Aksi beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah pada perlawanan kedua Kumpulan Kumpulan A.
Pasangan negara mempamer aksi bertenaga untuk mencatat kemenangan pertama kumpulan dengan menewaskan pasangan dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 18-21, 21-15, 21-16.
Hujan tidak menjadi halangan buat Kontinjen Malaysia untuk tampil mempersona menggayakan busana ‘The Malaya’ pada acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024.
Kontinjen Malaysia diwakili enam atlet dan empat pegawai dengan penerjun negara, Bertrand Rhodict Lises dan atlet pelayaran, Nur Shazrin Mohamad Latif menggalas tanggungjawab sebagai pembawa Jalur Gemilang.
Bertrand dan Nur Shazrin turut disertai Nur Dhabitah Sabri (terjun), Khairulnizam Mohd Afendy (pelayaran), Ashley Lau (golf) dan Tan Rouxin (renang) di atas bot yang turut membawa delegasi dari Malawi dan Maldives itu.
Atlet wanita memakai baju kurung songket dengan kelubung manakala atlet lelaki berbaju Melayu Teluk Belanga turut disertai Chef de Mission, Datuk Hamidin Mohd Amin, bersama timbalannya Datuk Nicol David, serta ketua perubatan kontinjen, Dr Jasmiza Khuzairi Jasme dan pegawai keselamatan Majlis Olimpik Malaysia, Ang Li Pei.
Paris 2024 menyaksikan temasya Olimpik kembali ke kota itu, 100 tahun selepas kali pertama menganjurkan Olimpik pada tahun 1900 dan kemudian pada tahun 1924.
Ibu kota Perancis itu menjadi kota kedua menganjurkan Olimpik sebanyak tiga kali, selepas London pada tahun 1908, 1948, dan 2012.
Sekitar hari pertama Fiesta Bakat di Karnival UDA 2024. Antara aktiviti yg dijalankan termasuklah sesi latihan memanah, pertandingan shoot out bola jaring dan imbang bola. Karnival ini berlangsung bermula hari ini 27 hingga 29 Julai di Dataran Gravitas, Pulau Pinang. Jom ramai2 meriahkan Fiesta Bakat di Karnival UDA
Beregu wanita utama negara, Pearly Tan – M.Thinaah dapatkan rawatan kiropraktik di Malaysia House hari ini.
Perkhidmatan sokongan ini disediakan Sekretariat Road To Gold bagi membantu pemulihan atlet negara di Sukan Olimpik Paris 2024 selain menampung kakitangan perkhidmatan sokongan yang terhad di dalam perkampungan sukan.
Selain rawatan kiropraktik, antara perkhidmatan lain disediakan termasuk tukang urut, fisioterapi, psikologi dan pakar pemakanan yang semuanya memainkan peranan penting dalam proses pemulihan atlet.