Majlis Sukan Negara Malaysia
Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Hamberi hanya ambil masa tiga bulan serlahkan potensi Eddy

PARIS: Jurulatih pecut skuad olahraga para negara, Hamberi Mahat hanya memerlukan tiga bulan untuk membimbing Eddy Bernard yang menyumbang pingat sulung negara menerusi gangsa 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Hamberi menyifatkan pencapaian dilakar Eddy cukup menakjubkan memandangkan acara pecut itu bukanlah fokus utama anak buahnya yang sebelum ini menyertai lompat jauh sehingga pernah menggondol emas pada Sukan Para ASEAN 2022 di Solo, Indonesia.

Bekas pelari pecut negara itu berkata segala-galanya bermula apabila dia mengesan bakat dimiliki atlet berusia 23 tahun itu yang memiliki kepantasan baik bagi jarak 60 meter (m) ketika beraksi untuk acara lompat jauh.

Hamberi Mahat. - Foto fail NSTP
Hamberi Mahat. – Foto fail NSTP

“Saya ada beritahu kepada jurulatih Shahrul Amri Suhaimi bahawa Eddy ada potensi besar untuk menang pingat di Sukan Paralimpik tapi perlu dorongan lebih dengan menambah kelajuan dan daya tahan memandangkan kelajuan pada 40m terakhir masih kurang baik.

“Selepas merangkul perak 100m lelaki T44 Sukan Para Asia Hangzhou 2022, jurulatih Shahrul ada beritahu saya dia tidak mampu tolong Eddy untuk acara tersebut pada Paris 2024 dan disebabkan itu dia menyerahkannya kepada saya sekitar April lepas,” katanya kepada Bernama.

Biarpun hanya lebih sebulan melatih Eddy, Hamberi membuktikan sentuhan magisnya, apabila atlet tersebut berjaya merangkul perak pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun, Mei lepas.

Bagaimanapun, dia mengakui masih perlu memantapkan lagi teknik larian Eddy bagi jarak 40m terakhir selepas ini.

Seandainya mempunyai persiapan yang lebih rapi, Hamberi optimis atlet dari Beluran, Sabah itu mampu lebih menyinar dengan merangkul emas atau perak Sukan Paralimpik 2028 di Los Angeles.

Jurulatih itu pada masa sama amat mengagumi komitmen tinggi Eddy sepanjang sesi latihan dan usahanya benar-benar berbaloi selepas menjelmakan pingat sulung buat negara di kota Paris.

Bukan sahaja memperoleh gangsa pada penampilan sulungnya di pentas Paralimpik, malah catatan 11.58 saat (s) dilakukan Eddy memecahkan rekod Asia milik wakil Sri Lanka, Indika Gamage iaitu 11.75s pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024.

Pingat emas pada aksi semalam disambar wakil Afrika Selatan, Mpumelelo Mhlongo dengan catatan 11.12s manakala pingat perak menjadi milik atlet Cuba, Yamel Luis Vives Suares dengan 11.20s. – BERNAMA

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Olahraga Acara Lompat Jauh Lelaki (T12)

Youโ€™re almost there ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโ€ฆ Aksi Wong Kar Gee dalam Sukan Olahraga Acara Lompat Jauh Lelaki (T12) sebentar tadi

Wong Kar Gee mencatat lompatan 6.85m untuk menduduki tempat ke-4 daripada 6 peserta yg bertanding.

Info Para ::: Kategori T12 – Acara Olahraga Trek (T) atlet kelainan upaya kecacatan pada masalah penglihatan.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
WORLD SEPAKTAKRAW CHAMPIONSHIP 37TH THAI KINGโ€™S CUP 2024

NAKHON RATCHASIMA (KORAT), THAILAND

1-8 SEPTEMBER 2024

KEPUTUSAN ACARA MEN REGU

Round Robin

1.India

2.China

3.Malaysia

4.Singapore

5.Brunei

Perlawanan 1

Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ vs Singapore ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ (2-0)

Set 1 : 15-2

Set 2 : 15-6

Perlawanan 2

Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ vs China ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ (2-0)

Set 1 : 15-8

Set 2 : 15-6

Perlawanan 3

Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ vs Brunei ๐Ÿ‡ง๐Ÿ‡ณ (2-1)

Set 1 : 13-15

Set 2 : 15-9

Set 3 : 15-13

Perlawanan 4

Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ vs India ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ (2-0)

Set 1 : 15-5

Set 2 : 15-9

Keputusan Kedudukan Pingat :

๐Ÿฅ‡ MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿฅˆ INDIA ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ

๐Ÿฅ‰ SINGAPORE ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ

๐Ÿฅ‰ BRUNEI ๐Ÿ‡ง๐Ÿ‡ณ

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Olahraga : acara 100M T44

Tahniah Eddy Bernard!!!!๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅKontinjen Negara mendapat hadiah paling bermakna daripada atlet Para Olahraga Eddy Bernard apabila beliau memperoleh pingat gangsa ๐Ÿฅ‰ menerusi acara 100M T44 dengan catatan 11.58 saat di Stade De France 7:30 petang tadi waktu Paris.

Untuk rekod Eddy berjaya memperbaharui catatan peribadi 11.77 saat yg dibuat di Kejohanan Dunia di Kobe, Jepun pada Mei lalu.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Berbasikal : 3000m Kejar-Mengejar Individu Wanita B

Aksi Nur Azlia Syafinaz bersama jurumudi Nurul Suhada Zainal dalam acara Kelayakan 3000m Kejar-Mengejar Individu Wanita B bersaing dengan pasukan Amerika Syarikat Hannah Chadwick dan Skyler Espinoza di Saint-Quentin-En-Yvelines Velodrome sebentar tadi.

Pasukan negara mencatat masa 3:49.029s untuk menduduki tempat ke-8 keseluruhan dan gagal menempah slot ke peringkat seterusnya. Cuba lagi Kontinjen Malaysia!!! ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia

Padu Noor Askuzaimey!!! ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Atlet Boccia negara Noor Azkuzaimey Mat Salim memenangi pusingan suku akhir dengan menewaskan wakil Greece, Chrysi Morfi Metzou 7-0 di South Paris Arena jam 8:45 malam waktu paris.

Noor Askuzaimey bakal menentang atlet dari Hong Kong, Cheung Yuen di peringkat separuh akhir pada Ahad ini.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Badminton

Superb performance Fareez!!! ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Aksi cemerlang Muhammad Fareez Anuar menewaskan atlet dari Jepun Imai Taiyo dalam acara perseorangan lelaki SU5 dengan mata kemenangan 17-21, 21-17, 21-17 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan seterusnya menempah slot ke separuh akhir.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Kunjungan hormat YBrs. Dr Muhammed Abdul Khalid, Pengarah Allianz Malaysia Berhad

PARIS – Kunjungan hormat YBrs. Dr Muhammed Abdul Khalid, Pengarah Allianz Malaysia Berhad dan Pengerusi Allianz General Insurance Company (M) Berhad ke Sekretariat Malaysia House (MH) di Clichy.

Untuk makluman, Allianz Malaysia merupakan penaja utama Program Para sejak 2022 sehingga kini bagi menyokong Program Pembangunan Para sehingga ke Program Podium Para.

Ketibaan beliau disambut Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dan Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan MSN, Encik Arrifin Mohd Ghani.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Badminton

Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou beraksi ketika menentang pemain Perancis Meril Loquette dalam acara perseorangan lelaki SU5 Sukan Paralimpik Paris 2024 di sini semalam.

Liek Hou berjaya menewaskan Meril 21-10, 21-16 dan akan menentang pemain Indonesia Suryo Nughoro hari ini bagi melengkapkan perlawanan kumpulan dan mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Acara 100m Gaya Bebas Lelaki S5

Perenang para negara Muhammad Nur Syaiful Zulkafli bersaing di peringkat akhir acara 100m Gaya Bebas Lelaki S5 di Paris La Defense Arena pada jam 5:30 petang waktu Paris. Syaiful menamatkan saingan di tempat ke-6 dengan catatan 1:16.60s. Good job Syaiful ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Majlis Sukan Negara Malaysia