Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives March 17, 2026

MESYUARAT PERTINDIHAN ATLET SUKMA SELANGOR XXII 2026

Mesyuarat Pertindihan Atlet Sukan Malaysia XXII Selangor 2026 telah berlangsung pada di Casa 4, MSN dengan kehadiran seramai 50 wakil dari 14 negeri terlibat.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah MSN, YBrs. Encik Jefri Ngadirin, bagi membincangkan dan membuat keputusan terhadap kes pertindihan atlet yang didaftarkan oleh dua negeri.

Secara keseluruhan, sebanyak 124 kes pertindihan atlet melibatkan pelbagai negeri telah diteliti bagi memastikan setiap keputusan dibuat secara telus, adil dan berintegriti menjelang temasya SUKMA 2026 yang akan berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos 2026.

PERKHIDMATAN MENGURUS DAN MENDAPATKAN TAJAAN (SPONSORSHIP CANVASSER) UNTUK TEMASYA SUKAN SEA KE-34 DAN SUKAN PARA ASEAN KE-14 MALAYSIA 2027

[BAGI PIHAK SEKRETARIAT MALAYSIA SEA GAMES ORGANISING COMMITTEE (MASOC 2027)]

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam kod bidang berkaitan untuk menyertai RFP berikut:

  1. Pembida yang ingin menyertai pelawaan ini hendaklah berdaftar dengan syarat yang tersebut di atas.
  2. Hanya penama yang terdapat dalam sijil pendaftaran MOF seperti dalam syarat penyertaan pelawaan sahaja dibenarkan untuk menghadiri taklimat.
  3. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan dan urus setia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan dan sebagainya ke atas dokumen yang dihantar melalui Pos atau Kurier.
  4. Kerajaan tidak terikat untuk melantik mana-mana syarikat berdasarkan cadangan Request for Proposal (RFP) yang dikemukakan oleh Pembida.
  5. Kerajaan juga tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender.
  6. Pihak Kerajaan boleh mengadakan rundingan dengan pihak syarikat sebelum tawaran dibuat.
  7. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berasingan yang berlakri dan ditandakan “CADANGAN TEKNIKAL RFP SPONSORSHIP CANVASSER SUKAN SEA 2027” dan “CADANGAN KEWANGAN RFP SPONSORSHIP CANVASSER SUKAN SEA 2027” di penjuru kanan sampul dan dialamatkan kepada:

Bahagian Kewangan: Redzuanida (03-8992 9987) atau
email kepada sarah.masoc@kbs.gov.my

Iklan

PROGRAM JELAJAH SAHUR BERSAMA TEAM JUARA

Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, seramai 33 atlet kebangsaan daripada pelbagai jenis sukan menyertai Program Jelajah Sahur Bersama Team Juara yang berlangsung pada awal pagi 17 Mac 2026.

Program anjuran Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) ini menghimpunkan wira dan wirawati negara daripada sukan Sepak Takraw, Angkat Berat, Tenpin Boling, Menembak, Olahraga serta atlet Para, yang secara sukarela turun padang menyantuni masyarakat.

Konvoi Team Juara mengunjungi empat pusat jagaan warga emas dan OKU sekitar Kajang, Semenyih dan Bangi, termasuk Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Pusat Jagaan Siti Nor Aini, serta Pusat Jagaan Orang Tua Darul Insyirah.

Turut hadir memeriahkan program ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) MSN, Encik Mohd Sofian Hamzah, bersama Pengarah Bahagian Atlet Encik Mohd Zaim Yusof, Ketua Sekretariat MACE Puan Nurehsan Hassan, serta Pemangku Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Encik Rozaki Zakaria.

Melalui pengagihan juadah sahur serta sumbangan kepada lebih 260 penghuni pusat jagaan, program ini membuktikan bahawa atlet negara bukan sahaja berjuang di arena sukan, tetapi turut berkongsi nilai kemanusiaan, keprihatinan dan semangat Ramadan bersama masyarakat.