LAWATAN CHEF DE MISSION PARALIMPIK PARIS 2024 KE PUSAT LATIHAN PARA POWERLIFTING

KAMPUNG PANDAN – Ketua Kontinjen Negara ke Temasya Paralimpik Paris 2024 YBhg. Laksamana Pertama (B) Dato’ Subramaniam Raman Nair pagi ini melakukan tinjauan bagi melihat perkembangan atlet-atlet sukan para powerlifting yang menjalani persediaan sebelum ke Paris.

Tiga atlet yang membawa cabaran negara ke Paris terdiri daripada Bonnie Bunyau Gustin, Nicodemus Manggoi Anak Moses dan Jong Yee Khie bakal bertanding di Porte De La Chapelle Arena bermula 4 hingga 8 September 2024.