Majlis Sukan Negara Malaysia
Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KBS ambil langkah elak insiden terlepas emas berulang

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mengambil langkah proaktif bagi mengelak insiden terlepas pingat emas seperti mana yang berlaku terhadap jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Para Olimpik 2020 daripada berulang.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, selepas insiden itu KBS menetapkan bahawa jadual penyertaan atlet negara di kejohanan antarabangsa mestilah dipantau pengurus yang terlibat.

“Setiap malam mereka (atlet) akan diberi penerangan (untuk bersiap sedia mengikut jadual mereka), sementara pada pagi kejohanan pula semua pengurus akan berkumpul bagi memastikan atlet kita tidak terlepas untuk mengikuti kejohanan masing-masing mengikut masa dan jadual kejohanan.

“Sebab semua mesyuarat penyelarasan (membabitkan jadual atlet) diadakan pada waktu malam dan pada pagi kejohanan kita boleh pastikan misalnya isu logistik tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan tambahan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya di Dewan Negara pada Khamis.

Mohd Hisamudin bertanyakan, tentang jaminan kerajaan menjelang Sukan Paralimpik Paris 2024 bagi mengelak insiden terlepas pingat berulang sekali gus mengelak kerugian kepada kontinjen negara dan pelaburan yang dilakukan.

Hannah berkata, selain itu KBS juga menyelaras jadual pergerakan semua agensi sukan negara pada setiap kejohanan antarabangsa yang diikuti.

“Apabila kita pergi ke kejohanan antarabangsa kita bergerak serentak iaitu Majlis Olimpik atau Majlis Paralimpik bersama Majlis Sukan Negara (MSN) akan sama-sama berbincang (tentang jadual atlet dan sebagainya),” jelasnya.

Pada kejohanan Paralimpik 2020, menyaksikan Muhammad Ziyad terlepas pingat emas apabila kemenangannya dibatalkan selepas dia dianggap tersingkir kerana dikatakan lewat masuk ke ‘call room’ sebelum pertandingan dimulakan.

Menurut laman Facebook Team Malaysia, pingat emas itu secara rasmi diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval yang membuat bantahan selepas kemenangan Ziyad.

Sebelum itu, Ziyad secara tidak rasmi berjaya meraih pingat emas kedua untuk negara dan memecahkan rekod dunia pada acara akhir lontar peluru F-20, menerusi lontaran ketiganya dengan catatan 17.94 meter.-Sinar Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Empat emas di Paralimpik Paris 2024 realistik – Megat Shahriman

Kuala Lumpur: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) kekal menaruh harapan untuk melihat kontinjen negara menuai empat pingat emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Presidennya Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata empat emas bukanlah sasaran rasmi tetapi matlamat yang ditetapkan untuk bekerja keras bagi mencapai harapan itu.

Tanpa memaklumkan sukan yang menjadi sandaran, Megat berkata empat emas adalah jumlah yang realistik berdasarkan persembahan barisan atlet sepanjang tahun ini antaranya pada temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022, Oktober lepas dan di Kejohanan Dunia.

“Empat emas adalah objektif yang kami tengok realistik untuk kami capai, kami nak kumpulkan 10 pingat emas daripada Sukan Paralimpik (selepas pencapaian tiga emas masing-masing di Rio 2016 dan Tokyo 2020).

“Empat emas bukan sasaran rasmi tetapi itulah sasaran yang kami buat hasil penelitian dari awal tahun ini sehingga sekarang dan ia sangat penting untuk kami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Wang Tajaan Pemenang Pingat Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Megat tidak melihat jumlah empat emas sebagai satu tekanan kepada kontinjen negara tatkala negara lain berani meletakkan sasaran emas jauh lebih tinggi.

Terdahulu, pada majlis diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan di sini yang bersempena Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Antarabangsa 2023 itu, barisan pemenang pingat pada temasya Sukan Para Asia Hangzhou menerima insentif berupa wang tunai.

Insentif yang diberikan itu menyaksikan pemenang pingat emas menerima RM2,000, pingat perak (RM1,000) dan gangsa RM500.

Kontinjen Malaysia membawa pulang keseluruhan 39 pingat sekali gus mengatasi sasaran 35 pingat, dengan pecahan tujuh emas, 15 perak dan 17 gangsa pada temasya sukan empat tahun sekali itu.-Harian Metro

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Empat emas Paralimpik Paris 2024 realistik

KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) kekal menaruh harapan untuk melihat kontinjen negara menuai empat pingat emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Presidennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, empat emas bukanlah sasaran rasmi tetapi matlamat yang ditetapkan untuk bekerja keras bagi mencapai harapan itu.

Tanpa memaklumkan sukan yang menjadi sandaran, Megat berkata empat emas adalah jumlah yang realistik berdasarkan persembahan barisan atlet sepanjang tahun ini antaranya pada temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022, Oktober lepas dan di Kejohanan Dunia.

“Empat emas adalah objektif yang kami tengok realistik untuk kami capai, kami nak kumpulkan 10 pingat emas daripada Sukan Paralimpik (selepas pencapaian tiga emas masing-masing di Rio 2016 dan Tokyo 2020).

“Empat emas bukan sasaran rasmi tetapi itulah sasaran yang kami buat hasil penelitian dari awal tahun ini sehingga sekarang dan ia sangat penting untuk kami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Wang Tajaan Pemenang Pingat Sukan Para Asia Hangzhou 2022, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Megat tidak melihat jumlah empat emas sebagai satu tekanan kepada kontinjen negara tatkala negara lain berani meletakkan sasaran emas jauh lebih tinggi.

Terdahulu, pada majlis diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan, di sini, bersempena Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Antarabangsa 2023 itu, barisan pemenang pingat pada temasya Sukan Para Asia Hangzhou menerima insentif berupa wang tunai.

Insentif yang diberikan itu menyaksikan pemenang pingat emas menerima RM2,000, pingat perak (RM1,000) dan gangsa RM500.

Kontinjen Malaysia membawa pulang keseluruhan 39 pingat sekali gus mengatasi sasaran 35 pingat, dengan pecahan tujuh emas, 15 perak dan 17 gangsa pada temasya sukan empat tahun sekali itu. – BERNAMA

Majlis Sukan Negara Malaysia