Majlis Sukan Negara Malaysia
Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SUKMA XXI SARAWAK 2024

Aksi perlawanan peringkat kumpulan Bola Sepak Wanita, Kumpulan A; Pahang menentang Sabah di Stadium Negeri Kuching, Sarawak.

Keputusan Penuh:

Pahang (1) vs (1) Sabah

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
LAWATAN CHEF DE MISSION PARALIMPIK PARIS 2024 KE PUSAT LATIHAN PARA POWERLIFTING

KAMPUNG PANDAN – Ketua Kontinjen Negara ke Temasya Paralimpik Paris 2024 YBhg. Laksamana Pertama (B) Dato’ Subramaniam Raman Nair pagi ini melakukan tinjauan bagi melihat perkembangan atlet-atlet sukan para powerlifting yang menjalani persediaan sebelum ke Paris.

Tiga atlet yang membawa cabaran negara ke Paris terdiri daripada Bonnie Bunyau Gustin, Nicodemus Manggoi Anak Moses dan Jong Yee Khie bakal bertanding di Porte De La Chapelle Arena bermula 4 hingga 8 September 2024.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
WELCOME HOME HEROES!

YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir menyambut kepulangan Delegasi Pasukan Berbasikal dari Olimpik Paris terdiri daripada Dato’ Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Nurul Izzah Izzati yang telah tiba di KLIA petang tadi bersama-sama YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan dan YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.

Manakala sambutan kepulangan 2 atlet terjun, Nur Dhabitah Sabri dan juga Bertrand Rhodict Lises telah disambut oleh Encik Azrul Hisyam Abd Jalil, Pengarah Bahagian Atlet, MSN.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SUKAN MALAYSIA XXI SARAWAK 2024

Sekitar aksi Futsal peringkat kumpulan A, Pulau Pinang menentang Terengganu di Stadium Tertutup, Kota Samarahan.

Keputusan penuh:

Pinang (0) vs (1) Terengganu

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SUKAN MALAYSIA XXI SARAWAK 2024

Sekitar aksi pembukaan Futsal di Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan A, Melaka menentang Sabah di Stadium Tertutup, Kota Samarahan.

Keputusan penuh:

Melaka (9) vs (5) Sabah

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Hari pertama Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024

Sekitar aksi hari pertama Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024 perlawanan pertama peringkat kumpulan B, Terengganu menentang Johor di Stadium Tun Zaidi Adruce, Sibu.

Keputusan penuh:

Terengganu vs Johor (0-1)

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
TERIMA KASIH WIRA DAN WIRAWATI NEGARA!

Kontinjen Malaysia pada edisi Olimpik Paris kali ini dibarisi oleh 26 orang atlet daripada 9 jenis sukan telah meraih 2 pingat gangsa menerusi Aaron Chia / Soh Wooi Yik (Beregu Lelaki) dan Lee Zii Jia (Perseorangan Lelaki) dan sebanyak 3 rekod kebangsaan berjaya di pecahkan melalui Mohamad Aniq Kasdan, Dato’ Azizulhasni Awang dan Nurul Izzah Izzati.

Pada masa yang sama 5 catatan terbaik peribadi telah dicatatkan oleh atlet negara melalui Syaqiera Mashayikh (Memanah), Muhammad Shah Firdaus (Berbasikal Trek), Dato’ Mohd Azizul Hasni Awang (Berbasikal Trek), Nurul Izzah Izzati (Berbasikal Trek) dan Mohamad Aniq Kasdan (Angkat Berat).

Merci beaucoup Paris, See you in LA 2028!

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Terima kasih Shah Firdaus

Muhammad Shah Firdaus Sahrom terlibat dalam kemalangan ketika selekoh terakhir acara final keirin dan menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam.

Syabas dan tahniah Shah. 6 terbaik dunia. Terima kasih kerana telah berjuang habis-habisan🙌💪🇲🇾

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Shah Firdaus ke final!!!

Walau pun menamatkan separuh akhir kedua di kedudukan keempat, Muhammad Shah Firdaus Sahrom layak ke final acara keirin selepas pelumba di kedudukan ketiga, Ota Kaya dari Jepun disahkan tersingkir sekaligus memberikan slot final kepada Shah Firdaus.

Lets do this Shah🔥🔥

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Shah Firdaus ke semi final!!

Muhammad Shah Firdaus Sahrom mara ke peringkat separuh akhir acara keirin selepas menamatkan saingan suku akhir pertama di kedudukan ketiga.

Lets do this Shah🔥🔥

Majlis Sukan Negara Malaysia