Tarikh : 20- 24 Mac 2024
Tempat : Rio De Janeiro, Brazil
Acara : Men’s C1 1km Time Trial (Final)
Kat : MC1
Keputusan :
Emas – Li Zhangyu (CHN) – 1:10.808s
Perak – Liang Weicong (CHN) – 1:13.292S
Gangsa – Yusof Hafizi (MAS) – 1:15.572
Kementerian Belia dan Sukan hari ini mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026. Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini telah mengambil keputusan tersebut setelah meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi.
Kerajaan Madani mengucapkan terima kasih kepada CGF atas penawaran tuan rumah Sukan Komanwel 2026. Namun, pada ketika ini kerajaan mahu memberi fokus kepada pembangunan sukan serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Bengkel Program Perpindahan Bakat (Talent Transfer) telah diadakan pada Jumaat bertempat di MSN, Bukit Jalil. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi membincangkan dan menetapkan kerangka serta kaedah pemilihan atlet untuk projek talent transfer.
Program ini dimulakan dengan 3 sukan iaitu Akuatik Terjun, Berbasikal dan Olahraga. Seramai 15 orang telah hadir ke bengkel tersebut yang terdiri daripada Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Institut Sukan Negara (ISN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pemindahan bakat (Talent Transfer) ini merupakan satu proses yang berlaku apabila seseorang atlet berhenti atau mengurangkan penglibatan mereka dalam sukan yang mereka telah berlatih sebelum ini dan seterusnya mencuba sukan yang baru.
YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah merasmikan Majlis Pelancaran dan Pengumuman laluan Petronas LTDL 2024 pada 18 Mac 2024, bertempat di MSN, Bukit Jalil.
LTdL tahun ini masih mengekalkan tema perlumbaan 2023 iaitu ‘beat the heat’ yang menggambarkan aksi perlumbaan yang agresif dan berkompetensi tinggi di kalangan pelumba-pelumba dalam usaha untuk menewaskan satu sama lain.
Edisi Ke-28 perlumbaan berbasikal paling berprestij di benua Asia ini
dijadualkan berlangsung pada 29 September sehingga 6 Oktober 2024 dengan dua bandar di Sarawak, Miri serta Bintulu, bakal menjadi hos buat kali pertama selain Kulai, Johor.
Majlis Sukan Negara telah menerima Kunjungan Hormat daripada Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) pada Isnin, 11 Mac 2024 di MSN, Bukit Jalil.
Pertemuan YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN bersama YB Dato’ Kamaruzzaman bin Abu Kassim, Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia itu bertujuan untuk membincangkan perancangan pembangunan sukan pelayaran di Malaysia.
Turut hadir sama, YBrs. Encik Jeffri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), MSN dan YBrs. Tuan Haji Lukman bin Abu Bakar, Naib Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024. Mesyuarat yang akan diadakan selama dua hari itu bertujuan untuk membincangkan status acara yang akan dipertandingkan dan menyelesaikan status pertindihan atlet.
Turut hadir ke mesyuarat ini, YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024, YBrs. Encik Morshidi Fredrick, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak dan YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), MSN.
Majlis Pelancaran Sukan Malaysia dan Sukan Para SUKMA Sarawak yang ke-21 telah diadakan pada Sabtu bertempat di Hotel Pullman, Kuching Sarawak telah dirasmikan oleh YB Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED).
Majlis tersebut telah bermula dengan ucapan aluan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXI Sarawak 2024, YBhg. Datu Hii Chang Kee. Seterusnya, amanat YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah disampaikan oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan.
Majlis diteruskan pula dengan, amanat dari Premier Sarawak serta ucapan Perasmian yang disampaikan oleh YB Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak. Kerajaan Sarawak turut melancarkan Logo, Maskot, Lagu Rasmi dan Laman Web Rasmi bagi SUKMA Sarawak 2024.
Turut hadir ke majlis ini, YBrs. Encik Abdullah Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan, YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara dan YBrs. Encik Chan Foong Keong, Penolong Setiausaha Agong, Majlis Olimpik Malaysia.
YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah merasmikan Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat KBS pada Sabtu, bertempat di Sports Arena, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Program ini diadakan bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa yang bertemakan “Wanita Dijulang Negara Gemilang”. Tema ini memberikan penekanan akan pentingnya mewujudkan budaya inklusif dan kesaksamaan gender pada semua peringkat sebagai usaha memartabatkan wanita di negara ini.
Dalam majlis yang sama turut diadakan Gimik Pelancaran Video Kod Sukan Selamat dengan menampilkan Farah Ann Abdul Hadi sebagai Ikon garis panduan tersebut.
Atlet negara hadir memeriahkan Program Senamrobik Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.
Antara atlet yang terlibat pada program yang diadakan di Dataran Perumahan Awam Seri Selangor, Cheras itu termasuklah atlet tenpin boling, karate, pencak silat dan olahraga.
YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub telah menyempurnakan Majlis Penutup bagi Kursus Induksi MSN 2024 bertempat di Glory Beach, Port Dickson.
Kursus yang diadakan selama 3 hari 2 malam pada 5 hingga 7 Mac itu merupakan anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan MSN (Cawangan Sumber Manusia) dan telah dihadiri seramai 32 orang peserta daripada semua bahagian di MSN.
Objektif utama kursus tersebut adalah untuk memupuk nilai dan etika kerja cemerlang di kalangan semua pegawai dan anggota dalam perkhidmatan awam.
Turut hadir sama, YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), MSN.