Majlis Sukan Negara menerusi Jawatankuasa Surau Al-Faizin dengan kerjasama Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. telah mengadakan Kursus Ibadah Umrah Siri 1/2025 pada Khamis 13 Februari di Dewan Solat Surau Al-Faizin MSN.
Kursus yang dikendalikan oleh Mutawwif Andalusia Travel & Tours Alfadhil Ustaz Mohammad Aizad Farhan Abdul Aziz menyaksikan kehadiran 60 orang warga sukan, dan dibahagikan kepada 3 siri kursus dimana siri kedua dijangka diadakan pada bulan Julai manakala siri ketiga pada November.
Satu Kursus Pelan Strategi Pengurusan Aset (PSPA) (OPERASI) Kementerian Kewangan Malaysia telah diadakan bagi tujuan menerapkan kefahaman para peserta mengenai proses penyediaan pelan strategik pengurusan aset operasi MSN untuk tempoh 5 tahun serta proses penyediaan aktiviti dan bajet pengurusan aset tak alih MSN untuk tahun 2025.
Bengkel yang dikendalikan oleh penceramah dari Jabatan Kerjaraya Malaysia Ir. Dr. Ahmad Firdauz Abdul Mutalib bersama-sama SR. Nor Rapidah Musthafa diadakan pada 4 hingga 6 Februari, turut melibatkan 25 orang penyelia dan anggota yang menguruskan kompleks MSN dari seluruh negara.
Turut hadir sama, Pengarah Bahagian Fasiliti Sukan MSN, Encik Mohd Raizal Muhamat Yaakop.
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-
210107– ICT SECURITY AND FIREWALL, ENCRYTION, PKI, ANTIVIRUS
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/001/2025 (SP) TAJUK SEBUTHARGA : PEMBAHARUAN LESEN DAN SOKONGAN NEXT GEN FIREWALL MSN TARIKH BUKA : 6 FEBRUARI 2025 (KHAMIS) TARIKH TUTUP : 21 FEBRUARI 2025 (JUMAAT) SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Profail Syarikat, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-
030101 – PAKAIAN SUKAN DAN AKSESORI
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/002/2025 (S) TAJUK SEBUTHARGA : PEMBELIAN AKSESORI LATIHAN DAN PERTANDINGAN NFDP DAN AMD BAGI TAHUN 2025 TARIKH BUKA : 5 FEBRUARI 2025 (RABU) TARIKH TUTUP : 19 FEBRUARI 2025 (RABU) SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066 En. Mohd Fitri Mohd Radzi (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929078
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Lembah Klang dan Negeri Pahang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-
050102 – PERALATAN DAN KELENGKAPAN PERUBATAN
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/001/2025 (S) TAJUK SEBUTHARGA : PEMBELIAN BARANGAN PERUBATAN UNTUK AKDEMI BOLA SEPAK NEGARA MOKHTAR DAHARI (AMD) BAGI TAHUN 2025 TARIKH BUKA : 5 FEBRUARI 2025 (RABU) TARIKH TUTUP : 19 FEBRUARI 2025 (RABU) 2024 (KHAMIS) SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066 En. Nabil Fikri (Spesifikasi Pembekalan) : 013-9612143
Syabas dan tahniah kepada bekas gimnas artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi dan Tan Ing Yueh kerana berjaya menamatkan kursus dan menerima lesen juri antarabangsa di “International License at the FIG Judges’ Course (XVI Cycle 2025-2028)” yang diadakan di Doha, Qatar pada 26 hingga 29 Januari 2025.
Menurut Farah Ann ini adalah peluang terbaik untuk menimba ilmu dari pakar terkemuka dalam sukan gimnastik dan beliau teruja untuk membantu dan berkongsi bersama atlet gimnastik di Malaysia.
Ing Yueh pula mengakui kursus ini memberi pengalaman tidak ternilai tentang perspektif sebagai seorang juri dimana dapat membantu beliau memperbaiki teknik latihan dan meningkatkan persembahan atlet-atlet beliau.
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di WILAYAH PERSEKTUAN DAN LEMBAH KLANG serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang 222302 – DOBI.
Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini.
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Pn. Noor Azura Nurul Akla (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929946