Majlis Sukan Negara Malaysia
Karnival Sukan Wanita Kebangsaan

Sekitar aksi peringkat kumpulan bagi sukan Hoki pada hari kedua Karnival Sukan Wanita Kebangsaan yang sedang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula 4 hingga 8 September 2024.

Menteri Belia & Sukan melawat Perkampungan Paralimpik Paris 2024

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia & Sukan melawat Perkampungan Paralimpik Paris 2024. Beliau sempat berkunjung ke Bilik Rawatan ISN dan bertemu dengan atlet serta jurulatih kontinjen negara di dewan makan utama.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN (KPSK) TAHAP 1 BERSAMA INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN)

Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 bersama Institut Kemahiran Belia Negara telah diadakan pada 2 hingga 5 Ogos 2024.

Kursus yang melibatkan peserta daripada Persatuan dan Kelab Sukan sekitar Daerah Kuala Langat itu telah diadakan Institut Kemahiran Belia Negara, Kuala Langat.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh En.Bashirul Ismail, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan Bahagian Pengurusan dan Professional diiringi oleh Encik Suhaimi Sun Abdullah selaku Panel Penilai Jawatankuasa Pelaksana Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Karnival Sukan Wanita Kebangsaan

Sekitar aksi peringkat kumpulan bagi sukan Hoki di Karnival Sukan Wanita Kebangsaan yang sedang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula 4 hingga 8 September 2024.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Para Memanah

Good shot πŸ”₯πŸ’ͺ🏻.. Atlet Para Memanah S. Suresh melepasi pusingan pertama 1/16 dengan kemenangan 6-2 mengatasi Eric Bennett dari USA.

Suresh layak ke pusingan 1/8 untuk menentang wakil Iran sebentar lagi.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Pecut 400m T20

Good job Ammar πŸ”₯πŸ’ͺ🏻.. Atlet Para Olahraga Muhammad Ammar Aiman menamatkan saingan Pecut 400m T20 dengan catatan 48.38s di Stade De France sebentar tadi untuk berada di kedudukan ke-4 keseluruhan.

Lompat Jauh T37

Good job NazmiπŸ”₯πŸ’ͺ🏻.. Atlet Para Olahraga Muhammad Nazmi Nasri menamatkan saingan acara lompat jauh T37 dengan lompatan sejauh 6.00 meter di Stade De France sebentar tadi untuk berada di kedudukan ke-5 keseluruhan.

Lontar Peluru

Tahniah ZiyadπŸ”₯πŸ’ͺ🏻.. The Smiling Giant Ziyad Zolkefli menambah koleksi pingat kontinjen dalam acara lontar peluru F20 dengan meraih pingat perak untuk negara.

Ziyad melakukan lontaran sejauh 17.18 meter tidak dapat mengatasi lontaran wakil Ukraine Oleksandr Yarovyi yang mencipta rekod dunia dengan lontaran 17.61 meter.

Boccia

Kudos team πŸ”₯πŸ’ͺ🏻.. Aksi Noor Askuzaimey Mat Salim dan Abdul Razzaq Abdul Rahman dalam Peringkat kelayakan Boccia Mixed Pair BC4.

Pasukan Negara berjaya menewaskan wakil Ukraine dengan kiraan mata 4-5.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Badminton : perebutan pingat gangsa

Cuba lagi Fareez πŸ’ͺπŸ»πŸ‡²πŸ‡Ύ Muhammad Fareez Anuar dalam aksi perebutan pingat gangsa menentang Dheva Andimusthi di Temasya Paralimpik Paris.

Fareez tewas ditangan pemain nombor 2 dunia dari indonesia dengan catatan 21-17,19-21,12-21

Majlis Sukan Negara Malaysia