Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KURSUS KEJURULATIHAN GIMRAMA TAHAP 1 2025

Kursus Kejurulatihan Gimrama Tahap 1 2025 telah berlangsung pada 21 hingga 25 April 2024 anjuran bersama Majlis Sukan Negara (MSN) melalui Sekretariat Wanita Dalam Sukan dan Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF).

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam bidang kejurulatihan sukan gimrama dalam kalangan jurulatih bakat, jurulatih negeri, guru-guru sekolah serta bekas atlet kebangsaan dan negeri.

Penekanan utama kursus adalah pada aspek pemantapan pengetahuan dan kemahiran baharu, meningkatkan kredibiliti jurulatih, pendekatan kejurulatihan moden dan saintifik serta penyeragaman sistem pengajaran & pembelajaran berdasarkan silibus rasmi sukan gimrama.