Majlis Sukan Negara menerima kunjungan hormat delegasi Sports Leaders dari Asia New Zealand Foundation pada 29 April 2025 sebagai usaha memperkukuh jalinan kerjasama dua hala antara Malaysia dan New Zealand.
Delegasi seramai tujuh orang yang diketuai Pengurus Program Sukan, Puan Kirsty Sharp, sempat mengadakan pertemuan bersama Ketua Pengarah MSN, YBrs. Encik Jefri Ngadirin, dan barisan pengurusan tertinggi MSN sebagai medan perbincangan dan bertukar pandangan, perkongsian idea serta meneroka potensi kerjasama dalam bidang pembangunan sukan.
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-
030501 – PERALATAN SUKAN
030101 – PAKAIAN SUKAN DAN AKSESORI
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/018/2025 (S) TAJUK SEBUTHARGA : PEMBELIAN PERALATAN DAN PAKAIAN LATIHAN/ PERTANDINGAN ATLET SUKAN PARA PING PONG PROGRAM PELAPIS KEBANGSAAN BAGI TAHUN 2025 TARIKH BUKA : 29 APRIL 2025 (SELASA) TARIKH TUTUP : 6 MEI 2025 (SELASA) SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066 En. Mohd Najib Hassan (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929948
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-
020301 – Perkakas Elektrik Dan Aksesori 020302 – Perkakas Elektronik Dan Aksesori
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/019/2025 (S) TAJUK SEBUTHARGA : PEMBEKALAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ELEKTRIK BAGI TUJUAN PENYELENGGARAAN (IN-HOUSE) DI MSN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR TARIKH BUKA : 29 APRIL 2025 (SELASA) TARIKH TUTUP : 6 MEI 2025 (SELASA) SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066 En. Mohd Nur Aliff Muhammad ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606
Bengkel Penyelarasan Program Pembangunan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Sukan Negeri telah berlangsung pada 28 April 2025 di Hotel Dorsett Grand, Subang.
Bengkel ini diadakan bagi tujuan menyelaras perancangan dan pelaksanaan Program Pembangunan Sukan di peringkat kebangsaan dan negeri, khususnya sebagai persediaan menuju SUKMA 2026, agar pelaksanaannya lebih terarah, efektif, dan selaras dengan objektif pembangunan atlet negara.
Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor untuk Gred G1, Kategori ME Pengkhususan E04 serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/007/2025 (SK) TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA MENAIKTARAF LAMPU KAWASAN KEPADA SOLAR DI VISTA MSN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR UNTUK MSNM TARIKH BUKA : 28 APRIL 2025 (ISNIN) TARIKH TUTUP : 5 MEI 2025 (ISNIN) SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan (sekiranya ada). Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Profail Syarikat, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Peti Sebutharga & Tender
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :- Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066 En. Mohd Nur Aliff Muhammad ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. Encik Jefri Ngadirin hari ini mengadakan sesi townhall bersama Majlis Sukan Negeri.
Tujuan utama sesi ini diadakan adalah untuk membuka ruang dialog dua hala antara pihak pengurusan tertinggi MSN bersama wakil dari Majlis Sukan Negeri.
Selain itu, di sebelah malam turut berlangsung bengkel penyertaan atlet wanita dalam Sukan Malaysia dan sukan prestasi tinggi.
YBhg. Dato’ Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Sukan Bukit Merbau bagi meninjau kemajuan pembangunan infrastruktur gelanggang-gelanggang SUKMA 2028 di Kelantan.
Kunjungan ini turut disusuli dengan sesi kunjungan hormat ke atas YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Turut hadir sama, YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN dan Encik Mohd Raizal Muhamat Yaakop, Pengarah Bahagian Fasiliti Sukan MSN.
Dalam usaha mengukuhkan lagi pemahaman dan penggunaan Kod Sukan Selamat, Majlis Sukan Negara (MSN) melalui Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) serta Bahagian Atlet dan Bahagian Para telah menghadiri Safeguarding Officer Training Course 2025 anjuran Safe Sport Singapore di Singapura pada 21 dan 22 April 2025.
Kursus ini telah dihadiri oleh Dr. Hjh. Yatela Zainal Abidin, ahli Lembaga Pengurusan MSN yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Salahlaku dan Perlindungan dalam Sukan (JSPS), YBhg. Datuk Shalin Zulkifli, Ketua Sekretariat MACE) serta lima (5) orang pegawai MSN.
Kursus ini terdiri daripada tiga (3) komponen utama, iaitu:
1. Pembelajaran E-Learning yang dijalankan secara dalam talian seminggu sebelum tarikh kursus, peserta perlu melengkapkan modul E-Learning dan menjawab ujian secara kendiri.
2. Pembelajaran Kelas Atas Talian (Online Class Learning) telah dilaksanakan selama empat (4) jam. Sesi ini memberi tumpuan kepada teori dan protokol berkaitan perlindungan sukan. Para pegawai dari MSN telah menjalankan modul ini secara berkumpulan di National Youth Sport Institute Singapore (NYSI), yang turut menjadi pusat operasi Safe Sport Singapore Commision.
3. Pembelajaran Fizikal (Physical Learning) di mana modul ini mengambil masa selama enam (6) jam dan memberi penekanan kepada aspek praktikal seperti teknik temu ramah mangsa, pengurusan kes aduan, tindak balas trauma (trauma response) dan juga cara mengawal tekanan emosi dari mangsa.
Para peserta kursus juga diberi peluang melawat kemudahan Athlete Centre berdekatan Kallang Wave Mall oleh wakil Sport Singapore (SportSG) dan Safe Sport Singapore. Dr. Yatela berkesempatan untuk berjumpa dengan Madam Chan Yen San, Pengerusi Safe Sport Commision Singapore dan Lembaga Sport Singapore.
Sekretariat Wanita Dalam Sukan -Cawangan Penggalakan Sukan hari ini mengadakan Program Sports Icon bagi tujuan perkongsian pengalaman bekas-bekas atlet negara sebagai motivasi dan inspirasi kepada atlet di bawah Program MSN.
Untuk siri pertama tahun 2025, Pn. Siow Lee Chan, pemenang pingat gangsa sukan powerlifting Temasya Paralimpik Beijing 2008 dipilih sebagai ikon untuk berkongsi pengalaman bersama atlet wanita Program Para di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kg Pandan.
Di kesempatan itu juga, Ketua Cawangan Kepegawaian dan Kejurulatihan, Encik Shukri Harun turut menyampaikan taklimat berkaitan fungsi dan peranan Sekretariat Wanita Dalam Sukan atlet dan pegawai yang hadir.