Majlis Sukan Negara Malaysia
Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS TEKNIKAL SUKMA XXI SARAWAK 2024

YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024 Bilangan 2, 2024 yang diadakan di Riverside Majestic Hotel Puteri Wing, Kuching, Sarawak pada 24 Januari 2024.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengesahkan beberapa perkara utama seperti acara-acara sukan yang akan dipertandingkan, pelantikan Ketua Delegat Teknikal serta pembentangan persediaan pengelolaan Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024. Selain itu, mesyuarat turut memaklumkan berkaitan dengan venue pertandingan, tarikh-tarikh pertandingan serta proses pendaftaran kontinjen negeri.

Turut hadir sama YBrs. Encik Dolhadi Haji Marzuki, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, YBhg. Dato’ Mohd Nazifuddin Mohd Najib, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia, YBrs. En. Awang Putrayusrie bin Haji Awang Redzuan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024 serta YBrs. En. Jefri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) Majlis Sukan Negara, Pengarah-pengarah Majlis Sukan Negeri dan Ketua Delegat Teknikal.

DemiMalaysia

SUKMA2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
BENGKEL PENYELARASAN TEKNIKAL DAN PERTANDINGAN

Bengkel Penyelarasan Teknikal dan Pertandingan Road To SUKMA XXI SARAWAK 2024 telah diadakan pada 23 Januari 2024 bertempat di Riverside Majestic Hotel Puteri Wing, Kuching, Sarawak.

Objektif utama bengkel tersebut diadakan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas berkenaan status venue pertandingan, keperluan peralatan pertandingan serta keperluan pegawai teknikal. Bengkel ini juga melibatkan penglibatan daripada Ketua Delegat Teknikal, Pengurus Pertandingan, Wakil daripada Persatuan Sukan Kebangsaan dan Penyelaras Sukan Negeri.

Selain itu juga, penetapan tarikh-tarikh penting turut dibincangkan merangkumi tarikh pertandingan setiap sukan, taklimat pengurus pasukan serta latihan penyesuaian venue pertandingan.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
LAWATAN KETUA DELEGAT TEKNIKAL KE VENUE PERTANDINGAN SUKAN MALAYSIA XXI, SARAWAK 2024

Seramai 42 orang Ketua Delegat Teknikal Sukan Malaysia XXI di Sarawak 2024 telah mengadakan lawatan ke sekitar venue pertandingan yang dijadual berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos nanti. Sesi lawatan tersebut telah diadakan pada 21 hingga 22 januari yang lalu dengan merangkumi sebanyak 48 venue meliputi 9 bahagian seluruh Bumi Kenyalang dan mewakili 37 jenis sukan yang bakal dianjurkan pada edisi kali ini.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KEJOHANAN JUNIOR CYCLING MALAYSIA SIRI 1-2024 SELANGOR

Kejohanan JCM Ujian Masa Perseorangan Siri 1-24 telah diadakan pada 19 hingga 21 Januari 2024 bermula di Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Sungai Besar dan berakhir di Sekolah Kebangsaan Tok Khalifah, Selangor.

Kejohanan JCM pada siri kali ini merangkumi 19 kategori dari peringkat umur 3 hingga 22 tahun serta tambahan kategori fixie bagi menberi peluang kepada peminat-peminat fixie anjuran Majlis Sukan Negeri Selangor dan Persatuan Berbasikal Negeri Selangor.

Siri ini merupakan kejohanan kali pertama di Selangor dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor, Majlis Daerah Sabak Bernam, Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam dan Persatuan Berbasikal Negeri Selangor.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
2nd Nakhon Ratchasima International Para Athletics Thailand 2024

(18-20 Jan 2024)

Day 3

Men’s Long Jump T37/T38/T46/T63 (Akhir)

Emas: Muhammad Nazmi Bin Nasri (MAS) T37 – 5.74m (New PB) (Point 772)

Perak: Khumphong Kantinan (THA) T63 – 5.45m (Point 518)

Gangsa: Sok Chaiya (CAM) T46 – 4.75m (Point 135)

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
2nd Nakhon Ratchasima International Para Athletics Thailand 2024 (18-20 Jan 2024)

Day 2

Men’s 400m T12/T11 (Akhir)

Emas: Muhammad Noorhelmie Mohd Rabi (MAS) T12 – 54.36s (New PB) (Point 595)

Perak: Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah (MAS) T12 – 54.85s (Point 556)

Gangsa: Saokham Siwabannakom (THA) T11 – 58.78s (Point 385)

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
BENGKEL PERANCANGAN PROGRAM KHAS (SEMENANJUNG)

Bengkel Perancangan Program Khas (Semenanjung) sedang berlangsung dari 19 hingga 21 Januari 2024 bertempat di D’Zing Janda Baik, Pahang.

Bengkel yang diadakan selama tiga hari itu dihadiri seramai 85 peserta yang terdiri daripada Wakil BSKK KPM, SUA JPN, Wakil Persatuan Sukan Kebangsaan dan Negeri serta Jurulatih Program bagi menyelaras dan merancang takwim program tahun 2024.

Sesi pembukaan dan halatuju program telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Bakat dan Pembangunan Sukan, Encik Mohd Safrushahar Yusoff.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KUNJUNGAN HORMAT DARI MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Majlis Sukan Negara telah menerima Kunjungan Hormat daripada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WIPERS) pada 19 Januari 2024 bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Pertemuan bersama YBrs. Encik Abdul Rashid, Ketua Pengarah MSN itu bertujuan untuk membincangkan pembangunan sukan di peringkat Wilayah Persekutuan bagi tahun 2024.

Turut hadir sama, Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Pengarah WIPERS.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MSN JANUARI 2024

YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN telah menyampaikan ucaptama Majlis Perhimpunan Bulanan MSN Januari 2024 bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Dalam ucapannya, beliau turut menzahirkan penghargaan dan ribuan terima kasih atas jasa bakti warga MSN selama ini dalam memastikan segala program dan agenda pada tahun 2023 dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Perhimpunan pada hari ini merupakan perhimpunan bulanan dan pembuka tirai bagi tahun 2024 dan telah dihadiri seramai 250 orang Pengurusan Tertinggi, Pegawai Kanan dan Pegawai serta kakitangan MSN.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
2nd Nakhon Ratchasima International Para Athletics Thailand 2024

Men’s Long Jump T20/T12/T13 Akhir

Emas: Akhmedov Doniyorjon (UZB) T13 – 6.62m (Point 851)

Perak: Zulkifly Abdullah (MAS) T20 – 6.59m (Point 823)

Gangsa: Suhani Suhairi (SGP) T20 – 6.39m (Point 757)

Women’s Long Jump (T11/T20) Akhir

Emas: Panyatib Janjira (THA) T11 – 4.30m (Point 654)

Rank 2: Nani Shahiera Zawawi (MAS) T20 – 4.68m (Point 594)

Men’s 100m T35/T36/T37 (Akhir)

Emas: Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (MAS) T36 – 12.45s (SB) (Point 852)

Perak: Ahmad Fizzi Rosni (MAS) T36 – 12.58s (New PB) (Point815)

Gangsa: Saengrat Phakhaphon (THA) T37 – 13.23s (Point 423)

Men’s 100m T12 (Akhir)

Emas: Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah (MAS) T12 – 11.57s

Rank 2: Muhammad Noorhelmie Mohd Rabi (MAS) T12 – 11.66s (New PB)

Men’s 400m T36/T37/T38 (Akhir)

Emas: Ahmad Fizzi Rosni (MAS) T36 – 57.40s (Point 779)

Perak: Taprom Apisit (THA) T37 – 56.55s (Point 687)

Gangsa: Phonpanna Amomthep (THA) T38 – 57.83s (Point 526)

Majlis Sukan Negara Malaysia