Temasya Sukan Para ASEAN mula dianjurkan pada 2001 dan merupakan temasya sukan terbesar yang dianjurkan oleh negara-negara Asean untuk golongan orang kelainan upaya (OKU). Temasya Sukan Para ASEAN diadakan selepas tamat temasya Sukan SEA di negara yang sama iaitu negara yang menganjurkan temasya Sukan SEA. Temasya ini dianjurkan secara bergilir-gilir di antara negara-negara yang di bawah Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF).
Penganjuran Sukan Para ASEAN 2020 yang sepatutnya berlangsung pada 3 hingga 9 Oktober 2020 dibatalkan berikutan kesan daripada penularan pandemik Covid-19.
Selepas tertangguh hampir 3 tahun, Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) secara rasmi mengumumkan Solo, Indonesia sebagai tuan rumah temasya Sukan Para ASEAN (APG 2022).
Keinginan Indonesia untuk menjadi tuan rumah APG edisi ke 11 itu mendapat persetujuan daripada semua ahli selepas tuan rumah terdahulu Vietnam membatalkan membatalkan penganjuran temasya tersebut susulan penularan covid-19.
Kontinjen Malaysia yang dibarisi 70 atlet meraih 36 emas, 20 perak dan 14 gangsa untuk menduduki tangga keempat keseluruhan.
Kontinjen Malaysia menampilkan prestasi cemerlang pada Temasya Sukan Para ASEAN ke-12 Kemboja 2023 dengan membawa pulang 50 emas, 38 perak dam 34 gangsa ke tanah air sekaligus melepasi sasaran 33 emas yang disasarkan.