Bengkel Teknikal Sukan bagi Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 sedang berlangsung bermula 8 hingga 9 Ogos 2024 bertempat di Hotel Raia, Kuching, Sarawak.
Bengkel tersebut melibatkan 10 Ketua Delegat Teknikal dan 10 Pengurus Pertandingan bagi 10 Sukan yang akan dipertandingkan di temasya kali ini. Bengkel tersebut dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Tuan Haji Semawi Bin Haji Mohamad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Merangkap Pengerusi Teknikal Para SUKMA XXI Sarawak 2024 sebelum kesemua Ketua Delegat Teknikal dan Pengurus Pertandingan melawat Venue Pertandingan masing-masing.
Bengkel yang berlangsung selama dua hari bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara penting sebelum keputusan bengkel dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Para SUKMA untuk dibentangkan kepada ahli mesyuarat.