Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGARA

Majlis Amanat Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin pada 8 April 2025 bertempat di Dewan Banquet, MSN.

Dalam amanat tersebut, YBrs. KP MSN menekankan tiga fokus utama:

Sukan Prestasi Tinggi, Pemerkasaan Warga Kerja, dan Pembangunan Akar Umbi.

Amanat ini bukan sahaja menyuntik semangat baharu dalam MSN, malah mencerminkan kepimpinan yang inklusif, dekat dengan warga kerja, dan komited membawa sukan negara ke tahap lebih cemerlang.

SESI CLOCK-IN KETUA PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA KE-10

Seluruh warga Majlis Sukan Negara (MSN) mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN ke-10.

Beliau secara rasmi memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah MSN hari ini melalui sesi simbolik ‘clock-in’, disaksikan oleh Majlis Pengurusan Tertinggi, pegawai dan anggota.

Semoga kepimpinan dan visi beliau terus memacu kecemerlangan sukan negara ke tahap yang lebih gemilang!

KEJOHANAN PING PONG WTT FEEDER OTOCEC 2024

RESULT 29 MAC 2025

Women’s Doubles

Stage : Final

Lyne Karen/ Tee Ai Xin (MAS) vs Hitomi Sato/ Saki Shibata (JAP)

(12-10, 8-11, 9-11, 11-7, 7-11)

🥇Hitomi Sato/ Saki Shibata (JAP)

🥈Lyne Karen/ Tee Ai Xin (MAS)

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MSN BAGI BULAN MAC 2025

Majlis Perhimpunan Bulanan MSN bagi bulan Mac 2025 telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang bulan Mac serta amanat terakhir YBrs. KP sebelum bersara pada 3 April 2025.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan integriti dan amanah dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab kepada warga MSN.

MESYUARAT JAWATANKUASA WANITA DALAM SUKAN BIL 1/2025

Mesyuarat Jawatankuasa Wanita Dalam Sukan Bilangan 1/2025 telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Hamidah Naziadin, Pengerusi Jawatankuasa Wanita Dalam Sukan dan Ahli Lembaga Pengurusan MSN bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Mesyuarat tersebut bertujuan untuk membincangkan halatuju dan perancangan strategik dalam memperkasakan wanita dalam sukan bagi tahun 2025.

Turut hadir sama, YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.

PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN MSN-F&N-YAKEB SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2025

Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama F&N dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, program ini melibatkan penyerahan sumbangan kepada para atlet serta bekas atlet kebangsaan yang memerlukan dah aktiviti ziarah amal ke rumah.

Program penyerahan sumbangan berupa wang tunai serta produk F&N yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Shapawi Ismail, Pengerusi YAKEB, En. Muhammad Fauzi Ahmad, Pengurus Pengurusan Acara & Penajaan F&N serta Puan Puah Pei Ling, Pengarah Bahagian Korporat MSN.

MAJLIS BERBUKA PUASA MSN 2025

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa MSN dan beramah mesra bersama atlet-atlet negara yang berlangsung di MSN, Bukit Jalil.

Pada majlis sama YB Hannah juga, turut menyampaikan sumbangan menerusi Presiden Kelab MSN kepada waris Pegawai dan Anggota MSN yang telah meninggal dunia.

Turut hadir memeriahkan majlis YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS.

ISTAF SEPAKTAKRAW WORLD CUP BIHAR 2025

Acara: Women Quadrant

Atlet:

1. Siti Nurzubaidah Che Ab Wahab

2. Siti Hadinavilla Jumidil

3. Azeira Lusian

4. Kamisah Khamis

5. Nur Fatihah Sharudin

6. Emilia Eva Natasha Saudia

KEPUTUSAN:

🥇 Vietnam

🥈 Thailand

🥉 Malaysia

🥉 India

TOUR OF VIETNAM, PIALA BIWASE 2025

Keputusan Individu Peringkat ke 10 (STAGES) – Jarak 114km

1. Nguyen Thi That – VIE

2. Valencia Tan – SIN

3. Nur Aisyah Mohamad Zubir -MAS

Keputusan Individu Peringkat ke 12 (STAGES) – Jarak 120km

1. Nur Aisyah Mohamad Zubir -MAS

2. Nguyen Thi Thi – VIE

3. Kamonrada Khaoplot – THA

SPANISH PARA BADMINTON INTERNATIONAL TOLEDO 2025 (LEVEL 1)

📍 Tempat: Toledo, Spain

📅 Tarikh: 12 – 16 Mac 2025

Pencapaian Pasukan Negara:

🥇 Emas:

• MS SU5 – Cheah Liek Hou

• MD SU5 – Muhammad Fareez/Cheah Liek Hou

• MD WH1-2 – Muhammad Ikhwan/Noor Azwan Noorlan

🥈 Perak:

• MS WH1 – Muhammad Ikhwan

🥉 Gangsa:

• MS SU5 – Muhammad Fareez

• MS SL4 – Mhd Amin