TERIMA KASIH WIRA DAN WIRAWATI NEGARA!

Kontinjen Malaysia pada edisi Olimpik Paris kali ini dibarisi oleh 26 orang atlet daripada 9 jenis sukan telah meraih 2 pingat gangsa menerusi Aaron Chia / Soh Wooi Yik (Beregu Lelaki) dan Lee Zii Jia (Perseorangan Lelaki) dan sebanyak 3 rekod kebangsaan berjaya di pecahkan melalui Mohamad Aniq Kasdan, Dato’ Azizulhasni Awang dan Nurul Izzah Izzati.

Pada masa yang sama 5 catatan terbaik peribadi telah dicatatkan oleh atlet negara melalui Syaqiera Mashayikh (Memanah), Muhammad Shah Firdaus (Berbasikal Trek), Dato’ Mohd Azizul Hasni Awang (Berbasikal Trek), Nurul Izzah Izzati (Berbasikal Trek) dan Mohamad Aniq Kasdan (Angkat Berat).

Merci beaucoup Paris, See you in LA 2028!