Perjalanan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri di pentas Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir selepas terkandas di pusingan repechage 1/32 sebentar tadi sekaligus gagal untuk mara ke pusingan seterusnya.
Kami semua bangga dengan anda. Comeback stronger
Perjalanan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri di pentas Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir selepas terkandas di pusingan repechage 1/32 sebentar tadi sekaligus gagal untuk mara ke pusingan seterusnya.
Kami semua bangga dengan anda. Comeback stronger
Atlet berbasikal, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri akan ke pusingan repechage selepas tewas kepada pelumba Great Britain, Capwell Sophie di pusingan 1/32.
You can do it Izzah
Kursus anjuran Bahagian Bakat dan Pembangunan Wanita menerusi Cawangan Wanita Dalam Sukan dengan kerjasama KOM telah berlangsung di Bukit Jalil selama 5 hari bermula 5-9 Ogos 2024
Kursus yang dikendalikan oleh Puan Roselyn J Mahero, Pensyarah Kanan World Athletic dari Filipina bertujuan memberi penekanan berkaitan pengetahuan asas kemahiran serta teknik yang dijalankan secara teori, praktikal dan ujian pada hari akhir kursus.
Majlis Penutupan Kursus Kejurulatihan Olahraga (Wanita) Tahap 1 ini telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Bakat dan Pembangunan Wanita MSN, En. Mohd Safrushahar Yusof.
Atlet berbasikal, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri catat 10.719 saat yang juga merupakan rekod baru kebangsaan pada sesi kelayakan acara pecut sekaligus mara ke peringkat 1/32.
Well done Izzah! Keep it up
PETALING JAYA – Harapan penerjun lelaki negara, Bertrand Rhodict Lises untuk mara ke separuh akhir acara 10 meter (m) platform di Sukan Olimpik Paris terkandas apabila hanya menduduki tempat ke-25 dalam pusingan kelayakan yang berlangsung di Pusat Akuatik Saint-Denis sebentar tadi.
Atlet berusia 19 tahun itu, memulakan aksi dengan baik selepas mencatat 66.00 dan 60.80 mata untuk terjunan pertama dan kedua, masing-masing pada darjah kesukaran 3.0 dan 3.2.
Bagaimanapun, Rhodict gagal mengekalkan momentum terjunan apabila mata kutipannya semakin merosot dalam terjunan ketiga hingga kelima dengan catatan mata hanya 49.50, 34.00, dan 37.80.
Meskipun, terjunan terakhir Rhodict kembali stabil dengan kutipan 65.60 mata, tetapi ia tidak cukup untuk melayakkannya berada dalam kelompok 18 terbaik.
Secara keseluruhan, Rhodict mengumpul 313.70 mata, jauh ketinggalan berbanding penerjun China, Cao Yuan yang mengungguli acara dengan 500.15 mata.
Sementara itu, Tamai Rikuto dari Jepun menduduki tempat kedua dengan 497.15 mata, diikuti penerjun Kanada, Weins Rylan yang berada di kedudukan ketiga dengan 485.25 mata.
Seterusnya, separuh akhir 10m platform lelaki dijadualkan berlangsung pada jam 4 petang esok, diikuti dengan pusingan akhir pada jam 9 malam. – KOSMO! ONLINE
Bertrand Rhodict Lises menamatkan 6 terjunan dengan 313.70 mata untuk kedudukan ke-25 keseluruhan sekaligus gagal untuk ke peringkat akhir.
Comeback stronger Rhodict
PENGARAH teknikal kem terjun negara, Bryan Nickson Lomas mengakui bahawa aksi final acara 3 meter (m) papan anjal Sukan Olimpik Paris amat sengit dengan kehadiran penerjun-penerjun terbaik dunia yang layak ke pusingan itu.
Pada pusingan akhir yang berlangsung di Pusat Akuatik Paris malam ini bakal menyaksikan penerjun negara akan disaingi 11 penerjun lain termasuk dua wakil China, Chen Yiwen dan Chang Yani yang sering mempersembahkan terjunan memukau.
“Final malam ini akan menjadi satu persaingan yang amat mencabar. Kami berharap Dhabitah dapat mempamerkan terjunan terbaik, terutamanya dalam terjunan pertama dan kedua untuk mengutip mata sebanyak mungkin,” kata Bryan.
Bryan yang dihubungi Kosmo! turut menyatakan bahawa pencapaian Dhabitah untuk melepasi 300 mata akan menjadi satu pencapaian yang besar, namun beliau turut mengakui bahawa ia adalah satu sasaran yang sukar, berdasarkan simulasi dan latihan yang dijalankan sebelum ini.
“Jika Dhabitah berjaya mengumpul lebih dari 300 mata, itu sudah pasti satu pencapaian luar biasa. Tetapi, jika dia mampu berada dalam kelompok lapan terbaik dunia, itu pun sudah cukup membanggakan. Segala yang lebih daripada itu adalah satu bonus buatnya,” tambah Bryan.
Meskipun harapan besar diletakkan pada bahu Dhabitah, Bryan menekankan bahawa barisan kejurulatihan dan kem terjun negara tidak mahu memberi tekanan yang berlebihan kepada penerjun muda itu.
“Fokus utama adalah untuk memastikan Dhabitah mampu mengekalkan konsentrasi dan memberikan aksi yang terbaik tanpa terbeban dengan jangkaan,” jelas bekas Olympian itu. – KOSMO! ONLINE
PARIS – Berikut jadual atlet Malaysia yang berjuang pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024, Jumaat. Semua acara dalam waktu Malaysia.
GOLF (Le Golf National)
Individu wanita
Pusingan 3: Ashley Lau – 3.55 petang
TERJUN (Aquatics Centre)
10 meter (m) platform lelaki
Pusingan awal: Bertrand Rhodict Lises – 4 petang
3m papan anjal wanita
Final: Nur Dhabitah Sabri – 9 malam
BERBASIKAL TREK (Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome)
Pecut Wanita
Kelayakan: Nurul Izzah Izzati Mohd Asri – 8 malam
Pusingan 1/32 – 8.48 malam (jika layak)
Pusingan repechage 1/32 – 9.38 malam
Pusingan 1/16 – 1.10 tengah malam (Sabtu)
Pusingan repechage 1/16: Nurul Izzah Izzati Mohd Asri – 1.58 pagi (Sabtu). -KOSMO! ONLINE
KEM berbasikal trek negara hanya menjadikan aksi pecut sebagai pemanas badan terutama buat kedua pelumba negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang memberi tumpuan kepada acara keirin yang bermula malam esok.
Jika diikutkan keputusan yang dicapai dalam acara pecut Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines awal pagi semalam seakan-akan sama seperti Olimpik Tokyo tiga tahun lalu di mana ‘The Pocket Roketman’ terkandas di repechages 1/8.
Ketika aksi tersebut, pelumba berusia 36 tahun itu tewas kepada pelumba No. 1 Poland, Mateusz Rudyk dan dilihat tidak memberikan 100 peratus tenaga untuk memberi tumpuan kepada acara kegemarannya iaitu keirin.
Ketua jurulatih skuad berbasikal trek, John Beasley berkata, acara pecut adalah aksi pemanas badan buat pelumba sebelum memberi tumpuan untuk membawa pulang pingat emas dalam acara keirin nanti.
“Fokus kami tidak pernah diberikan dalam acara pecut kerana ia sentiasa akan menjadi acara pemanas badan untuk keirin di mana kami menetapkan beberapa penanda aras untuk dicapai supaya kami tahu kami mempunyai kelajuan untuk memenangi keirin.
“Ini adalah persiapan yang sama seperti di Tokyo 2020, cuma kami lebih pantas sekarang berbanding ketika di Tokyo. Kami berada di tempat yang tepat menjelang acara keirin nanti,” kata Beasley.
Dalam pada itu, Azizulhasni mengakui dia mengikuti perancangan jurulatihnya untuk memberi tumpuan dalam acara kegemarannya.
“Perancangan awal kita adalah untuk berlumba satu demi satu pusingan. Saya gembira dapat kalahkan Luca Spiegel dari Jerman dan Hamish Turnbull dari Great Britain. Perancangannya untuk kalahkan Hoogland, tapi sebaliknya.
“Ia merupakan satu perlumbaan yang hebat dari segi teknikal dan taktikalnya cuma saya tidak cukup laju. Ketika pusingan repechage, Beasley berkata simpan tenaga untuk keirin.
“Jika ke pusingan repechage akan berdepan dengan pelumba-pelumba hebat seperti Harrie Lavreysen (Belanda) di suku akhir dan saya membazir tenaga. Saya akan simpan tenaga untuk perlumbaan seterusnya pada 8 malam esok (Sabtu),” katanya kepada agensi Bernama.
Seorang lagi pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom turut akan mengalih tumpuan dalam acara keirin selepas tersekat di pusingan 1/32 kepada pelumba Israel, Mikhail Yakovlev.
Hasratnya untuk meneruskan kemaraan melalui peluang terakhir di repechages 1/32 juga menemui jalan buntu apabila dinafikan oleh Vasilijus Lendel dari Lithuania.
Untuk rekod, Azizulhasni yang membuat penampilan kelima di pentas Olimpik pada Paris 2024 berjaya meraih pingat perak acara keirin di Tokyo 2020 dan gangsa di Rio 2016.-Kosmo
Pemain golf profesional negara, Ashley Lau menamatkan saingan hari kedua dengan berkongsi kedudukan ke-40 bersama 4 pemain selepas mencatat 5 atas par 77.