Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Program Pendidikan Cukai & Prosedur E-Filing Siri 01/2024

Program Pendidikan Cukai & Prosedur E-Filing Siri 01/2024 telah berjaya diadakan pada 14 dan 15 Mac 2024 di Dewan Auditorium 1 dan Bilik Latihan ICT, MSN. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai 75 orang atlet negara, kesemuanya adalah di bawah program Podium.

Kejayaan program ini tidak lepas daripada kerjasama dan sokongan empat (4) orang pegawai dari Bahagian Pendidikan Cukai, LHDN, yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan program ini.