Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN (KPSK) TAHAP 1 BERSAMA PUSAT SUKAN, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 bersama Pusat Sukan, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diadakan pada 14 hingga 17 Oktober 2024 bertempat di Dewan Auditorium Pusat Penginapan Pelajar, UUM, Sintok Kedah.

Seramai 32 peserta yang terdiri daripada Pegawai Pusat Sukan, Akademi Golf Nasional UUM serta Pelajar UUM, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan UiTM Arau, Perlis turut hadir ke kursus tersebut.

Majlis Penutup pula telah disempurnakan oleh Dr. Nasiruddin bin Haron, Pengarah Pusat Sukan, UUM.

Pegawai Penilai

En. Suhaimi Sun Abdullah

Tenaga Pengajar

1. En. Nazmizan Muhammad

2. Prof Dr. Ahmad Fikri Mohd Kassim

3. Dr. Ellail Ain Mohd Aznan

4. Pn. Maslinda Laili