21 – 26 February 2024
New Delhi India
Women Junior Sratch Race 7.5 km
Final
– Huang Wen xin
– Hong Harang
– Intan Nur Idrishah


Mesyuarat Bersama Sekretariat Para SUKMA XXI Sarawak 2024 diadakan pada 22 hingga 23 Februari 2024 bertempat di Hotel Pearl International, Kuala Lumpur.
Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, YB Datuk Mohammad Razi bin Sitam pada khamis.
Program ini dimulakan dengan taklimat daripada Sekretariat Para SUKMA, Proses Pendaftaran Atlet, Program Klasifikasi dan seterusnya perkongsian makluman berkaitan Peraturan Pertandingan oleh Ketua Delegat Teknikal.
Turut hadir, Laksamana Pertama (B) Dato’ Subramaniam Raman Nair, Setiausaha Agong Majlis Paralimpik Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Klasifikasi Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 dan Puan Noor Azleen Binti Yusop, Timbalan Pengarah OKU Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Taklimat Safe Sports oleh Pegawai Pelindungan Sukan MSN bersama jurulatih-jurulatih telah diadakan pada 19 Februari lalu bertempat di Akademi Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Pihak MACE telah dijemput oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memberikan satu Taklimat Kod Sukan Selamat kepada para Jurulatih dan seramai 21 peserta telah menghadiri Taklimat ini.
21 – 26 February 2024
New Delhi India
Keputusan akhir hari ini
Team Sprint Women Elite di wakili
Nurul Aliana
Nurul Izzah Izzati
Anis Amira
keputusan akhir
– China – 48.178
– Malaysia- 51.793
– Korea – 49.537 (Relegate) Bronze to India
Team Sprint Men Elite di wakili
Umar Hasbullah
Ridwan Sharom
Fadhil Zonis
keputusan akhir
– Japan – 44.367
– Malaysia – 44.607
– China – 44.036
Tarikh : 21 – 26 Februari 2024
Tempat : New Delhi,India
Hari Pertama (21/2/2024)
Acara : Mixed team sprint M/W C1-5
Peringkat : Akhir
Nama atlet :
1. Muhamad Yusof Hafizi
2. Zuhairie Ahmad Tarmizi
3. Muhamad Hafiz Jamali
Penyertaan : MAS Vs IND
Keputusan :
Emas : Malaysia – 52.284
Perak : India – 1.02.661
Gangsa : Arab Saudi – 1:11.693
Bengkel Penyelarasan bersama Pegawai Eksekutif Sukan Persatuan Sukan Kebangsaan Siri 1 Tahun 2024 telah diadakan pada 21 Februari 2024 bertempat MSN, Bukit Jalil.
Tujuan bengkel ini diadakan menyelaras permohonan geran bantuan dan pengurusan dokumen yang lebih efisien serta menyelaras maklumat profil sukan.
Seramai 19 orang Pegawai Eksekutif Sukan dari 19 Persatuan Sukan Kebangsaan telah hadir dan taklimat disampaikan oleh Encik Mohd Yuzaidi Usop dan Cik Noor Emilia Othman.
Majlis Perhimpunan Bulanan MSN bagi bulan Februari 2024 telah dihadiri oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.
Pada perhimpunan pada kali ini YBrs. Encik Ariffin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MSN) mewakili Bahagian Korporat menyerahkan Sijil Pemilik Hakcipta Lagu Demi Malaysia kepada KP MSN.
Lagu Nyanyian Datoโ Awie, Jaclyn Victor dan Naim Daniel ini adalah ciptaan Zimi Sofarz dan Lirik oleh Jerry, telah dilancarkan pada 14 April 2021 merupakan lagu yg asalnya dicipta sebagai sokongan kontinjen negara ke Sukan Olimpik serta Paralimpik Tokyo 2020 dan didaftarkan dibawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada 11 September 2023.
Kunjungan hormat daripada Bekas Pemain All Black New Zealand, Sonny Bill Williams ke Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil pada 19 Februari 2024.
King of Offloads itu sempat berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil serta Institut Sukan Negara bagi meninjau pengurusan fasiliti serta kemudahan yang disediakan.
MSN juga menerusi Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) hari ini menganjurkan Klinik Ragbi bersama bekas Pemain Ragbi Ternama Dunia itu yang berlangsung di Mini Stadium, Majlis Sukan Negara (MSN), Kuala Lumpur.
Klinik Ragbi ini turut disertai oleh seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pelatih-pelatih Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) dari seluruh negara.
Turut hadir dalam program ini adalah YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Encik Amir Amri Mohamad, Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) serta Encik Safrushahar Yusoff, Pengarah Bahagian Bakat dan Pembangunan Wanita, MSN.
Lawatan Venue Pertandingan serta Bengkel Teknikal dan Pertandingan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 telah diadakan dan diketuai oleh YBrs. Encik Muhammad Zakeria Hattar, Ketua Sekretariat Para SUKMA XXI Sarawak 2024. Bengkel tersebut dan lawatan juga turut dihadiri oleh Ketua Delegat Teknikal, Pengurus Pertandingan serta Pegawai-Pegawai sukan negeri.
Tujuan utama program ini diadakan untuk mengemaskini peraturan pertandingan, pengesahan 10 venue dan tarikh pertandingan, cadangan jumlah penglibatan pegawai serta keperluan peralatan teknikal.
Hadir bersama, Laksamana Pertama (B) Datoโ Subramaniam Raman Nair, Setiausaha Agong Majlis Paralimpik Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Klasifikasi Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024.