Majlis Sukan Negara menerusi Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) telah menganjurkan Program Personal Development: Self Image bertempat di MSN, Bukit Jalil pada Rabu.
Seramai 60 orang atlet telah menyertai program ini yang bertujuan untuk membina keyakinan diri, mengurus imej peribadi secara profesional, dan mempersiapkan diri menghadapi situasi seperti temuduga, temubual media, serta majlis rasmi.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan MSN dalam melahirkan atlet yang bukan sahaja cemerlang dalam sukan, tetapi juga bersedia menempuh dunia kerjaya secara holistik.
Program ini menampilkan En. Hafiz Mustapha, CEO CuteCarry Sdn. Bhd. sebagai penceramah jemputan, dan turut hadir sama YBhg. Datuk Shalin Zulkifli, Ketua Sekretariat MACE.