Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives April 2025

PENETAPAN 20 SUKAN TERAS PRESTASI TINGGI UNTUK MEMACU PEMBANGUNAN SUKAN NEGARA

Kerajaan telah menetapkan 20 jenis Sukan Teras Prestasi Tinggi sebagai langkah strategik untuk memperkukuh pembangunan sukan negara secara lebih cekap, sistematik dan berfokus.

Keputusan ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) Bil. 1/2025 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, pada 14 April yang lalu.

Menurut YAB Timbalan Perdana Menteri, penetapan ini akan melibatkan penyelarasan menyeluruh antara semua pemegang taruh sukan dan menjadi asas penting dalam memperkasa ekosistem sukan berprestasi tinggi negara.

Sukan-sukan yang disenaraikan di bawah kategori teras ini juga telah dikenal pasti berpotensi besar untuk menyumbang pingat dalam temasya-temasya sukan utama di peringkat antarabangsa.

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 2 2025 – ZON UTARA

Kursus Sains Sukan Tahap 2, 2025 bagi Zon Utara telah diadakan pada 14 hingga 19 April 2025 bertempat di MRoof Hotel & Residences, Ipoh, Perak.

Seramai 35 jurulatih wanita daripada Program Pembangunan Wanita, Jurulatih Bakat Negeri dan bekas atlet negara telah menyertai kursus yang dianjurkan oleh Sekretariat Wanita Dalam Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) dan Institut Sukan Negara (ISN).

Kursus ini merupakan sebahagian daripada Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) yang bertujuan memperkukuh ilmu serta kompetensi jurulatih dalam aplikasi sains dan perubatan sukan.

3RD SONIC INTERNATIONAL CLASSIC 2025

Tarikh : 23 – 26 April 2025

Tempat : Singapura

🥇 : Hafiz Zainuddin (MAS)

🥈: Darren Au (SIN)

🥉: Kang Myung Jin (KOR)

SIDANG MEDIA STATUS PROGRAM LATIHAN ATLET BERBASIKAL NEGARA DATO’ MOHD AZIZULHASNI AWANG

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyokong hasrat legenda berbasikal negara, Dato’ Mohd Azizulhasni Awang, untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelumba trek profesional dalam sirkit perlumbaan yang dianjurkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh, menjelaskan bahawa hasrat itu disampaikan Azizulhasni dalam pertemuan dengannya sebelum ini dan Kementerian sedia memberikan segala bantuan yang diperlukan untuk menjayakannya.

Ia bermakna Azizulhasni akan menguruskan sendiri program latihan beliau dengan pemantuan daripada Pengarah Teknikal PKBM, John Beasley, dan akan menentukan penyertaan dalam kejohanan-kejohanan yang dirasakan sesuai bagi mengekalkan

KURSUS PENDIDIKAN JURULATIH BERTERUSAN (CCE): SPORTS TAPING ZON TENGAH 2025

Hari kedua berlangsung dengan jayanya melibatkan seramai 34 jurulatih wanita dari pelbagai program pembangunan sukan.

Kursus ini memberi pendedahan kepada teknik asas sokongan hayat sebagai persediaan menghadapi kecemasan dalam bidang kejurulatihan sukan.

KURSUS KEJURULATIHAN GIMRAMA TAHAP 1 2025

Kursus Kejurulatihan Gimrama Tahap 1 2025 telah berlangsung pada 21 hingga 25 April 2024 anjuran bersama Majlis Sukan Negara (MSN) melalui Sekretariat Wanita Dalam Sukan dan Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF).

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam bidang kejurulatihan sukan gimrama dalam kalangan jurulatih bakat, jurulatih negeri, guru-guru sekolah serta bekas atlet kebangsaan dan negeri.

Penekanan utama kursus adalah pada aspek pemantapan pengetahuan dan kemahiran baharu, meningkatkan kredibiliti jurulatih, pendekatan kejurulatihan moden dan saintifik serta penyeragaman sistem pengajaran & pembelajaran berdasarkan silibus rasmi sukan gimrama.

SESI TOWNHALL KETUA PENGARAH MSN BERSAMA PERSATUAN SUKAN KEBANGSAAN

Sesi townhall Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. Encik Jefri Ngadirin bersama persatuan sukan kebangsaan diteruskan lagi hari ini.

Sesi sebelah pagi menyaksikan 19 persatuan sukan dari Majlis Paralimpik Malaysia terlibat yang turut dihadiri Presidennya, Dato’ Sri Megat D.Shahriman Zaharudin.

Manakala 13 persatuan sukan dari Majlis Olimpik Malaysia terlibat pada sesi sebelah petang.

Ini merupakan perjumpaan pertama Ketua Pengarah MSN yang baharu bersama persatuan sukan untuk memperkukuhkan dan mengeratkan kerjsama yang dijalin selama ini.

KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN TAHAP 1

Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan Tahap 1 bagi tahun 2025 telah membuka tirainya dengan penganjuran bersama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat.

Seramai 35 peserta telah mengambil bahagian dalam kursus ini, yang melibatkan penyertaan daripada pelbagai agensi dan jabatan seperti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) dan lain-lain persatuan serta organisasi.

Turut hadir, En. Mohd Safrushahar B. Yusoff, Pengarah Pengurusan Acara dan Sukan, MSN.

KURSUS PENDIDIKAN JURULATIH BERTERUSAN (CCE): BASIC LIFE SUPPORT ZON TENGAH 2025

Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi Sekretariat Wanita Dalam Sukan dengan Kersama Akademi Kejurulatihan Kebangsaaan, Institut Sukan Negara telah mengadakan Kursus Pendidikan Jurulatih Berterusan (CCE): Basic Life Support Zon Tengah 2025 yang berlangsung pada 17 April 2025 di Bilik Seminar Casa 4, MSN, melibatkan 33 jurulatih wanita pelbagai program pembangunan.

Kursus ini merupakan asas bantuan pemulihan kardiorespiratori dengan tekanan dada dan pernafasan sementara bantuan ambulans sampai untuk mendapat rawatan selanjutnya.

SESI TOWNHALL KETUA PENGARAH MSN BERSAMA PERSATUAN SUKAN KEBANGSAAN

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. Encik Jefri Ngadirin hari ini mengadakan sesi townhall bersama persatuan sukan kebangsaan.

Townhall ini melibatkan dua sesi dimana sesi pagi membabitkan 13 persatuan sukan manakala di sebelah petang pula membabitkan 14 persatuan sukan.

Ini merupakan perjumpaan pertama Ketua Pengarah MSN yang baharu bersama persatuan sukan untuk memperkukuhkan dan mengeratkan kerjsama yang dijalin selama ini.

Majlis Sukan Negara Malaysia