Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS TEKNIKAL SUKAN MALAYSIA XXII SELANGOR 2026 BIL.2/2025

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. Encik Jefri Ngadirin telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Malaysia XXII Selangor 2026 Bil. 2/2025 yang diadakan di Shah Alam.

Pada mesyuarat tersebut, nama bagi Ketua Delegasi Teknikal (KDT) dan Pengurus Pertandingan bagi SUKMA Selangor 2026 telah disahkan selain penetapan acara sukan bagi temasya sukan dwitahunan itu.

Mesyuarat telah dihadiri oleh wakil Majlis Sukan Negeri serta wakil dari 37 jenis sukan yang akan di pertandingkan di SUKMA Selangor 2026.

PROGRAM SPORTS ICON MELAKA BERSAMA SHARON WEE

Majlis Sukan Negara menerusi Sekretariat Wanita Dalam Sukan hari ini mengadakan Program Sports Icon Melaka bertampat di SMK Tinggi Perempuan Melaka.

Untuk program kali ini, Majlis Sukan Negara berkolaborasi bersama Majlis Sukan Negeri Melaka membawa Ikon Sukan Negeri yang merupakan legenda sukan skuasy negara, Sharon Wee untuk berkongsi pengalaman pahit dan manis beliau sepanjang bergelar atlet, sesi motivasi serta sesi bertemu mesra bersama pelajar-pelajar yang hadir.

Turut hadir menyerikan program tersebut Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka, YBrs. En Mohd Asri Hj. Ninggal.

PROGRAM IKRAR BEBAS RASUAH SUKAN MALAYSIA & SUKAN PARA SUKMA XXII SELANGOR 2026

YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) hadir menyaksikan Program Ikrar Bebas Rasuah bersama Ketua Delegasi Teknikal (KDT) dan Pengurus Pertandingan SUKMA XXII Selangor 2026 pada 4 September di Hotel Concorde, Shah Alam.

Program ini menjadi simbol akujanji semua KDT dan Pengurus Pertandingan untuk melaksanakan tugas dengan telus, berintegriti dan bebas daripada rasuah, sekali gus memastikan penganjuran kejohanan berjalan secara profesional dan berlandaskan tatakelola yang baik.

Sesi menandatangani ikrar oleh wakil KDT En. Zakaria bin Hassan dari sukan pencak silat turut disaksikan oleh YBrs. Tuan Zakkuan Talib, Timbalan Pesuruhjaya Pengarah SPRM Kuala Lumpur, YBrs. Ketua Pengarah MSN, YBhg.Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif, Sekretariat SUKMA Selangor 2026 dan YBhg. Datuk Nasir bin Ali, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia.

MESYUARAT PENYELARASAN PETRONAS LE TOUR DE LANGKAWI 2025 BIL. 2/2025

Berbaki kurang 25 hari lagi sebelum berlangsungnya PETRONAS Le Tour de Langkawi 2025, segala persiapan kini giat diperkemas bagi memastikan kelancaran penganjuran kejohanan berprestij edisi ke-29 tersebut.

Menerusi Mesyuarat Penyelarasan Ketua-Ketua & Teknikal Bil. 2/2025 di Dorsett Grand Subang hari ini, fokus utama diberikan kepada peranan dan strategi setiap jabatan serta kepatuhan peraturan-peraturan baharu Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) termasuk beberapa penambahbaikan prosedur berkaitan keselamatan.

Turut hadir mempengerusikan mesyuarat, Pengarah Acara PLTdL 2025, En. Mohd Safrushahar Yusoff, serta Ketua Pegawai Operasi PLTdL, En. Emir Abdul Jalal.

WIRA DAN WIRAWATI BADMINTON NEGARA DI SAMBUT MERIAH

Juara dunia beregu campuran, Chen Tan Jie-Toh Ee Wei dan naib juara dunia beregu wanita, Pearly Tan-M.Thinaah disambut meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba dari Kejohanan Dunia di Paris, Perancis.

Ketibaan mereka diraikan Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, En. Jefri Ngadirin; Ketua Penyelaras Program Road To Gold, Datuk Stuart Ramalingam dan Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk V.Subramaniam.

Lebih manis, ahli keluarga turut berada di balai ketibaan menyambut kepulangan wira dan wirawati negara.

Tan Jie-Ee Wei cipta sejarah pada sambutan Hari Merdeka apabila muncul juara dunia beregu campuran selepas menewaskan gandingan dari China di pentas final.

Pearly-Thinaah turut cipta sensasi muncul naib juara dunia, sekaligus menjadi beregu wanita pertama negara mara ke pentas akhir Kejohanan Dunia.

TENDER KERJA PENYELENGGARAAN DAN SERVIS SISTEM PENYAMAN UDARA JENIS BERPUSAT & BERASINGAN DAN SISTEM PENGUDARAAN MEKANIKAL SECARA SEPARA KOMPREHENSIF UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA
KURSUS KEPEGAWAIAN WANITA SUKAN PARA RENANG TAHAP 1

Kursus Kepegawaian Wanita Sukan Para Renang Tahap 1, 2025 telah berlangsung pada 19 hingga 24 Ogos 2025 bertempat di Pusat Akuatik Negeri Kedah.

Kursus ini menghimpunkan seramai 30 pegawai teknikal wanita dengan pengisian teori dan praktikal bersama tenaga pengajar berpengalaman.

Kursus ini bertujuan melahirkan lebih ramai pegawai teknikal wanita bertauliah di pentas kebangsaan dan antarabangsa.

SAMBUTAN KEPULANGAN KONTINJEN PEKAK DARI TEMASYA 2ND SEA DEAF GAMES JAKARTA 2025

Kontinjen Malaysia menutup kempen 2nd SEA Deaf Games Jakarta 2025 dengan penuh bergaya apabila muncul juara keseluruhan selepas mencipta rekod kutipan 25 pingat emas, 16 perak dan 11 gangsa.

Kejayaan luar biasa ini turut memecah rekod 15 emas yang diraih pada edisi sulung di Kuala Lumpur 2022.

Daripada 80 atlet dan pegawai yang membawa cabaran negara, emas hadir menerusi Olahraga, Tenpin Boling, Catur dan Badminton.

Turut hadir meraikan, Encik Joherman Amir, Pengarah Bahagian Para MSN.

Syabas dan tahniah Team Malaysia atas kejayaan gemilang ini!

KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH LOJI RAWATAN AIR KUMBAHAN (STP) YANG MELIBATKAN KERJA SIVIL, MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL DI PUSAT LATIHAN PERAHU LAYAR KEBANGSAAN LANGKAWI, KEDAH  

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Kedah serta berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Negeri Kedah untuk Gred G1 hingga G3, Kategori CE Pengkhususan – Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod CE21/M15, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) permit IPA Jenis D) bagi Negeri Kedah dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221010 – Kolam Kumbahan/Sisa Perawatan/Talian Paip/Sesalur

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/028/2025 (SK)
TAJUK SEBUTHARGA : KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH LOJI RAWATAN AIR KUMBAHAN (STP) YANG MELIBATKAN KERJA SIVIL, MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL DI PUSAT LATIHAN PERAHU LAYAR KEBANGSAAN LANGKAWI, KEDAH
TARIKH BUKA : 26 OGOS 2025 (SELASA)
TAKLIMAT & : 28 OGOS 2025 (KHAMIS)/11.00 PAGI
LAWATAN TAPAK PUSAT LATIHAN PERAHU LAYAR KEBANGSAAN LANGKAWI, KEDAH
TARIKH TUTUP : 8 SEPTEMBER 2025 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga dan dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi

KERJA-KERJA PEMBAIKAN JALAN DAN LONGKANG SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA DI MSN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR UNTUK MSNM

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur untuk Gred G2, Kategori CE Pengkhususan – Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod CE21 dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta pendaftarannya masih berkuatkuasa

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/027/2025 (SK)
TAJUK SEBUTHARGA : KERJA-KERJA PEMBAIKAN JALAN DAN LONGKANG SERTA YANG BERKAITAN DENGANNYA DI MSN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 26 OGOS 2025 (SELASA)
TAKLIMAT & : 28 OGOS 2025 (KHAMIS)/11.00 PAGI
LAWATAN TAPAK MSN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
TARIKH TUTUP : 8 SEPTEMBER 2025 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga dan dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

        Lobi Aras 1 (Belakang)
        Bangunan Pentadbiran
        Majlis Sukan Negara Malaysia
        Kompleks Sukan Negara
        57000 Bukit Jalil
        Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837

Iklan

Akuan Pembida

Maklumat Penyebutharga

Spesifikasi