters Malaysia, minggu lalu, Jun Hao terkandas di pusingan kedua selepas tunduk di tangan pemain nombor enam dunia dari China, Li Shi Feng.

Jun Hao akan menentang pemenang perlawanan antara juara Masters Malaysia yang juga pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen dengan pemain Taiwan, Li Chun Yi bagi perebutan tiket ke separuh akhir, esok.-Berita Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia