BUKIT JALIL – 100PLUS minuman isotonik no 1 negara hari ini menyerahkan insentif kepada tiga pemain badminton negara, pasangan beregu lelaki Aaron Chia & Soh Wooi Yik dan pemain perseorangan negara Lee Zii Jia atas pencapaian memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024.
Menurut Pengarah Pemasaran F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. Cik Leong Wai Yin, ketiga-tiga atlet penerima insentif merupakan Duta Jenama 100PLUS menerima lebih RM100,000 setiap seorang sebagai menyuntik semangat mereka serta atlet-atlet yang lain untuk menempa kejayaan yang lebih tinggi ditemasya akan datang.
Turut hadir ke majlis tersebut, Pengarah Bahagian Atlet MSN, En. Azrul Hisyam Abdul Jalil.