Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyokong hasrat legenda berbasikal negara, Dato’ Mohd Azizulhasni Awang, untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelumba trek profesional dalam sirkit perlumbaan yang dianjurkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh, menjelaskan bahawa hasrat itu disampaikan Azizulhasni dalam pertemuan dengannya sebelum ini dan Kementerian sedia memberikan segala bantuan yang diperlukan untuk menjayakannya.
Ia bermakna Azizulhasni akan menguruskan sendiri program latihan beliau dengan pemantuan daripada Pengarah Teknikal PKBM, John Beasley, dan akan menentukan penyertaan dalam kejohanan-kejohanan yang dirasakan sesuai bagi mengekalkan






