Majlis Sukan Negara (MSN) melalui Sekretariat MACE telah menganjurkan Karnival Pendidikan Atlet 4.0 pada 26 Februari hingga 8 Mac 2024 melalui Facebook Live MSN dan Youtube MSN. Karnival ini disasarkan kepada golongan atlet kebangsaan di bawah program Majlis Sukan Negara dan atlet negeri di bawah seliaan Majlis Sukan Negari serta atlet murid di Sekolah Sukan Malaysia.
Tujuan program ini diadakan adalah sebagai platfom terbaik kepada para atlet untuk membolehkan mereka untuk mengetahui kursus-kursus bersesuaian yang berada di Institusi Pendidikan secara webinar. Sebanyak 22 Institusi Pendidikan dan Agensi telah terlibat, iaitu:
- Scholarships2u (S2U)
- Universiti Malaya (UM)
- University College TATI
- Kolej Poly- Tech MARA (KPTM)
- Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
- Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
- Widad University College
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Kementerian Pengajian Tinggi – Biasiswa YB Menteri Pendidikan – Atlet Cemerlang IPT
- Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
- Imperium International College (IIC)
- Kementerian Belia & Sukan – Biasiswa Sukan Persekutuan
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Management & Science University (MSU)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK)
- Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) – Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Institut Latihan Kementerian Belia & Sukan (ILKBS)
- Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
- Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian (KPM)
- Universiti Teknologi Mara (UiTM)