PEMAIN boling wanita negara, Sin Li Jane ternyata masih berbisa apabila meraih pingat emas di Kejohanan Boling Terbuka Journal Rockford di The Cherry Bowl di Illinois, Amerika Syarikat pada Sabtu.
Pemain berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi dominan sepanjang saingan apabila melakukan 5,289 jatuhan pin secara keseluruhan dalam pertarungan stepladder.
Li Jane mengetepikan cabaran pemain Ukraine, Dasha Kovalova yang melakukan 5,221 jatuhan pin untuk meraih perak manakala wakil tuan rumah Josie Barnes pula perak selepas menjatuhkan 5,208 pin.
“Ia adalah satu daripada matlamat saya untuk kembali tahun lepas, tetapi kami mempunyai beberapa kejuaraan utama di Malaysia. Rasanya baik untuk kembali dalam lawatan siri jelajah ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Li Jane sebelum itu berjaya mengekalkan aksi konsisten sepanjang 24 permainan dalam laluan untuk muncul juara pada kejohanan tersebut yang merupakan Siri Jelajah Persatuan Boling Wanita Profesional (PWBA).-Sinar Harian