Kursus Sains Sukan Tahap 2, 2025 bagi Zon Utara telah diadakan pada 14 hingga 19 April 2025 bertempat di MRoof Hotel & Residences, Ipoh, Perak.
Seramai 35 jurulatih wanita daripada Program Pembangunan Wanita, Jurulatih Bakat Negeri dan bekas atlet negara telah menyertai kursus yang dianjurkan oleh Sekretariat Wanita Dalam Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) dan Institut Sukan Negara (ISN).
Kursus ini merupakan sebahagian daripada Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) yang bertujuan memperkukuh ilmu serta kompetensi jurulatih dalam aplikasi sains dan perubatan sukan.