Tarikh | : | 09 November 2024 (Sabtu) |
Masa | : | 10.00 Pagi |
Lokasi | : | Dewan Banquet, Casa 4, MSN |
Seramai 30 atlet yang terlibat dengan Program Kesedaran Wanita yang terdiri daripada 14 atlet Podium dan 16 atlet Pelapis Kebangsaan iaitu dari Sukan Hoki, Menembak, Sepak Takraw dan Tenpin Boling. Tujuan Program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan dan pengetahuan baharu berkenaan cara menaikkan keyakinan kepada atlet-atlet negara.
Penceramah iaitu Prof Madya Dr. Farrah Hani yang merupakan bekas atlet gimnas negara dan merupakan Pakar Pembedahan Plastik di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Beliau banyak memberikan nasihat untuk menaikkan keyakinan atlet di dalam dan luar bidang sukan.