Majlis Sukan Negara telah menerima Kunjungan Hormat daripada Sarawak Sports Corporation pada Khamis, 25 April 2024.
Kehadiran Delegasi Sarawak ke Bukit Jalil itu bertujuan mengkaji dan merangka pembangunan kemudahan penginapan serta kafeteria di MSN sebagai salah satu daripada misi melahirkan lebih ramai atlet berkualiti negeri Bumi Kenyalang itu.