Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-
220107 – KERJA-KERJA KHUSUS (BAIKPULIH ENJIN) DAN SEBAGAINYA
220109 – ALAT HAWA DINGIN KENDERAAN
220112 – KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM KENDERAAN
220113 – MEMBAIKPULIH TAYAR (TIDAK PERLU LAWATAN PENGESAHAN)
220114 – MEMBAIK PULIH BATERI (TIDAK PELU LAWATAN PENGESAHAN)
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/015/2024 (SPK)
TAJUK SEBUT HARGA : PERKHIDMATAN MEMBAIKPULIH DAN MENYELENGGARA KENDERAAN RASMI MAJLIS
TARIKH BUKA : 5 MAC 2024 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 13 MAC 2043 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Binti Noordin ( Urusetia Sebut Harga ) : 03-89929066
En. Mohamad Hafis Roslee (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929879
Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>