Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives March 1, 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN TAHAP 1

Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 Bersama Majlis Sukan Negeri

Pulau Pinang sedang berlangsung pada 27 Februari hingga 1 Mac 2024.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs Encik Harry Chai Heng Hua, Pengarah Majlis Sukan Negeri

Pulau Pinang dan seramai 32 orang peserta telah hadir pada kursus tersebut.

Panel Penilai :

– En. Suhaimi Sun Abdullah

Tenaga Pengajar :

– ⁠En Kalam Azad Isa (UiTM Jengka, Pahang)

– ⁠Dr. Ahmad Fikri Mohd Kassim (UiTM Arau,Perlis)

– ⁠Dr. Ellail Ain Mohd Aznan (UiTM Arau, Perlis)

– ⁠Pn. Maslinda Laili (Kolej Matrikulasi, Perak)

LAWATAN CHEF DE MISSION SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

Chef de Mission ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin bersama timbalannya, Datuk Nicol David mengadakan lawatan dan tinjauan persiapan atlet berbasikal, Nur Aisyah Mohamad Zubir di Velodrom Nasional Nilai.

Aisyah dipilih menggalas cabaran negara dalam acara lebuh raya wanita di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila Malaysia layak secara merit menerusi slot benua Asia selepas menghabiskan perlumbaan di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di tempat kedua teratas di kalangan pelumba negara yang belum layak ke Olimpik.

Pemilihan Aisyah yang berasal dari Terengganu menyaksikan dia mencipta sejarah menjadi pelumba wanita pertama negara yang layak beraksi di pentas Sukan Olimpik bagi acara itu.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KARNIVAL BAKAT KEBANGSAAN SELANGOR SIRI 01/2024

Sekitar aksi hari kedua sukan Memanah di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat. Karnival Bakat Kebangsaan Selangor Siri 01/2024 sedang berlangsung bermula 28 Februari hingga 3 Mac ini.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PGABS tourney at KGS acts as pre-Sukma warm-up for junior golfers

KUCHING (March 1): The Persatuan Golf Amatur Bumiputerea Sarawak (PGABS) Interstate Junior Golf Tournament, to be taking place at Kelab Golf Sarawak (KGS) here this March 4 to 7, would serve as an opportunity for the teams bound for the 21st Malaysia Games (Sukma) to gauge the capabilities of their players.

Organised by PGABS in collaboration with the Sarawak Sports State Council (MSNS), this tournament will host 84 golfers, including 28 women, from 10 teams.

“This is a pre-Sukma competition and it is also part of our preparation to host the competition in Sukma 2024 at KGS this August.

“I believe most of the teams will be fielding their Sukma players in this tournament, as their players would want to test the playing conditions here,” Minister of Youth, Sports and Entrepreneur Development (MySed), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah told reporters in a press conference at his office in Bangunan Baitul Makmur II, Petra Jaya here.

The participating teams are Perlis, Federal Territories, Sabah, Perak, Kedah, Pahang, Melaka, Brunei, Sarawak and PGABS.

The events are Boys Individual and Team, as well as Girls Individual and Team.

The Top 3 of the Boys Team shall receive RM8,000, RM5,000 and RM3,000; the Girls Team’s Top 3 will walk away with RM6,00, RM4,000 and RM2,000.

In Boys Individual category, the Top 3 finishers will bag RM3,000, RM2,000 and RM1,500, while the prizes from the fourth to eighth placings will be RM800, RM700, RM600 and RM500, respectively.

In Girls Individual, the Top 5 players will pocket RM3,000, RM2,000, RM1,500, RM1,000 and RM800.

“As more than 100 people including the players, team officials, parents and supporters are coming to Kuching next week, this will also help to boost the tourism industry,” said Abdul Karim, also the state Minister of Tourism, Creative Industry and Performing Arts. ​

ADVERTISEMENT

about:blank

“PGABS have also invited dancers from the Academy of Arts, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) to perform Sarawak cultural dances for the audience at the welcoming dinner,” he added.-TheBorneoPost

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SUKMA 2024: Perlis sasar 10 pingat emas

KANGAR: Perlis menyasarkan 10 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli menekankan keperluan bagi semua atlet untuk meningkatkan usaha dalam tempoh enam bulan akan datang sebelum acara bermula.

“Atlet perlu berusaha lebih keras untuk mencapai sasaran yang ditetapkan, semangat untuk mewakili negeri dan mengharumkan nama negeri perlu menjadi pemangkin bagi setiap atlet,” katanya selepas Majlis Penghargaan Atlet Perlis 2023 dan Pelancaran Road To SUKMA dan Para SUKMA Sarawak 2024 di Dewan Warisan Kangar, malam tadi.

Beliau menyatakan harapan agar Perlis dapat memecahkan rekod sendiri dan terus menyokong para atlet dalam usaha mencapai kecemerlangan pada temasya sukan berkenaan.

Pada majlis tersebut, kerajaan negeri mengiktiraf pencapaian 225 atlet Perlis daripada 19 jenis sukan berbeza yang berjaya menaiki podium di kejohanan kebangsaan pada tahun lalu.

Ia termasuk empat atlet yang menyertai Kejohanan Sukan Asia Hangzhou 2022 dan Sukan Para Asia Hangzhou 2022 yang turut diberikan insentif oleh kerajaan negeri atas kejayaan mereka.

Selain itu, dalam usaha untuk memberi sokongan yang lebih besar kepada pembangunan sukan, kerajaan negeri turut melancarkan Tabung Sukan Negeri Perlis.

Dalam temasya SUKMA sebelum ini, Perlis memperolehi enam pingat emas pada SUKMA 2022, 2018 (12 emas), 2016 (sembilan) dan 2014 (12).

Sementara itu, Pengerusi Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan negeri, Wan Zikri Afhtar Ishak, juga memberi penekanan bahawa kontinjen Perlis akan mengambil bahagian dalam 29 jenis sukan pada SUKMA 2024, dengan anggaran kekuatan kontinjen sebanyak 555 orang.

Dengan usaha yang berterusan dan sokongan yang diberikan, Perlis berharap untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada SUKMA kali ini dan mengharumkan nama negeri. – HARAKAHDAILY

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Aisyah mahu peralatan baharu

NILAI: Pelumba berbasikal lebuh raya negara Nur Aisyah Mohamad Zubir berharap diberikan kelengkapan dan peralatan baharu bagi menghadapi saingan Sukan Olimpik Paris 2024, Julai depan.

Pelumba kelahiran Terengganu berusia 26 tahun itu berkata peralatan groupset (gear, brek) dan bahagian tayar memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi pada perlumbaan yang turut disertai pelumba wanita terkemuka dunia.

Aisyah, pelumba lebuh raya wanita pertama negara beraksi di pentas Olimpik ketika ini menggunakan kelengkapan yang dianggap sudah ketinggalan berbanding peralatan lebih canggih digunakan pencabar lain.

“Kita pun tahu nak lawan pelumba terbaik dunia, mereka pakai kelengkapan terbaik. Kalau kita pakai bawah daripada mereka, ia menyukarkan kita untuk lawan. Peralatan pun memainkan peranan… dalam 30 peratus.

“Saya harap dapat (kelengkapan baharu) sebelum bertolak ke Belgium pada Mei ini untuk kem latihan terakhir, yang turut mempunyai beberapa kejohanan peringkat Eropah kerana perlu menyesuaikan diri dengan peralatan berkenaan,” katanya kepada pemberita di Velodrom Nasional hari ini.

Dia ditemui selepas lawatan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin dan timbalannya Datuk Nicol David.

Menurut Aisyah, hasratnya itu sudah disampaikan kepada Hamidin ketika pertemuan hari ini dan mendapat jawapan yang positif.

Mengenai latihan menjelang temasya empat tahun sekali itu, Aisyah berkata pada masa ini tumpuan diberikan untuk meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan sebelum menyertai Jelajah Biwase Vietnam pada 6 hingga 15 Mac, diikuti kem latihan selama dua minggu di Chiang Mai, Thailand dan Jelajah Thailand pada 8 hingga 10 April sebelum ke Belgium.

“Perlumbaan di Vietnam menjadi pengukur prestasi sebelum ke kejohanan lain kerana laluan di Paris hampir 160km dan sangat mencabar. Saya melakukan latihan agak keras untuk memberikan yang terbaik kerana Olimpik ibarat peluang sekali seumur hidup,” katanya.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia pada November lalu, mengumumkan Aisyah sebagai wakil negara ke Paris, selepas mendapat makluman daripada Kesatuan Berbasikal Dunia Malaysia mendapat satu slot sebagai wakil Asia dalam acara lebuh raya wanita berdasarkan ranking.

Aisyah pernah meraih dua perak menerusi acara lepas beramai-ramai individu dan berpasukan dan satu gangsa acara kriterium pada Sukan SEA Hanoi 2021, serta dua gangsa bagi acara lepas beramai-ramai individu dan kriterium pada Sukan SEA Kemboja, Mei lalu.

Pada Sukan Asia Hangzhou, China, Aisyah menamatkan saingan di tempat ke-11 acara lepas beramai-ramai selain konsisten dalam kedudukan 10 teratas bagi Jelajah Biwase Vietnam 2023 serta Jelajah Thailand 2022 dan 2023, selain enam emas pada Sukan Malaysia Perak 2018. – BERNAMA

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Terbuka Switzerland satukan semula Roy King-Wan Arif

KUALA LUMPUR: Kejohanan badminton Terbuka Switzerland dari 19 hingga 24 Mac ini menjadi medan membentuk kembali keserasian beregu lelaki negara Yap Roy King-Wan Arif Wan Junaidi yang digandingkan semula selepas tiga bulan ‘terpisah’.

Roy King-Wan Arif yang mula berganding pada Mac tahun lalu mencuri tumpuan selepas meraih beberapa kejuaraan termasuk muncul juara kebangsaan sebelum langkah mereka terhenti apabila Roy King mengalami kecederaan lutut pada Disember.

Roy King ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara hari ini mengakui teruja apabila dapat kembali menyertai kejohanan selepas berehat panjang, namun pada masa sama berwaspada supaya kecederaan itu tidak berulang.

“Sekarang apa boleh dikatakan keadaan saya berada pada tahap 100 peratus bersedia untuk beraksi. Ini minggu pertama saya jalani latihan, boleh dikatakan proses itu baik sekali,” katanya.

Selain turun dalam acara beregu lelaki, pemain berusia 23 tahun itu akan berpasangan dengan Valeree Siow dalam acara beregu campuran.

Sementara itu, Wan Arif yang teruja gandingannya sudah pulih dan kembali ke gelanggang berharap mereka dapat mengatur rentak secepat mungkin bagi membina semula keserasian sekali gus mencipta keputusan yang baik di kejohanan Super 300 itu.

“Perasaan itu lain sebab sejak Disember lagi kami tidak berlatih bersama dan saya turut bertukar-tukar gandingan.

“Bagaimanapun, kami tidak mahu sasaran (suku akhir) itu dijadikan beban kerana apa yang penting kami hanya nak berikan persembahan terbaik setiap kali beraksi,” katanya yang tekad memperbaiki kelemahan mereka khususnya ketika detik penting menuju mata kemenangan. – BERNAMA

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Skuad badminton latih di Perancis, berbasikal di Sepanyol

KUALA LUMPUR: Skuad badminton kebangsaan akan berkampung selama 10 hari di wilayah Aire-sur-la-Lys, Perancis dari 10 hingga 20 Julai ini bagi menjalani kem latihan pra-Sukan Olimpik Paris 2024.

Penyelaras Program Road To Gold (RTG) Datuk Stuart Ramalingam berkata, selain kem latihan pra-Olimpik, jawatankuasa itu turut menunaikan dua lagi permintaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi menjalani kem latihan di luar negara sebagai persiapan menghadapi dua kejohanan di China iaitu Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo (9 hingga 14 April) serta Piala Thomas dan Uber 2024 di Chengdu (28 April hingga 5 Mei).

“Kem latihan pertama sebelum BAC akan bermula dari 26 Mac hingga 6 April, manakala kem latihan kedua sebelum Piala Thomas dan Uber dari 15 hingga 24 April,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa RTG semalam.

Setakat ini, tujuh pemain di bawah naungan BAM disenaraikan dalam Program RTG iaitu pemain perseorangan lelaki Ng Tze Yong, juara beregu lelaki dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah dan beregu campuran nombor satu negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Dalam pada itu, Stuart berkata Jawatankuasa RTG memberi lampu hijau buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang dan rakan sepasukan Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk menjalani kem latihan berpusat sebelum ke temasya sukan terbesar dunia itu.

Beliau berkata, kedua-dua pelumba berkenaan akan menyertai dua kem latihan di Brisbane, Australia dari 23 Mac hingga 13 April ini dan Silverstone, Britain dari 9 hingga 13 Jun ini, manakala kem latihan pra-Olimpik pula akan diadakan di Mallorca, Sepanyol dari 13 Jun hingga 1 Ogos.

Stuart pada masa sama memaklumkan pihaknya turut memantau perkembangan kesihatan Azizulhasni selepas menjalani pembedahan jantung terbuka pada April 2022 di Hospital Epworth Richmond, Melbourne dan terus menyokong keperluan latihan serta perubatannya dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Bersama RTG Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, Tze Yong selamat menjalani pembedahan di bahagian belakang oleh Institut Sukan Negara baru-baru ini dan mendoakan pemain berusia 23 tahun itu segera sembuh.

Selain kecederaan belakang, impian Tze Yong untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2024, dijadual dari 26 Julai hingga 11 Ogos, sukar dipastikan selepas turut mengalami kecederaan otot bawah belakangnya semasa Kejohanan Terbuka Malaysia Januari lalu.

Pembedahan di bahagian belakang dijangka mengetepikan Tze Yong daripada beraksi di gelanggang selama beberapa minggu dengan tempoh kelayakan ke Paris 2024 akan berakhir pada 28 April.

Sesebuah negara hanya boleh mempunyai dua wakil dalam acara perseorangan, jika kedua-dua pemain berada pada kedudukan 16 teratas dunia dalam ranking Race to Paris menjelang tempoh akhir kelayakan, dengan pemain profesional Lee Zii Jia kini menduduki ranking ke-10, sementara Tze Yong di tangga ke-15, tetapi berisiko kehilangan kedudukan itu jika dia terus tidak beraksi dalam kejohanan kelayakan. – BERNAMA

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PERKHIDMATAN ‘HOUSEKEEPING (KEBERSIHAN DALAMAN BANGUNAN) DI KOMPLEKS SUKAN MSN SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR UNTUK MSNM-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya dan bertaraf Bumiputera di bawah kod bidang seperti berikut :-
221001 – Khidmat Kebersihan & rawaan – Pembersihan Bangunan Dan pejabat
221002- Membersih Kawasan

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/013/2023 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN ‘HOUSEKEEPING (KEBERSIHAN DALAMAN BANGUNAN) DI KOMPLEKS SUKAN MSN SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 1 MAC 2024 (JUMAAT)
TAKLIMAT : 4 MAC 2024 (ISNIN/10.00 PAGI)
& LAWATAN TAPAK KOMPLEKS MSN SETIAWANGSA,KL
TARIKH TUTUP : 11 MAC 2024 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga dan dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KERJA-KERJA PEMBAIKAN KOMPLEKS SUKAN MSN SETIAWANGSA,  KUALA LUMPUR UNTUK MSNM-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G2 dan Kategori – CE Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod C21 – (Kerja-Kerja Kejuruteraan Awam) dan pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/002/2024 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA PEMBAIKAN KOMPLEKS SUKAN MSN SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 1 MAC 2024 (JUMAAT)
TAKLIMAT : 4 MAC 2024 (ISNIN/11.30 PAGI) & LAWATAN TAPAK KOMPLEKS MSN SETIAWANGSA, KL
TARIKH TUTUP : 11 MAC 2024 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Profail Syarikat dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Peti Sebutharga & Tender
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia