Majlis Sukan Negara Malaysia
Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA SUKAN BERSAMA MENTERI BELIA DAN SUKAN

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Warga Sukan yang diadakan di MSN Bukit Jalil yang dihadiri atlet-atlet negara dan juga bekas atlet kebangsaan.

Pada majlis sama Hannah turut menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Anak Yatim dan Ibu Tunggal Nur Hikmah dan bekas-bekas atlet negara yang bernaung di bawah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abdul Halim.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN 100PLUS SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024

Majlis Penyampaian Sumbangan 100PLUS sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) pada Khamis bertempat di MSN, Bukit Jalil. Seramai 9 orang atlet yang tersenarai dipilih sebagai penerima sumbangan pada tahun 2024.

MSN telah berkolaborasi bersama F&N Beverages Sdn. Bhd. melalui 100PLUS dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 untuk memberi sumbangan kepada atlet-atlet negara seterusnya dapat meringankan beban bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Program CSR ini merupakan tahun ketiga diadakan oleh 100 PLUS dengan kerjasama YAKEB memberi sumbangan kepada bekas-bekas atlet sahaja dan tahun ini merupakan kali pertama pihak 100PLUS menyalurkan sumbangan kepada atlet-atlet dalam program MSN.

Turut hadir sama, YBrs. En Encik Norazrin bin Norsyam Yee, Pengarah Penglibatan Kerajaan & Industri Fraser & Neave Holdings Bhd.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS KHATAM ALQURAN 1445H PERINGKAT MSN 2024

Demi memupuk rasa cintakan Al-Quran, Program Tadarus Al-Quran peringkat Majlis Sukan Negara sempena ramadan 1445H yang bermula dari tarikh 13 hingga 27 Mac, telah tiba ke penghujungnya.

Sebagai penutup program, satu majlis khatam Al-Quran diadakan di Surau Al-Faizin Majlis Sukan Negara, pada 4 April menyaksikan kehadiran 67 peserta khatam Al-Quran yang terdiri daripada pegawai dan anggota dari Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Majlis yang dipimpin oleh Pegawai Agama Msn, Al-fadhil Ustaz Arfah Hosnani, turut dihadiri Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Encik Abdul Rashid Yaakub serta barisan pengurusan tertinggi jabatan.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
HIGH PERFORMANCE COACH EDUCATION SERIES 2024

Sekitar hari ketiga Bengkel β€œHigh Performance Coach Education Series 2024” yang diadakan di MSN, Bukit Jalil.

Turut hadir sama, YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan dan YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
HIGH PERFORMANCE COACH EDUCATION SERIES 2024

Sekitar hari kedua Bengkel β€œHigh Performance Coach Education Series 2024” yang diadakan di MSN, Bukit Jalil.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
COIMBRA 2024 WORLD BOCCIA PARALYMPIC QUALIFICATION TOURNAMENT

22 – 28 March 2024

Pair BC4 (WR 25)

Abdul Razzaq Abdul Rahman & Noor Askuzaimey Mat Salim

Final Result:

MAS vs BRAZIL (WR 14)

3-4

πŸ₯‡ Brazil

πŸ₯ˆ Malaysia

πŸ₯‰ Spain

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS PERASMIAN ‘HIGH PERFORMANCE COACH EDUCATION SERIES’

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah menyempurnakan Majlis Perasmian ‘High Performance Coach Education Series’ pada Selasa bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Bengkel yang diadakan pada 26 hingga 29 Mac 2024 itu bertujuan untuk mewujudkan budaya prestasi tinggi dalam latihan supaya jurulatih dan pengurus sukan tahu cara untuk mengendalikan sesi dan berkomunikasi dengan berkesan demi mencapai sasaran latihan yang dimahukan.

Seramai 172 orang yang hadir terdiri daripada Pengarah Teknikal / Kejurulatihan, Jurulatih Luar Negara, Jurulatih Program Kebangsaan, Jurulatih Negeri dan Pengurus Sukan.

Turut hadir sama YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara dan YBhg. Datuk Marina Chin, Pengerusi Lembaga ISN dan Pengerusi Panel Advisory AKK.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KEJOHANAN UCI 2024 PARA -CYCLING TRACK WOLRD CHAMPIONSHIP

Tarikh : 20- 24 Mac 2024

Tempat : Rio De Janeiro, Brazil

Hari Keempat (23/3/2024)

Acara : Men’s C1 1km Time Trial (Final)

Kat : MC1

Keputusan :

Emas – Li Zhangyu (CHN) – 1:10.808s

Perak – Liang Weicong (CHN) – 1:13.292S

Gangsa – Yusof Hafizi (MAS) – 1:15.572

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MALAYSIA TIDAK TERIMA TAWARAN TUAN RUMAH SUKAN KOMANWEL 2026

Kementerian Belia dan Sukan hari ini mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026. Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini telah mengambil keputusan tersebut setelah meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi.

Kerajaan Madani mengucapkan terima kasih kepada CGF atas penawaran tuan rumah Sukan Komanwel 2026. Namun, pada ketika ini kerajaan mahu memberi fokus kepada pembangunan sukan serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
BENGKEL PROGRAM PERPINDAHAN BAKAT (TALENT TRANSFER)

Bengkel Program Perpindahan Bakat (Talent Transfer) telah diadakan pada Jumaat bertempat di MSN, Bukit Jalil. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi membincangkan dan menetapkan kerangka serta kaedah pemilihan atlet untuk projek talent transfer.

Program ini dimulakan dengan 3 sukan iaitu Akuatik Terjun, Berbasikal dan Olahraga. Seramai 15 orang telah hadir ke bengkel tersebut yang terdiri daripada Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Institut Sukan Negara (ISN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pemindahan bakat (Talent Transfer) ini merupakan satu proses yang berlaku apabila seseorang atlet berhenti atau mengurangkan penglibatan mereka dalam sukan yang mereka telah berlatih sebelum ini dan seterusnya mencuba sukan yang baru.

Majlis Sukan Negara Malaysia