Majlis Sukan Negara Malaysia
Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SPORTS ICON TOUR BERSAMA IKON SUKAN BOLA JARING

Bersempena Kejohanan Kebangsaan PLD NNDP 2024 yang diadakan dari 9 hingga 13 Disember 2024, Cawangan Wanita Dalam Sukan mengambil peluang menganjurkan jelajah ikon sukan 2024 bersama Ratu Bola Jaring, Ann Najwa bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Siri kali ini menyaksikan seramai 460 orang atlet dan jurulatih hadir memeriahkan program ini bagi tujuan interaksi, serta menimba pelbagai pengetahuan dan pengalaman bermakna daripada ikon jemputan itu sendiri sepanjang bergelar atlet negara.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SIMPOSIUM SUKAN SELAMAT ANTARABANGSA

Simposium Sukan Selamat Antarabangsa 2024 diadakan pada 11 hingga 12 Disember bertempat di Hotel Dorsett Grand, Subang. Ucaptama telah disampaikan oleh YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KBS.

Simposium ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap persekitaran sukan yang bebas daripada sebarang bentuk penderaan atau gangguan.

Kod Sukan Selamat, yang diusahakan oleh Kementerian Belia dan Sukan, menekankan prinsip seperti keselamatan, hormat-menghormati, dan permainan adil untuk memastikan ketelusan dan perlindungan semua pihak dalam sukan.

Simposium ini juga memberi tumpuan kepada strategi menangani gangguan seksual dan salah laku dalam sukan, dengan pemantauan serta program sokongan yang menyeluruh

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
HARI KEWANGAN DAN SUMBER MANUSIA MAJLIS SUKAN NEGARA 2024

Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi Bahagian Kewangan dengan kerjasama Cawangan Sumber Manusia telah menganjurkan Hari Kewangan dan Sumber Manusia 2024 di Dewan Banquet Casa 4, Bukit Jalil, untuk meningkatkan kesedaran tentang pengurusan kewangan dan sumber manusia.

Pelbagai agensi seperti KWSP, PERKESO, LHDN, AKPK, dan Unit Psikologi KBS menyertai hari terbuka tersebut, dengan memberikan maklumat terkini tentang perkhidmatan dan juga pemeriksaan kesihatan percuma oleh KKM.

Turut dihadiri oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN, dan YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MSN.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KURSUS “STRENGTH & CONDITIONING LEVEL 1 JURULATIH KANU WANITA KEBANGSAAN 2024

Kursus “Strength & Conditioning Level 1” Jurulatih Kanu Wanita Kebangsaan 2024 telah dilaksanakan pada 5-7 Disember 2024 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak dengan penyertaan seramai 27 wanita.

Kursus yang dianjurkan oleh Cawangan Wanita Dalam Sukan, MSN bersama Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) ini bertujuan untuk memperkasakan jurulatih wanita dalam bidang strength & conditioning.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YM Raja Shahrul Azremel Raja Sahar, Presiden MASCA.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN (KPSK) TAHAP 1 BERSAMA IKBN KUALA LANGAT (TERBUKA) SIRI 2/2024

Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 bersama Institus Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat Siri 2/2024 diadakan pada 3 hingga 5 Disember 2024 di IKBN Kuala Langat.

Seramai 35 orang peserta dari pelbagai Agensi/Jabatan/Persatuan/Kelab antaranya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Persatuan-persatuan Sukan Tradisi dan Kelab Sukan.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh En. Bashirul Ismail, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan Bahagian Pengurusan dan Professional, IKBN Kuala Langat.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
BENGKEL PEMURNIAN KIT LATIHAN KOMUNIKASI MEDIA ATLET MAJLIS SUKAN NEGARA

Bengkel Pemurnian Kit Latihan Komunikasi Media Atlet Majlis Sukan Negara adalah bengkel susulan bagi memurnikan hasil dapatan daripada bengkel pertama yang telah diadakan pada 8 dan 9 Mei 2024.

Selain itu, bengkel ini juga bertujuan memuktamadkan hasil dapatan tersebut untuk digunapakai atlet-atlet bermula pada tahun depan.

Bengkel ini melibatkan golongan ahli-ahli akademik, pengurus media serta pegawai-pegawai MSN.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
BENGKEL SUKAN MALAYSIA XXII SELANGOR 2026

Bengkel Sukan Malaysia XXII Selangor 2026 kini sedang berlangsung bermula 27 hingga 29 November 2024 di Pulau Pinang.

Bengkel 3 hari anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia ini melibatkan semua Pengarah dan Pegawai Majlis Sukan Negeri.

Antara intipati perbincangan bengkel termasuklah mengenai jenis sukan dan acara yang bakal dipertandingkan, penetapan had umur serta semakan dan penambahbaikan Peraturan Am Sukan Malaysia menuju ke arah pengelolaan temasya Sukan Malaysia XXII Selangor 2026.

Bengkel ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara Malaysia.

Turut hadir sama adalah YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, MSN, YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sukan, MSN dan Encik Norhashimi Hussain, Pengurus Besar (Temasya Pelbagai Sukan), Majlis Olimpik Malaysia.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
BENGKEL PINDAAN AKTA MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA 1971 (AKTA 29) BIL. 2/2024

Bengkel dua hari ini bertujuan untuk meneliti serta mengkaji semula akta MSN berdasarkan perkembangan ekosistem sukan prestasi tinggi dan kesesuaian semasa dengan mengambil kira aspek dari segi perundangan dan legislatif bersama Panel Peguam daripada Tetuan Isa Aziz Ibrahim.

Turut hadir Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pengurusan) MSN.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
WORLD AQUATICS JUNIOR DIVING CHAMPIONSHIP 2024

Rio De Janeiro, Brazil

Day 2 – 25 Nov 2024

3m Springboard Individual Boys Group A (16-18yo)

Stage: Final

Winner

1. CHN – 546.60

2. NOR – 508.35

3. MAS – Nurqayyum Nazmi 506.75

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
BENGKEL PEMURNIAN MODUL KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN (KPSK) TAHAP 1

Bengkel Pemurnian Modul Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 yang berlangsung dari 20 hingga 22 November 2024 telah diadakan di The Pearl Kuala Lumpur. Seramai 12 orang Fasilitator KPSK, terdiri daripada Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam telah terlibat pada bengkel yang diadakan selama dua hari itu.

Fokus utama bengkel adalah untuk menambah baik dan mengemas kini modul KPSK Tahap 1, yang akan menjadi rujukan penting kepada warga sukan di pelbagai peringkat dan juga menyediakan garis panduan yang menyeluruh dan praktikal, bagi membantu individu serta organisasi sukan mentadbir persatuan mereka dengan lebih cekap dan profesional.

Dengan usaha penambahbaikan ini, diharapkan modul KPSK Tahap 1 dapat terus menyumbang kepada pembangunan kapasiti kepimpinan dan pengurusan sukan di Malaysia.

Majlis Sukan Negara Malaysia