Majlis Sukan Negara Malaysia
TAKLIMAT BERSAMA CHEF DE MISSION SEMPENA PERSEDIAAN TEMASYA PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024

Sesi Taklimat beraama Chef De Mission bagi 15 kontinjen Para Sukma sempena persediaan Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 telah diadakan pada 8 Ogos 2024 jam 9.00 pagi bertempat di Hotel Raia, Kuching, Sarawak.

Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 berkenaan persediaan Jawatankuasa Pengelola menuju ke Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024.

Turut hadir semasa sesi taklimat ini ialah Datu Felicia Tan Ya Hua, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti.

Delegasi CDM Para SUKMA juga telah mengadakan lawatan ke Hotel Grand Margherita bagi melihat proses Mesyuarat Pendaftaran Delegasi (DRM) SUKMA XXI Sarawak 2024 yang sedang berlangsung.

BENGKEL TEKNIKAL SUKAN BAGI TEMASYA PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024

Bengkel Teknikal Sukan bagi Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 sedang berlangsung bermula 8 hingga 9 Ogos 2024 bertempat di Hotel Raia, Kuching, Sarawak.

Bengkel tersebut melibatkan 10 Ketua Delegat Teknikal dan 10 Pengurus Pertandingan bagi 10 Sukan yang akan dipertandingkan di temasya kali ini. Bengkel tersebut dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Tuan Haji Semawi Bin Haji Mohamad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Merangkap Pengerusi Teknikal Para SUKMA XXI Sarawak 2024 sebelum kesemua Ketua Delegat Teknikal dan Pengurus Pertandingan melawat Venue Pertandingan masing-masing.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara penting sebelum keputusan bengkel dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Para SUKMA untuk dibentangkan kepada ahli mesyuarat.

MESYUARAT PENDAFTARAN DELEGASI SUKMA XXI SARAWAK 2024

Mesyuarat Pendaftaran Delegasi (DRM) SUKMA XXI Sarawak 2024 yang telah berlangsung di Bilik Asajaya, Hotel Grand Margherita pada 8 Ogos 2024.

Dua sesi berasingan telah dijalankan bagi mesyuarat tersebut, dimana sesi pagi melibatkan empat kontinjen iaitu Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Selangor. Manakala sesi petang juga melibatkan empat kontinjen iaitu Kelantan, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan.

Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan mengesahkan pendaftaran atlet dan pegawai pasukan bagi 15 kontinjen yang bertanding dalam temasya edisi kali ini.

Turut hadir sama adalah YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), MSN.

Good fight Dato

Perjalanan jaguh berbasikal negara, Dato’ Mohd Azizulhasni Awang dalam saingan pecut berakhir selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga saingan 1/8 repechage.

Its ok Dato’. Keirin next💪🚴🏼

Good lift Aniq

Mohamad Aniq Kasdan yang membuat penampilan pertama di pentas Sukan Olimpik melakukan angkatan 297 kilogram dalam acara akhir 61 kilogram sekaligus merakam rekod baru kebangsaan.

Aniq terpaksa berpuas hati di kedudukan ke 4 daripada 12 atlet keseluruhan dengan perbezaan 1 kilogram dengan pemenang pingat gangsa.

Comeback stronger Aniq👏💪

Dhabitah ke separuh akhir!

Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri mara ke peringkat separuh akhir selepas mengumpul 283.65 mata untuk menduduki tempat ke-12 keseluruhan pada pusingan kelayakan.

Well done Shah

Perjuangan Mohd Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut terhenti di repechage 1/32 dan gagal untuk ke pusingan seterusnya.

It’s ok Shah. Fokus untuk acara keirin 💪

Good fight Izzah

Cabaran Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dalam acara keirin berakhir di repechage dan gagal untuk ke peringkat suku akhir.

Well done Izzah. Fokus seterusnya acara pecut Jumaat ini💪

WELCOME HOME HEROES!

Muhammad Azeem Mohd Fahmi (Olahraga) dan Nur Aisyah Mohamad Zubir (Berbasikal Lebuhraya) telah tiba di KLIA pada Rabu. Azeem yang membuat penampilan sulungnya di pentas olimpik telah menamatkan saingan di pusingan pertama acara 100 meter selepas mencatat 10.45 saat.

Manakala Nur Aisyah pula melepasi had masa yang ditetapkan sekali gus mengakhiri cabaran acara 158km berbasikal lebuh raya di Sukan Olimpik Paris 2024.

Turut hadir sama, YBhg. Datuk Shalin Zulkifli, Ketua Sekretariat MACE, MSN dan Encik Joherman Amir, Pemangku Pengarah Khidmat Pengurusan, MSN.

Izzah menduduki tempat ke-4 pusingan pertama keirin.

Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menamatkan pusingan pertama acara keirin di kedudukan ke-4 sebentar tadi dan akan ke pusingqn repechage.

2 pelumba terbaik setiap saringan akan layak ke pusingan seterusnya manakala 4 lagi pelumba ke pusingan repechage.