Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SESI PENGUJIAN BAGI PROGRAM ‘TALENT TRANSFER’

Sesi Pengujian bagi Program ‘Talent Transfer’ telah diadakan pada 9 Oktober 2024 bertempat di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor.

Seramai 27 atlet daripada 4 jenis sukan terlibat iaitu Gimnastik Artistik, Bola Jaring, Ragbi dan juga Olahraga.

Tujuan proses ini memungkinkan perpindahan atlet yang mungkin masih boleh lagi aktif ke sukan lain dengan mengikuti protokol ujian spesifik. Idea di sebalik proses perpindahan bakat ini adalah kemahiran atau ciri yang dibangunkan untuk seseorang atlet sebelum ini dikitar semula ke sukan baru supaya atlet boleh mempertingkatkan prestasi (fast track) ke peringkat tinggi secepat mungkin.

Sesi pengujian ini dibantu oleh jurulatih dan Pegawai daripada Institusi Sukan Negara (ISN). Turut dihadiri, Pengarah Bahagian Atlet, En. Azrul Hisyam Abdul Jalil.