Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Adam Adli sempat mengadakan lawatan dan bertemu dengan petugas-petugas media di Pusat Media Utama Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petrajaya.
Para Sukma : Para Olahraga & Para Renang
PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024 – AKSI HARI PERTAMA PARA RENANG DAN PARA OLAHRAGA
Sekitar aksi atlet para renang dan para olahraga di Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024.
KBS mohon peruntukan khusus bangunkan lebih ramai atlet para
KUCHING: Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada atlet yang berjaya meraih pingat pada temasya Paralimpik Paris 2024 untuk meneruskan kecemerlangan pada kejohanan antarabangsa.
Sebaliknya, tumpuan harus diberikan untuk melahirkan lebih ramai atlet kalangan orang kelainan upaya (OKU) untuk bersaing di peringkat tertinggi.
Justeru, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pihaknya akan memberi lebih banyak lagi peluang untuk OKU terbabit serius dalam sukan.
“Kita tidak bergantung kepada Bonnie (Bonnie Bunyau Gustin), Liek Hou (Cheah Liek Hou), Abdul Latif (Datuk Abdul Latif Romli), Ziyad (Muhamad Ziyad Zulkefli) dan Eddy (Eddy Bernard) sahaja.
“Sebab itu, saya berazam untuk memberi banyak lagi peluang dan platform untuk OKU dalam sukan pada tahun 2025,” katanya dalam ucapan Upacara Perasmian Para Sukan Malaysia Ke-21 (Para SUKMA XXI) Sarawak di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, hari ini.
Upacara berkenaan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan turut dihadiri Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.
Hannah berkata, Para SUKMA terbukti berkesan dalam melahirkan atlet hebat termasuk pemenang dua pingat emas Paralimpik, Bonnie yang bakatnya dikesan apabila memenangi pingat untuk Sarawak pada tiga temasya Para SUKMA iaitu pada 2014, 2016 dan 2018.
“Daripada 30 atlet TeamMAS yang membawa cabaran pada Paralimpik Paris 2024 baru-baru ini, 19 adalah atlet yang lahir daripada Para SUKMA dan pencapaian Paralimpik yang membanggakan buat Malaysia dengan dua pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa.
“Saya akui, semua itu tidak akan dicapai tanpa kesungguhan yang tidak berbelah bahagi dengan kepimpinan ditonjolkan oleh Dato R Subramaniam, Setiausaha Agung MPM yang tanpa pernah putus asa sering memperjuangkan keperluan atlet para di MSN dengan pengurusan geran pentadbiran cemerlang serta kuat berusaha mempromosikan sukan para,” katanya.
Sehubungan itu katanya, sebagai perancangan strategik untuk tahun hadapan, beliau berjumpa dengan Menteri Kewangan II untuk cadangan Belanjawan 2025.
“Saya cuba meminta peruntukan khusus untuk program pembangunan sukan OKU seluruh negeri,” katanya.
Seramai 2,111 atlet dan pegawai yang mewakili 15 kontinjen dari seluruh negara menyertai temasya Para SUKMA XXI yang bermula hari ini hingga 28 September ini.-Berita Harian
PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024 – MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN TEMASYA PARA SUKMA XXI
Majlis Perasmian Pembukaan Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 berlangsung meriah malam tadi di Stadium Perpaduan Sarawak.
Majlis yang disempurnakan oleh Yang Di Pertua Negeri Sarawak TYT Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar itu, turut dihadiri Premier Sarawak YAB Tan Sri Datuk Patinggi Haji Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Haji Abang Openg serta Menteri Belia dan Sukan YB Hannah Yeoh.
ARA SUKMA XXI SARAWAK 2024 – PARA LAWN BOWLS BUKA GELANGGANG AWAL
Sukan Para Lawn Bowls membuka gelanggang awal hari ini dengan perlawanan pusingan kumpulan di Arena Lawn Bowls Sarawak, Petrajaya.
Para Lawn Bowls yang berlangsung dari 22 hingga 28 September 2024 menawarkan 19 pingat emas keseluruhan.
MAJLIS MAKAN MALAM PARA SUKMA XII SARAWAK 2024
Menjelang temasya sukan terbesar untuk atlet para bertanding di peringkat kebangsaan, satu Majlis Makan Malam Para SUKMA XXI Sarawak 2024 dilangsungkan di Hikmah Exchange, Kuching pada Sabtu.
Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 yang membuka tirai pada 22 hingga 28 September 2024 menyaksikan penyertaan 1,275 atlet para serta 719 pegawai sukan untuk 10 jenis sukan dengan 328 acara yang dipertandingkan.
Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Yang Berhormat Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Belia Dan Sukan Yang Berhormat Hannah Yeoh serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan Yang Berhormat Adam Adli.
MESYUARAT BERSAMA KETUA KONTINJEN (CDM) BILANGAN 1/2024 PARA SUKMA XXI SARAWAK
Mesyuarat bersama Ketua Kontinjen Negeri Para SUKMA XXI Sarawak telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SUKMA Sarawak bertempat di Hotel Sheraton pada Sabtu.
Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 bakal membuka tirai pada 22 hingga 28 September 2024.
MAJLIS PERASMIAN PERKAMPUNGAN SUKAN PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024
KUCHING: Debaran Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 yang bakal membuka tirai bermula 22 hingga 28 September ini semakin dirasakan.
Tuan rumah Sarawak meneruskan tradisi meraikan semua kontinjen negeri dengan menganjurkan Majlis Perasmian Perkampungan Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di Hotel dan Pusat Konvensyen Raia pada Jumaat.
Majlis yang dirasmikan oleh YB Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Para SUKMA turut menyempurnakan penyerahan cenderamata kepada Ketua Kontinjen (CDM) dari setiap negeri yang terlibat.
FB Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS
MESYUARAT PENDAFTARAN DELEGASI PARA SUKMA SARAWAK XXI 2024
Kuching – Bahang Temasya Para Sukma Sarawak XXI 2024 sudah bermula. Sesi pertama Mesyuarat Pendaftaran Delegasi (DRM) berjalan lancar di Hotel Raia, Kuching.
Lima negeri yang terlibat pada sesi pertama hari ini terdiri daripada Johor, Negeri Sembilan, Sarawak, Pulau Pinang dan Selangor.
Setiap kontinjen perlu mengesahkan penyertaan atlet dan pegawai, semakan aspek penginapan, sajian serta pengangkutan. Kontinjen juga akan peroleh kad akreditasi di akhir sesi.
Para SUKMA 2024: Sarawak import bas Rapid KL
KUCHING, 28 Ogos– Sebanyak 25 buah bas RapidKL di bawa ke Sarawak bagi memudahkan pergerakan atlet Para SUKMA yang berkerusi roda sepanjang temasya berlangsung bermula 22 hingga 28 September depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Para SUKMA Sarawak, Datu Hii Chang Kee berkata seramai 300 atlet berkerusi roda terlibat pada temasya kali ini.
“Kita hanya ada 10 sukan dan kita mengambil kira faktor pergerakan atlet golongan orang kurang upaya (OKU) ini.”
“Jadi, kita hanya fokuskan acara di Kuching melibatkan 10 venue dan kebanyakkan venue di Petrajaya,” ujar Datu Hii kepada RTM selepas hadir temu bual dengan REDfm di RTM Sarawak, Kuching, pagi tadi.
Seramai 1,300 atlet dan 780 pegawai teknikal akan terlibat sepanjang Para SUKMA berlangsung.
Acara pembukaan dijangka dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar manakala penutup oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di Stadium Perpaduan, Petrajaya.-berita.rtm