MESYUARAT BESAMA KETUA KONTINJEN (CDM) SUKMA XXI SARAWAK SESI 1

Mesyuarat bersama Ketua Kontinjen Negeri SUKMA XXI Sarawak sesi 1 telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SUKMA XXI Sarawak 2024 bertempat di Hotel Grand Margherita pada Rabu.

Beberapa isu telah dibincangkan seperti pengangkutan, venue pertandingan, penginapan atlet, makanan, perkhidmatan perubatan dan beberapa isu lain bagi memastikan kelancaran penganjuran SUKMA kali ini.

Turut hadir sama, YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), MSN dan YBhg. Dato’ Gerald Rentap Jabu, CDM Kontinjen Sarawak.