Majlis Sukan Negara Malaysia

Category hal ehwal kebajikan

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
JELAJAH SAHUR ATLET BERSAMA PETUGAS BARISAN HADAPAN

Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) telah menganjurkan Jelajah Sahur bagi menyantuni petugas barisan hadapan yang sentiasa komited berkhidmat untuk negara.

Seramai 30 atlet dan jurulatih turun padang mengedarkan juadah sahur kepada anggota Balai Polis Sg. Besi, Balai Bomba Sg. Besi, Kem Perdana Sg. Besi, dan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka.

Turut hadir memberikan sokongan, YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MSN, serta YBhg. Datuk Shalin Zulkifli, Ketua Sekretariat MACE.

Ucapan terima kasih kepada barisan penaja yang turut menjayakan program ini:

✅ BubblesO2

✅Ikhlas.com

✅ Pace

✅ Donut Cun

Semoga usaha ini membawa keberkatan dan mempereratkan hubungan antara atlet dan masyarakat.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
TAKLIMAT PENDIDIKAN CUKAI DAN PROSEDUR E-FILING UNTUK ATLET DAN JURULATIH MSN

Majlis Sukan Negara menerusi Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) telah menganjurkan Taklimat Pendidikan Cukai Dan Prosedur E-Filing untuk Atlet dan Jurulatih di bawah Program Majlis Sukan Negara pada 11 Mac 2025 bertempat di Dewan Bankuet, Casa 4, Majlis Sukan Negara.

Taklimat yang dikendalikan oleh Encik Aizat Ikhwan Roslan serta Puan Norshafiqah Badri daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran atlet dan jurulatih tentang kepentingan percukaian serta memberikan panduan yang jelas mengenai pengisian serta pemfailan cukai.

Program kali ini menyaksikan kehadiran 60 atlet kebangsaan mengambil peluang menerusi program ini untuk membuka e-fail dan mengisi butiran percukaian secara dalam talian dengan bantuan daripada pegawai-pegawai LHDN.

Turut hadir, YBhg. Datuk Shalin Zulkifli, Ketua Sekretariat MACE Majlis Sukan Negara

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
LAWATAN YBRS. KETUA PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGARA KE KOMPLEKS KECEMERLANGAN SUKAN PARALIMPIK KAMPUNG PANDAN, KUALA LUMPUR

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. En. Abdul Rashid Yaakub telah meluangkan masa melawat Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada 18 Februari 2025.

Turut serta dalam lawatan tersebut termasuklah Pengarah Fasiliti Sukan, En. Mohd Raizal Muhamat Yaakop, dan Ketua Cawangan Kebajikan, Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE), Cik Punitha Thiagarajah.

Lawatan ini bertujuan mengenalpasti lokasi yang sesuai untuk dijadikan Athlete Center untuk atlet-atlet yang menginap dan berlatih di kompleks ini.

Athlete Center akan menyediakan ruang yang selesa dan kondusif untuk atlet berehat dan bersosial. Antara kemudahan yang akan disediakan adalah ruang rehat dengan sofa, bean bag dan kerusi malas, internet,kemudahan belajar, bilik kaunseling, karaoke, televisyen, mini games serta makanan dan minuman ringan.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
TAKLIMAT KOD SUKAN SELAMAT UNTUK SUKAN TAEKWANDO

Taklimat mengenai penggunaan Kod Sukan Selamat telah disampailan oleh Ketua Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) Majlis Sukan Negara, YBhg. Datuk Shalin Zulkifli kepada jurulatih-jurulatih sukan Taekwan-do ITF pada 15 Februari 2025 bertempat di Dewan Komanwel, Institut Sukan Negara.

Seramai 70 orang jurulatih yang menghadiri Kursus Jurulatih Peribadi Sukan Taekwan-do (MITF) 2025 pada 14 hingga 16 Februari 2025 lalu telah memberikan sambutan yang positif sepanjang taklimat Kod Sukan Selamat dijalankan.

Selain itu, YBhg. Datuk Shalin juga telah dianugerahkan Tali Pinggang Hitam Dan 4 (black belt) atas sumbangan beliau dalam arena sukan negara sebagai atlet dan juga pentadbir sukan.

Majlis Sukan Negara Malaysia