Delegasi dari Seoul National University (SNU) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 14 Februari 2025 (Jumaat) bagi memperkenalkan Korean Government’s Sports ODA Project, yang dikenali sebagai Dream Together Master (DTM).
DTM merupakan program siswazah bertujuan untuk mendidik pemimpin global masa depan dalam bidang pengurusan sukan. Program ini adalah sebahagian daripada projek kebangsaan yang disokong oleh Korean Ministry of Culture, Sports and Tourism serta Korea Sports Promotion Foundation.
Antara keistimewaan program DTM:
- Tempoh pengajian selama 16 hingga 17 bulan secara sepenuh masa di SNU
- Terbuka kepada semua peringkat umur (tiada had umur untuk permohonan)
- Biasiswa penuh disediakan bagi calon yang terpilih, termasuk:
- Tiket penerbangan
- Yuran tuisyen
- Penginapan
- Kos sara hidup
- Terbuka kepada bekas atlet yang ingin menceburi bidang pengurusan sukan
Program ini menawarkan peluang terbaik kepada individu yang berminat untuk menyumbang kepada pembangunan sukan di peringkat global melalui pendidikan dan kepimpinan strategik.










