Majlis Sukan Negara Malaysia
Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Badminton : perebutan pingat gangsa

Cuba lagi Fareez πŸ’ͺπŸ»πŸ‡²πŸ‡Ύ Muhammad Fareez Anuar dalam aksi perebutan pingat gangsa menentang Dheva Andimusthi di Temasya Paralimpik Paris.

Fareez tewas ditangan pemain nombor 2 dunia dari indonesia dengan catatan 21-17,19-21,12-21

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Badminton

Tahniah πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯ @cheahliekhou4956 menghadiahkan pingat emas pertama kontinjen Malaysia sebentar tadi di Porte De La Chapelle dalam sukan para badminton acara individu lelaki SU5 dengan menewaskan pemain Indonesia Suryo Nughoro 21-13, 21-15.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Olahraga Acara Lompat Jauh Lelaki (T12)

You’re almost there πŸ’ͺπŸ»πŸ‡²πŸ‡Ύβ€¦ Aksi Wong Kar Gee dalam Sukan Olahraga Acara Lompat Jauh Lelaki (T12) sebentar tadi

Wong Kar Gee mencatat lompatan 6.85m untuk menduduki tempat ke-4 daripada 6 peserta yg bertanding.

Info Para ::: Kategori T12 – Acara Olahraga Trek (T) atlet kelainan upaya kecacatan pada masalah penglihatan.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Olahraga : acara 100M T44

Tahniah Eddy Bernard!!!!πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯Kontinjen Negara mendapat hadiah paling bermakna daripada atlet Para Olahraga Eddy Bernard apabila beliau memperoleh pingat gangsa πŸ₯‰ menerusi acara 100M T44 dengan catatan 11.58 saat di Stade De France 7:30 petang tadi waktu Paris.

Untuk rekod Eddy berjaya memperbaharui catatan peribadi 11.77 saat yg dibuat di Kejohanan Dunia di Kobe, Jepun pada Mei lalu.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Berbasikal : 3000m Kejar-Mengejar Individu Wanita B

Aksi Nur Azlia Syafinaz bersama jurumudi Nurul Suhada Zainal dalam acara Kelayakan 3000m Kejar-Mengejar Individu Wanita B bersaing dengan pasukan Amerika Syarikat Hannah Chadwick dan Skyler Espinoza di Saint-Quentin-En-Yvelines Velodrome sebentar tadi.

Pasukan negara mencatat masa 3:49.029s untuk menduduki tempat ke-8 keseluruhan dan gagal menempah slot ke peringkat seterusnya. Cuba lagi Kontinjen Malaysia!!! πŸ’ͺπŸ»πŸ‡²πŸ‡Ύ

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia

Padu Noor Askuzaimey!!! πŸ’ͺπŸ»πŸ‡²πŸ‡Ύ Atlet Boccia negara Noor Azkuzaimey Mat Salim memenangi pusingan suku akhir dengan menewaskan wakil Greece, Chrysi Morfi Metzou 7-0 di South Paris Arena jam 8:45 malam waktu paris.

Noor Askuzaimey bakal menentang atlet dari Hong Kong, Cheung Yuen di peringkat separuh akhir pada Ahad ini.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Badminton

Superb performance Fareez!!! πŸ’ͺπŸ»πŸ‡²πŸ‡Ύ Aksi cemerlang Muhammad Fareez Anuar menewaskan atlet dari Jepun Imai Taiyo dalam acara perseorangan lelaki SU5 dengan mata kemenangan 17-21, 21-17, 21-17 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan seterusnya menempah slot ke separuh akhir.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Kunjungan hormat YBrs. Dr Muhammed Abdul Khalid, Pengarah Allianz Malaysia Berhad

PARIS – Kunjungan hormat YBrs. Dr Muhammed Abdul Khalid, Pengarah Allianz Malaysia Berhad dan Pengerusi Allianz General Insurance Company (M) Berhad ke Sekretariat Malaysia House (MH) di Clichy.

Untuk makluman, Allianz Malaysia merupakan penaja utama Program Para sejak 2022 sehingga kini bagi menyokong Program Pembangunan Para sehingga ke Program Podium Para.

Ketibaan beliau disambut Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dan Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan MSN, Encik Arrifin Mohd Ghani.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Badminton

Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou beraksi ketika menentang pemain Perancis Meril Loquette dalam acara perseorangan lelaki SU5 Sukan Paralimpik Paris 2024 di sini semalam.

Liek Hou berjaya menewaskan Meril 21-10, 21-16 dan akan menentang pemain Indonesia Suryo Nughoro hari ini bagi melengkapkan perlawanan kumpulan dan mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Acara 100m Gaya Bebas Lelaki S5

Perenang para negara Muhammad Nur Syaiful Zulkafli bersaing di peringkat akhir acara 100m Gaya Bebas Lelaki S5 di Paris La Defense Arena pada jam 5:30 petang waktu Paris. Syaiful menamatkan saingan di tempat ke-6 dengan catatan 1:16.60s. Good job Syaiful πŸ’ͺπŸ»πŸ‡²πŸ‡Ύ

Majlis Sukan Negara Malaysia